Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 26 September 2011

perkasa jadi samseng dan ganas pukul hadirin diceramah mat sabu

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara  kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.
Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol oleh kira-kira 100 penyokong kumpulan terdesak Melayu, PERKASA.yang turut disertai Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad. NONE 
"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.Guy injured during Mohd Sabu ceramah at SerembanSehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.
"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Sabtu, 24 September 2011

PM Najib dan isteri pertama kali naik bas jumpa MB Zamree


PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan. --fotoBERNAMA

Khamis, 15 September 2011

ISA dimansuhkan umum Najib


Akta kieselamatan dalam negeri akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.
“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.
“Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,” kata beliau dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia malam ini.
Kata beliau, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
“Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara,” kata Najib.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.
“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,” kata beliau.
Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Malah menurut beliau, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu.
“Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa,” kata beliau sambil menambah, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
Selain itu Najib juga mengumumkan bahawa:
- Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
-  Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.


Ibrahim Ali teringin jawatan Menteri Dalam Negeri

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut. Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," kata Presiden kumpulan terdesak PERKASA Ibrahim Ali Kelate.
"Mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat. "Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak"
"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu Ibrahim ali  dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Rabu, 14 September 2011

Apabila Mat Sabu "dikepong" oleh pengkritik

Mustafa K Anuar


Kupasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terhadap peristiwa Bukit Kepong dalam sejarah silam negara kita telah, seperti kita sedia maklum, mendapat perhatian, malah kritikan serta cemuhan dari pelbagai kelompok pengkritiknya.

Mengikut pensejarahan rasmi, "Peristiwa Bukit Kepong" ini merujuk kepada pertempuran berdarah pada 23 Februari 1950 di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong, Muar antara pihak polis dan anggota Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Muhammad Indera, atau lebih terkenal sebagai "Mat Indera".  Tetapi bagi Mat Sabu, Mat Indera inilah merupakan salah seorang "pejuang kebebasan" tanah air yang melawan pihak penjajah British.

Turut penting akibat dari insiden ini ialah kenyataan yang dianggap kontroversi ini telah mencetuskan kesedaran umum bahawa sejarah tanah air memerlukan "bacaan semula" dan kajian mendalam lagi kritis oleh para sejarawan dan juga rakyat yang prihatin terhadap kesahihan "fakta" sejarah yang selama ini didedahkan kepada orang ramai, khususnya kepada anak-anak muda di bangku sekolah dan universiti.

Keperluan untuk melihat semula sejarah negara menjadi mendadak lebih-lebih lagi apabila Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Dr.Zainal Kling, mendakwa bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British tetapi sekadar berperanan untuk "melindungi" (dasar protectorate) kawasan di bawah "naungan" British.  Seperti yang disangkakan, pernyataan akhbar profesor ini sudah tentunya mendatangkan keluh kesah dalam kalangan rakyat kerana ini menafikan perjuangan rakyat yang menuntut kemerdekaan tanah air pada masa yang lalu.

Lagipun, kerakusan pihak British - yang disifatkan "pelindung" itu - dalam usahanya untuk mengeksploitasi kekayaan sumber asli di Tanah Melayu dan juga tindakan menentukan hal ehwal dalam tanah air ini, selain daripada perkara yang menyentuh agama dan adat istiadat orang Melayu, berada dalam genggamannya tentunya membayangkan tindak tanduk suatu kuasa kolonial atau penjajah.

Keadaan ini sudah tentunya bercanggahan dengan konsep negara bebas dan tidak dijajah yang sepatutnya mempunyai keupayaan dan kuasanya sendiri untuk menentukan hala tuju masyarakatnya serta perancangan dan persiapan dari segi sosio-ekonomi dan juga hak politik rakyat jelatanya.

Seperkara lagi, sepertimana yang dihujahkan oleh seorang pengkaji sosiologi Australia, dakwaan Zainal Kling ini juga mempunyai kesan untuk memajukan idea bahawa "kedaulatan Melayu" di semenanjung ini tidak terjejas kerana kesinambungan pemerintahan raja Melayu terpelihara melalui "perlindungan" British.  Perspektif ini juga boleh mencetuskan respons dari pelbagai pihak dalam masyarakat kita.

Dalam konteks ini, istilah "pelindungan" atau protectorate yang digunakan khususnya oleh pihak British boleh dilihat sebagai satu eufemisme (euphemism) bagi melindungi agenda atau tujuan asas dan tersirat pemerintah British di semenanjung Melayu ketika itu, iaitu menjajah dan meraih keuntungan ekonomi dan politik pada masa yang sama.

Istilah tertentu yang digunakan boleh mewarnai tanggapan kita tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat kita di masakini dan masa yang lampau.  Itulah sebabnya ada pengkaji sejarah dan politik dalam negara ini yang berhujah bahawa kita jangan terikut-ikut dengan, atau telan bulat-bulat, istilah, malah perspektif, yang dimajukan oleh si penjajah dan sekutunya.

Dengan kata lain, isu sejarah ini mencadangkan bahawa satu pengkajian atau scholarship yang lebih kritis, mendalam lagi bebas amat diperlukan bagi menentukan kualiti keilmuan yang lebih mantap dan disegani.

Pensejarahan rasmi negara kita, khususnya mengenai detik segolongan rakyat berjuang untuk mencapai kemerdekaan bagi tanah air yang dikatakan dijajah oleh British itu, sudah semestinya mendapat perhatian sebilangan pengkaji dan ahli politik yang berhujah bahawa terdapat tokoh-tokoh pejuang kebebasan (selain daripada orang UMNO) yang tidak diambil kira perjuangan mereka.

Dengan kata lain, jika peminggiran tokoh ini dilakukan, ia bukan sahaja merupakan satu usaha untuk menyanjung satu pihak saja dalam perihal tindakan memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara malah ini telah mengherotkan naratif sejarah tanah air yang sudah tentunya mencairkan kesahihan pensejarahan negara rasmi.

Tidak kurang seriusnya ialah, pensejarahan masyarakat yang menyeluruh lagi inklusif juga berkaitan rapat dengan usaha untuk mencapai satu identiti politik dan budaya kolektif di mana kelompok-kelompok rakyat dalam masyarakat merasakan "keahlian" dirinya (sense of belonging) terhadap negara yang akhirnya dinamakan Malaysia.  Itulah sebabnya usaha, peranan dan perjuangan gigih tokoh-tokoh politik, misalnya, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan juga pertubuhan politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API), antara lain, memerlukan pertimbangan serta pengiktirafan sewajar daripada sejarawan dan ahli politik semasa.

Pendek kata, ini adalah satu usaha mulia untuk mencari dan mendekati kebenaran sejarah sebaik mungkin.

Sesungguhnya, persengketaan mengenai penulisan sejarah bukanlah perkara yang baru dalam sejarah dunia.  Pernah kita diberitahu bahawa sejarah sesebuah negara atau masyarakat selalunya ditulis oleh pihak yang menang (dalam percakaran politik atau pepeperangan), dan oleh itu memungkinkan pensejarahan yang kurang adil dan benar.  Misalnya, Jepun tidak lama dahulu terjerumus dalam kontroversi untuk "membersihkan" dirinya dalam hubungannya dengan negara China.  Pada bulan Mac 2007, perdana menteri Jepun, Shinzo Abe, cuba menafikan bahawa militer Jepun memaksa wanita China mengalami keabdian seks dalam Perang Dunia Kedua.

Dalam hal ini, kita juga harus ingat bahawa sesuatu perspektif sejarah itu bukan sahaja "hidup" dan berkembang semata-mata melalui buku sejarah untuk, misalnya, pelajar sekolah.  Wacana sejarah sedemikian rupa berlaku melalui perbincangan dalam akhbar arus perdana, novel, drama dan filem seperti "Bukit Kepong" (yang diterbitkan oleh Jins Shamsudin pada tahun 1981).

Kontroversi yang berkisar pada apa yang dilafazkan oleh Mat Sabu (gambar atas) diharap tidak dilihat semata-mata sebagai sesuatu yang negatif.  Ini seharusnya mencetuskan perbincangan yang serius dan bertamaddun dalam kalangan pihak yang berkenaan dan prihatin.  Kerana hanya melalui wacana yang bebas dan bertamaddun boleh kita mendabik dada untuk mengatakan bahawa Malaysia sudah mulai matang dari segi intelek dan politiknya.

*Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik tanah air .