Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 15 Ogos 2011

Jais tak jadi jumpa PAS

NONE
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Sultan "menasihatkan" JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas.


Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu JAIS selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya.

"Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak JAIS... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku, nak jumpa JAIS, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ibrahim Ali dijangka kehilangan kerusi Pasir Mas

NONEPensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat menjangkakan Ibrahim Ali mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas  hasil satu kajiselidik lapor malaysiakini hari ini.
Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Serbuan gereja: Hassan Ali diperguna Umno?

“Kelihatannya seperti serangan terhadap penganut Kristian tetapi barangkali niat sebenarnya untuk mendapatkan sokongan penganut Islam di Selangor untuk menyetujui tindakan sebegini. Jika penganut Islam Selangor menyokong tindakan kasar ini, maka Najib merasakan ianya wajar meskipun tindakan sebegini yang meniupkan kebencian terhadap agama lain adalah berdosa. Jika para penganut Islam bosan dengan segala tingkah laku gilanya. Ia akan menjadi seperti serampang dua mata yang memakan dirinya sendiri,” jelas pemimpin PAS Hatta Ramli .-( Malaysia Chronicle.)


Ahli Parlimen Shah Alam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad menegaskan pandangan Hasan Ali yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor. Itu pandangan peribadi Hassan Ali sebagai Exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama.


“Ia lebih daripada sekadar hanya menjadi keterlaluan. Ini adalah permulaan suatu usaha terancang untuk menjadikan orang-orang Melayu terkejut, paranoid dan takut kepada orang-orang Cina, Yahudi dan Kristian. Apa yang Umno mahukan adalah undi orang-orang Melayu dan India. Jadi mereka akan mainkan muslihat kebencian ini, kita tidak pasti sejauh mana mereka akan pergi tetapi saya fikir kita semua mesti bersedia dan berhati-hati,”  Naib Presiden PKR Tian Chua.

Khamis, 4 Ogos 2011

SPR main silapmata lagi

Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.
Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.
Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.
Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.

Lagi penipuan undi Pos terbongkar - pengakuan anggota tentera

"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka. 

"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," kata 
Nasir Mohamad yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah.


Kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986. Pengakuan seorang bekas tentera dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.