
Ribuan anggota polis kelihatan dimana-mana sekitar bandartaya KL sejak awal pagi. Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan
membeli-belah Sogo.
Satu fonomena menarik dikota KL..seperti Bandaraya polis..
11am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

Hampir 300 anggota Rela dilaporkan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman.
10.00amOrang awam termasuk peserta mula kelihatan berhimpun di sepanjang siarkaki di Jalan Tuanku Abdul Rahman
9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
9.00am: Jalan ke stadium Merdeka dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
Perkhidmatan LRT dan Komuter masih beroperasi seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.

“Sudah tentu mereka (Patriot) haram. (Peruntukan) undang-undang ini mudah. Di negara ini, jika anda mahu menubuhkan sebuah pertubuhan dan diiktiraf sebagai satu pertubuhan, anda kena mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,” kata beliau ketika dihubungi.

