Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 10 Jun 2011

Anwar akan dipenjara walau apa cara sekalipun

Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan.Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi.
Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela.
Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998,  tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi.Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini.
Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul “Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun” dalam laman web gerakan itu.

PEKIDA TUMPANG SEMANGKUK PROMOSI FILEM KL GANSTER DAN KONGSI


Dua buah filem melayu yang sedang hangat dipromosi "KL Gangster' dan "Kongsi" mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan berhasrat untuk menyaman penerbit filem tersebut


kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka lapor Mstaronline.com
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida .
Nampaknya ada dua perkara yang terfikir.
Pertama: tujuan Perkida ini samada bersekutu dengan penerbit filem tersebut untuk menmghangatkan promosi merupakan trick market.
kedua: Pekida ada banyak rahsia dan kod kata laluan..Pekida ini pertubuhan apa sebenarnnya?  pertubuhan kebajikan dan dakwah tetapi ada kod rahsia dan pelbagai rahsia..aneh bunyinya kan!.. macam tajuk  filem itu sendiri..

Khamis, 9 Jun 2011

peneroka felda menang lagi di mahkamah

Peneroka Felda menempa satu lagi kejayaan di mahkamah apabila seorang hakim membenarkan 30 peneroka di Jempol, Negeri Sembilan melantik syarikat kontraktor sendiri untuk menebang dan menjual pokok getah di atas tanah mereka. 

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Zulkifli Bakar memutuskan anak syarikat kontraktor lantikan Felda, Evergreen Sdn Bhd tidak berhak untuk memaksa peneroka berkenaan menggunakan khidmatnya untuk membersihkan tanah di Felda Palong 9 bagi tujuan penanaman semula.

Evergreen Sdn Bhd adalah anak syarikat LBJ Global Sdn Bhd yang dilantik oleh Felda untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
 
Evergreen sebelum ini memohon perintah mahkamah untuk menghalang peneroka terbabit daripada mendapatkan khidmat kontraktor lain.

Peguam yang mewakili peneroka, T. Kumar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan kehakiman yang memihak kepada peneroka felda itu akan memastikan  peneroka berkenaan tidak lagi ditindas Felda.

"Mahkamah memutuskan peneroka mempunya hak untuk tebang dan jual pokok mereka sebab ia adalah tanah mereka. Apa yang ada di atas tanah mereka adalah milik peneroka," kata beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Kumar menjelaskan, syarikat Evergreen hanya menawarkan RM33,000 bagi kerja pembersihan setiap 10 ekar. Adalah difahamkan syarikat kontraktor yang dipilih oleh peneroka menawarkan RM46, 000 untuk kerja-kerja yang sama.

"Mereka hendak tebang dan tanam semula pokok getah. Mereka mahu tanam sendiri. Ramai juga yang tanam dan tebang melalui Felda. Tapi mereka rugi  sebab kena bayar balik hutang. Tiga puluh peneroka ini mahu berdikari dan mahu tanam sendiri. Kalau tanam sendiri mereka untung lebih," kata Kumar.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika dihubungi Tv Selangor berkata, aliran keputusan mahkamah  mutakhir ini yang memihak kepada peneroka jelas membuktikan pengurusan Felda selama ini membelakangkan kepentingan dan hak asas warga felda. 

"Hari ini bila peneroka menggunakan perundangan untuk menentukan hak mereka dan menang, ia menunjukkan felda memang dari awal bertindak bertentangan dengan kepentingan hak warga felda. Bila kes seperti ini dicabar di mahakamh ia membuktikan bahawa apa yang didakwa dan diperjuangakn ANAK selama ini berada pada landasan yang betul," tambh beliau.

Mazlan berkata faktor pelapis muda peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan berani mempertahankan hak mereka banyak membantu usaha memulihkan hak-hak peneroka. 
 
"Dulu anak- anak peneroka masih kecil. Mereka tidak tahu nak buat apa. Tapi sekarang mereka inilah yang menjadi penasihat kepada ibubapa mereka. Tidak kurang dikalangan anak- anak peneroka ini yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan mereka inilah yang banyak menyokong kes- kes seperti ini," katanya.

Sehubungan itu, Mazlan menjangkakan aliran kemenangan peneroka di mahkamah akan berterusan berdasarkan perkembangan positif setakat ini. 

Selasa, 7 Jun 2011

EPU Unit Penyamun Ekonomi - Tan Sri Ani Arope

" EPU — Unit Penyamun Ekonomi,” tulis Tan Sri Ani Arope bekas pengerusi TNB di laman Facebooknya minggu lalu.


Ani menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB.

“Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif.

Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.

“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.


mat sabu oh mat sabu

masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah untuk sdra mat sabu yang terpilih menjadi timbalan presiden PAS pada muktamar baru-baru ini.
Dengan kemenangan beliau menggantikan Ustaz Nasarudin Mat Isa menggambarkan perubahan dalam saf kepimpinan PAS. Adalah dirasakan ini bakal melonjakkan pengaruh PAS dan menarik minat anak muda untuk terus menyokong PAS.