Ahad, 1 Mei 2011
sumpah hak individu- Najib
Oleh itu, katanya lagi, tidak boleh sesiapa atau mana-mana parti politik menghalang Eskay dan kawan-kawannya untuk melafazkan sumpah demi menyokong pendirian atau tuduhan mereka terhadap sesiapapun. Dan, sekali lagi, Najib berkata, tidak ada mana-mana pihak, termasuk parti Umno yang dipimpinnya, boleh menyuruh Eskay dan rakan-rakannya bersumpah atau menghalang mereka.
Kenyataan Najib ini merisaukan. Ini kerana ternyata, komennya itu tidak bersandarkan ilmu dan perintah agama dan jauh sekali daripada menghormati pandangan ulama. Lebih menyedihkan pula ia menyerlahkan sikap Najib terhadap tiang bina jatidiri negara ini sendiri.
Dengan mengizinkan sumpah laknat dibuat oleh sesiapa sahaja kerana ia hak individu, maka Najib telah terang-terang membelakangkan prinsip Rukun Negara – kesopanan dan kesusilaan. Bayangkan jika pandangan Najib ini dijadikan pedoman oleh rakyat, betapa berkecamuk Malaysia jadinya.
Jika kita tidak suka pada mana-mana individu atau pemimpin, hatta Najib sendiri, kita boleh sahaja melontarkan pelbagai tuduhan – perasuah, perogol, penipu dan sebagainya. Untuk menghalalkan tindakan kita di sisi agama, kita pun pergi ke mana-mana masjid dan bersumpah di depan saksi (yang dijemput) bahawa tuduhan kita benar dan jika tidak, akan dilaknati Allah.
Ini bahaya. Jika setiap yang bersengketa dan memendam kesumat terhadap orang lain berbuat seperti Eskay kerana dihalalkan oleh Najib sebab ia adalah hak individu, berantakanlah masyarakat dan berhamburanlah sumpah dilafazkan.
Si fulan boleh menuduh bahawa si anu berzina dengan artis, model atau isteri orang di Port Dickson atau di mana sahaja. Si anu pula boleh menuduh si fulan melakukan seks di luar tabii dengan sesiapa sahaja dan, untuk mengukuh atau “mengislamkan” tuduhan, maka si anu dan si fulan boleh lafaz sumpah laknat.
Laknat bagaimana akan menimpa orang bersumpah, bukan perhitungannya.
Memang benar sesiapapun boleh bersumpah. Malah seorang suami yang mengesyaki isterinya berzina boleh bersumpah bahawa tuduhannya itu benar. Namun keizinan bersumpah itu semua itu ada peraturannya. Ini semua sudah ditetapkan Allah
Dalam kes tuduhan zina, yang dituduh berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa untuk membela diri dan maruah. Ini hukum qazaf namanya. Pihak berkuasa diberi mandat oleh Allah untuk menghakimkan tuduhan berkenaan dengan panduan yang jelas.
Peraturan yang ditetapkan Allah ialah, yang menuduh mesti mengemukakan empat saksi yang melihat perzinaan membabitkan yang tertuduh berlaku. Jika tidak, yang menuduh mesti dirotan lapan puluh kali.
“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Merekalah orang-orang yang fasik.” Surah Annuur ayat 4.
Ayat perintah ini tidak kabur. Sesiapa yang membacanya akan dapat menghayati rasional di sebaliknya. Bahawasanya soal maruah si tertuduh zina wajib dipertahankan. Itu yang utama. Sebab itu Allah meletakkan syarat yang ketat dalam penghakiman tuduhan.
Memang bukan senang mencari empat saksi. Itu Allah tahu. Tetapi itu yang ditetapkanNya. Ini kerana Allah tahu yang manusia akan menggunakan pelbagai dalih untuk menguatkan tuduhannya. Ada yang mahu guna foto dan video. Namun bak fatwa tiga mufti - Tan Sri Harussani Zakaria, Juandah Jaya (Perlis) dan Datuk Tamyes Abdul Wahid (Selangor) yang ditetapkan empat saksi dan bukan video atau foto.
Jika gagal berbuat demikian, maka si penuduh wajib disebat 80 kali. Siapa yang wajib melakukan hukuman? Jawapannya ialah pihak berkuasa agama. Dalam konteks Malaysia yang berkuasa ialah kerajaan. Najib ketua kerajaan. Maka Najib mesti memastikan hukuman ini dijalankan.
Memang benar Najib ada menteri halehwal agama dan juga Majlis serta dan Jabatan Agama untuk melaksanakan perintah ini tetapi dia tetap Ketua Kerajaan. Padanya terletak kuasa pengurusan ehwal agama, termasuk dalam bab tuduhan palsu membabitkan zina ini, Maka beliau wajib laksanakan hukum Allah.
Demi memelihara keharmonian masyarakat dan maruah individu, Najib wajib perintahkan jabatan agama laksanakan hukum sebat jika Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim gagal kemuka empat saksi.
Maka adalah salah bagi Najib bila berkata, bersumpah untuk menguatkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah hak individu. Allah tidak menetapkan begitu. Najib tidak boleh berdalih beliau tidak tahu.
Najib ada peluang dan ada kuasa untuk mengetahui dan memahami hukum Allah. Dia ada menteri yang boleh menasihatinya. Dia ada ulama yang digaji untuk menegurnya. Malah dia ada sekurang-kurangnya empat puluh ulama muda yang baru menyertai partinya untuk membimbingnya.
Najib tidak perlu rasa tertekan oleh peraturan Allah ini. Sebagai hamba Allah dan bukan hamba mana-mana parti dia mesti akur perintah Allah dan bukan gusar tidak pertahan maruah ahli-ahli partinya. Dia tidak boleh kata Umno tidak berhak galak atau halang orang untuk bersumpah laknat. Yang mahu bersumpah juga sumpahlah. Yang menuduh secara terbuka dan diberi publisiti meluas kerana membuat tuduhan, perlu dikenakan hukuman Allah bila tiada empat saksi.
Menurut hukum dunia dan hukum negara, yang menayang video lucah boleh didakwa dan dihukum jika didapati bersalah. Tetapi mengikut hukum Allah adalah salah menuduh orang berzina tanpa ada saksi. Sudah pasti sebagai seorang muslim, Najib tahu dia wajib ikut hukum Allah.
Dia tidak boleh begitu liberal mengatakan hak individu untuk bersumpah dengan nama Allah untuk mencemar maruah insan lain. Ini nyata satu percubaan mencemar perintah Allah. Melanggar ketetapan Allah adalah satu keingkaran. Cuma orang yang angkuh dan tidak yakin penuh akan kuasa Allah berani membelakangkan ketetapan Allah.
NUTP:GURU-GURU MARAH KERJA HARI SABTU

Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga.
"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepadaKosmo! Ahad di sini semalam.
Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.
Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.
Sabtu, 30 April 2011
anwar terima malapetaka yang dashyat
Sejak "Dato T" mula-mula menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara, kami menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki di dalam video tersebut.
Malangnya UMNO serta perkakas mereka cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan beban pertuduhan di atas Anwar.
Dato T juga terus bebas menyebarkan bahan lucah tanpa sebarang tindakan. Mengapa mereka dibenarkan terus melanggar undang-undang? Jelas hujah kami bahawa tindakan mereka mendapat restu pimpinan tertinggi UMNO-BN terbukti benar.
Selepas pelbagai adegan sandiwara hampir sebulan, kini klip penuh video lucah tersebut sudahpun dimuatnaikkan di laman-laman web perkakas UMNO dan disebarluaskan oleh media arus perdana UMNO-Barisan Nasional.
Kebusukan niat Dato T yang didokong oleh UMNO sudah ketara. Sejak awal lagi Anwar menegaskan bahawa beliau bersama keluarga beliau ketika waktu kononnya video lucah tersebut dirancang. Keluarga Anwar, khususnya Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar telah mengesahkan perkara tersebut serta tentang perbezaan sosok badan lelaki tersebut yang tidak menyerupai Anwar.
Kami mempersoalkan tentang tulisan Thai yang wujud dalam klip pertama dan klip terbaru, sehingga hari ini Dato T gagal memberi jawapan yang jelas mengenai tulisan Thai tersebut, sedangkan adegan itu kononnya berlaku di Kuala Lumpur.
Kini klip video terbaru jelas menunjukkan perbezaan rambut pelakon video dan Anwar.
Benarlah ayat al-Quran yang bermaksud, "Perancangan kamu dan perancangan Allah s.w.t., sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada semua perancangan."
Ketika Anwar memberikan keterangan kepada polis semalam, soal siasat tersebut juga tertumpu untuk meletakkan beban pertuduhan kepada Anwar.
Petang ini kita akan menyaksikan salah seorang daripada Dato’ T mengangkat sumpah di masjid. Kejahilan mereka tentang agama jelas. Mereka tidak faham konsep sumpah laknat sendiri yang telah diperjelaskan oleh banyak ulama' muktabar (berwibawa) dalam dan luar negara.
Seperti dalam kes sumpah Saiful dahulu, UMNO tidak berminat tentang hukum agama, tetapi hanya untuk menimbulkan persepsi bahawa Anwar bersalah dengan apa jua cara. Kita sedih melihat hukum-hakam agama dipersendakan dengan mudah untuk matlamat politik UMNO dan BN dan berharap lebih ramai ulama dan mufti yang sebelum ini lantang menjatuhkan hukum menyatakan pendirian mereka dengan jelas tentang pencabulan hukum agama ini.
Maklumat terkini yang kami terima daripada seorang guru, seorang pegawai polis, Isa b. Abdul Rahman (SAC 1) dari Bukit Aman telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan selama empat minggu berturut-turut untuk bersyarah kepada guru-guru bahawa Anwar ialah ancaman keselamatan negara dan menjelaskan Anwar sememangnya watak dalam video tersebut.
Prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya (innocent until proven guilty) ialah prinsip asas dalam perundangan Islam mahupun sivil tetapi nampaknya tidak diendahkan oleh UMNO dan perkakas mereka apabila melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim.
Kami menyeru rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara dan bencikan politik kotor untuk bersama-sama menolak usaha terdesak terbaru UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa jua cara sekalipun.
*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kiri) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.
Jumaat, 29 April 2011
eskay sumpah laknat dengan pegang Al-Quran terbalik
Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang kumpulan Datuk Trio hari ini membuat sumpah laknat – suatu upacara yang membelakangi sistem perundangan syariah, dengan memegang al-Quran secara terbalik.
Hal ini bukan sahaja disedari Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin tetapi juga beberapa wartawan yang membuat liputan acara berkenaan.
Shamsul juga mengirim paparan twitter dengan berkata: “Eskay pegang Al-Quran terbalik! Pakai baju kalis peluru.”
Berdasarkan twitter, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir membuat paparan berikut: “Datuk Eskey terlupa Al-Quran yang dipegang oleh beliau terbalik.”
Terdahulu, mereka dinasihati seorang pendakwah bebas bahawa tindakan melakukan sumpah laknat adalah jalan terakhir bagi membuktikan kebenaran selepas qazaf dilaksanakan terlebih dulu.
Eskay turut ditegur pendakwah bebas itu kerana memegang al-Quran secara terbalik.
Berlaku kekecohan ketika ketiga mereka meninggalkan masjid apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang media tempatan untuk mengambil gambar.
Mereka meninggalkan Masjid Amru Ibnu Al As dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira jam 4.22 petang.
Pada majlis di Masjid Amru Ibnu Al As yang mula dibatalkan itu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim turut hadir tetapi tidak menyertai acara bersumpah itu.
Mereka tiba kira-kira jam 4.08 petang dgn memakai jaket kalis peluru sambil dikawal beberapa lelaki dipercayai anggota polis cawangan khas.
Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.
Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.
“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.
“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.
“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.
“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.
eskay teruskan angkat sumpah
“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya)
sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada
dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).
trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI.
Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.
Lafaz sumpahnya: ""A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Angkatan Muda Keadilan menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang ingin dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini.
melayu berkata:
maka eskay dan dua datok t pun melaksanakan sumpah serakahnya..
bergumbiralah dia menegangkan benang yang basah...
bagai perwira diiringi polis...
diapun lafaz sumpah...macam nak nikah...
Hadir dengan menyarung baju kalis peluru takut mati juga akan dia...
tapi tak takut seksa neraka....
memfitnah sama saolah membunuh..
sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada
dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).
trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI. Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.
Lafaz sumpahnya: ""A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Angkatan Muda Keadilan menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang ingin dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau turut merasa terkejut apabila Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali turut hadir bagi menjadi saksi acara angkat sumpah itu- yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
“Saya hairan kenapa ada wakil dari jabatan agama islam untuk menyaksikan sumpah laknat ini. Sedangkan kita telah buat laporan qazaf dan kita telah memberikan keterangan.
“Bagaimana Jawi bersedia untuk menjadi alat kepada pemerintah untuk bersekongkol dengan perkara-perkara taghut,” ujar Shamsul ketika mengadakan sidang media di masjid tersebut.
Angkatan Muda Keadilan menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang ingin dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau turut merasa terkejut apabila Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali turut hadir bagi menjadi saksi acara angkat sumpah itu- yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
“Saya hairan kenapa ada wakil dari jabatan agama islam untuk menyaksikan sumpah laknat ini. Sedangkan kita telah buat laporan qazaf dan kita telah memberikan keterangan.
“Bagaimana Jawi bersedia untuk menjadi alat kepada pemerintah untuk bersekongkol dengan perkara-perkara taghut,” ujar Shamsul ketika mengadakan sidang media di masjid tersebut.
Hari ini, JAWI dalam kenyatannya membenarkan Eskay, untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al As, di sini selepas solat jumaat, sebelum acara itu dibatalkan di saat akhir.
Che Mat Che Ali dilapor berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.
“Kita ingin memberitahu bahawa, tindakan ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Merujuk kepada ulama-ulama dan kitab-kitab syariah, menyatakan dengan jelas berkenaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuduhan-tuduhan, jawapannya adalah qazaf,” kata shamsul.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang juga guru agama di bahagian kor agama angkatan tentera, (kagat) ustaz Hasbulllah Ismail berkata tindakan itu mencemar kesucian dan institusi perundangan agama Islam itu sendiri.
“Sumpah laknat ini adalah perkara terakhir yang dilakukan selepas melalui proses qazaf dan dakwaan di mahkamah.
“Manakala masjid bukanlah tempat untuk dilakukan perkara tersebut kerana mencemar kesucian rumah ibadat.
Beliau yang ditemui keadilandaily kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang memanipulasikan rumah ibadat atas kepentingan politik.Hari ini, JAWI dalam kenyatannya membenarkan Eskay, untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al As, di sini selepas solat jumaat, sebelum acara itu dibatalkan di saat akhir.Che Mat Che Ali dilapor berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.
“Kita ingin memberitahu bahawa, tindakan ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Merujuk kepada ulama-ulama dan kitab-kitab syariah, menyatakan dengan jelas berkenaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuduhan-tuduhan, jawapannya adalah qazaf,” kata shamsul.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang juga guru agama di bahagian kor agama angkatan tentera, (kagat) ustaz Hasbulllah Ismail berkata tindakan itu mencemar kesucian dan institusi perundangan agama Islam itu sendiri.
“Sumpah laknat ini adalah perkara terakhir yang dilakukan selepas melalui proses qazaf dan dakwaan di mahkamah.
“Manakala masjid bukanlah tempat untuk dilakukan perkara tersebut kerana mencemar kesucian rumah ibadat.
Beliau yang ditemui keadilandaily kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang memanipulasikan rumah ibadat atas kepentingan politik.melayu berkata:
maka eskay dan dua datok t pun melaksanakan sumpah serakahnya..
bergumbiralah dia menegangkan benang yang basah...
bagai perwira diiringi polis...
diapun lafaz sumpah...macam nak nikah...
Hadir dengan menyarung baju kalis peluru takut mati juga akan dia...
tapi tak takut seksa neraka....
memfitnah sama saolah membunuh..
dia mengaku bersubahat..membekal pelacur itu.. dan berada dalam video lucah itu..
bagaimana ditafsirkan sumpah itu?
Langgan:
Catatan (Atom)


