Rabu, 20 Februari 2013
Surau di Klang ditembak ..tau dah kerja siapa..


Sepuluh jemaah yang sedang membuat persediaan untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi.
Tiada jemaah cedera dalam kejadian itu.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka terkejut apabila cermin surau yang menghadap jalan utama pecah secara tiba-tiba.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah bahagian surat itu.
"Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'.
"Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah," kata beliau kepada Sinar Harian.
KOMENTAR TUKAR TIUB
dalam straterji mengolah persetujuan
ada yang dinamakan : buat masalah - selesai masalah
apa dia ini?
caranya cukup senang
timbulkan masaalah
kemudian datang untuk menyelesaikan
selesaikan masalah yang diri sendiri munculkan
ketika masalah ini wujud
raih keuntungan politik
raih keuntungan ekonomi
misalnya bila cermin masjid ditembak pecah
orang melayu islam merasa takut
ini macam membaling kepala babi ke dalam masjid
tujuan adalah sama
cara ini digunakan oleh amerika
untuk serang negara-negara yang kaya dengan minyak
tubuhkan al-qaida
letupkan wtc di new york
tuduh saddam
serang iraq
dapat minyak
mulan kan perang
jual senjata
banyak kontrek perang
serang lagi banyak negara
kapitalis kaya raya - period!
di malaysia sama
baling babi dalam masjid
tembak masjid
simbah cat ke dalam masjid
melayu jadi takut
takut islam dikacau
ajen ejen united malays national organisation
dalam parti pas mula buat kacau
mereka hebohkan
keadaan melayu islam dalam bahaya
kemudian ajen ajen ini akan cadangkan pas
keluar dari pakatan rakyat
buat kerajaang perpaduang
untuk selamatkan islam
untuk selamat melayu
siapa hantar kepala babi?
siapa tembak tingkap masjid?
siapa baling cat dalam masjid?
siapa ledakan banguan 7 di wtc new york?

Siapa 'sofea hana' identiti terkenal dalam dunia siber
Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.
Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.
Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.
Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.
“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.
“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.
Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.
Isnin, 18 Februari 2013
Azan Ismail menang, mahkamah putuskan Utusan fitnah Azan
Utusan Malaysia menang dalm ketegori pemfitnah terbaik mutakhir ini. Terbaru mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf terbuka kepada MP Indera Mahkota Azan Ismail berhubung satu tulisan fitnah yang mendakwa ahli politik itu meletak jawatan daripada kesemua jawatan dalam PKR dan meninggalkan parti tersebut.
Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan MP PKR tersebut.
Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysiam membayar gantirugi kepadanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.
"Mahkamah memerintahkan akhbar tersebut menerbitkan permohonan maaf dan menyiarkan semula tulisan yang diperbetulkan, kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari," katanya.
Azan diwakili peguam A Vasudevan manakala TKB Mohana Kumar mewakili akhbar berbahasa Melayu tersebut.
Azan berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.
Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan MP PKR tersebut.Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysiam membayar gantirugi kepadanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.
"Mahkamah memerintahkan akhbar tersebut menerbitkan permohonan maaf dan menyiarkan semula tulisan yang diperbetulkan, kedua-duanya dalam tempoh tujuh hari," katanya.
Azan diwakili peguam A Vasudevan manakala TKB Mohana Kumar mewakili akhbar berbahasa Melayu tersebut.
Azan berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.
Ahad, 17 Februari 2013
lagi kisah penakut jabatan Agama islam
Lagi kisah penakut penguatkuasa Jabatan Agama Islam. Hari ini mereka hanya berani serbu rumah flat...rumah banglo ke..kondo ke...hmm hampeh! itulah standardnya..almaklum...
Sinarharian melaporkan AMPANG - Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.
Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa.
“Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun.
“Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani berpakaian lengkap ketika ditahan,” katanya.
Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing.
Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat.
Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah.
Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Satria pada serbuan jam 4 pagi itu.
“Penuntut jurusan perakaunan itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik di ibu kota,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selepas kira-kira tiga bulan berkahwin.
Beliau berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun terbabit turut dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.
Sinarharian melaporkan AMPANG - Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa.
“Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun.
“Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani berpakaian lengkap ketika ditahan,” katanya.
Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing.
Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat.
Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah.
Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Satria pada serbuan jam 4 pagi itu.
“Penuntut jurusan perakaunan itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat logistik di ibu kota,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, namun tidak tinggal sebumbung dengan isterinya selepas kira-kira tiga bulan berkahwin.
Beliau berkata, pasangan berusia 22 dan 23 tahun terbabit turut dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.
Langgan:
Catatan (Atom)




