Selasa, 22 Januari 2013
S.Nalalakarupan terus berkurap
S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.
Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.
Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.
Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.
Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.
Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".
Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.
Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.
Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama

Isnin, 21 Januari 2013
Mahathir bahaya....bahaya mahathir
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ‘Projek IC’ di Sabah sebagai cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu itu. “Mahathir kata kenapa marah dia bagi IC (kepada warga asing), Tunku pun bagi kepada orang Cina dan India pada 1957 (sedangkan) mereka bukan asal sini. “(Mungkin) Mahathir lupa bapanya asal dari mana,”

Anwar menang saman fitnah pada Utusan RM40juta
Hakim Mahkamah tinggi, Datuk VT Singham dalam penghakimannya hari ini mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.
Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.
Dengan keputusan tersebut ternyata akhbar paling bernanah Utusan Malaysia semakin menjijikkan.

Selasa, 15 Januari 2013
Ketua Ekonomi Bank Islam (BIMB) digantung kerja ramal BN kalah PRU
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, didakwa telah digantung kerja.Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.
Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.
Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Maklumat Azrul digantung diberitahu oleh peguam Nadiah Fadwa melalui twitternya. Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Kemunikasi PKR mengesahkan perkara itu melalui Suara Keadilan.
Langgan:
Catatan (Atom)