Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 1 Oktober 2012

Selangor: SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat



Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.
“Audit mendapati ada  penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.
“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin
Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.
“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.
Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.
“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.
“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.
Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.
“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.
“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya- KD

Ahad, 30 September 2012

Anwar Ibrahim diKlang hari ini


Sila maklum, siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama DSAI pada hari Ahad ini 30.9.2012 akan singgah di Parlimen Kota Raja.
Jam 5.00 ptg – Pasar Malam Bandar Putera, Kelang

Khamis, 27 September 2012

Cilakak! sejadah syaitan




Stiker berlambangkan Umno/BN raja Nong chik ini benar-benar menggangu khusyuk dalam solat  lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah..
Sejadah ini boleh didapati disalah sebuah surau dilembah pantai kuala lumpur. Ia sumbangan Raja Nong Chik menteri wilayah dan ketua umno bahagian lembah pantai.

Sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu.

Rabu, 26 September 2012

siapa punya jet anwar pakai

Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.

Menurut laporan The Star , Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.

“Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star.

Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.

Beliau juga pengarah dalam syarikat Health Solutions (SE Asia) Sdn Bhd, CltlTower Sdn Bhd, Aliran Modern Sdn Bhd dan Vasseti Bhd.

Anwar, sebelum ini, dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada tarikh tersebut.

Jumaat, 21 September 2012

berita tersorok


Datuk Dr Azmi Setapa


Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Dr Azmi Setapa,52, meninggal dunia pada pagi Khamis di Kuala Lumpur.
Beliau pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, Ayer Lanas pada pilihan raya umum 2008.
Anak jati Kelantan ini pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1984, sebelum melanjutkan pengajiannya ke Universiti Glasgow, Scotland (1986) dan Universiti Exeter, England (1993).
Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Utara Malaysia pada 1994, seterusnya Pengarah Ekonomi di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIM) pada 1995 dan Pengarah Eksekutif di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur) pada 1996.
Semasa bertugas sebagai Ketua Bahagian Kajian Dasar di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) beliau dilantik oleh Mustapa yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk menjadi Perunding Kumpulan Globalisasi dan Agenda Melayu di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2005.-MS
Malay Merdeka: Khabarnye meninggal di Hotel...Quality Hotel?