Khamis, 28 Jun 2012
Wajib tonton..mesti tonton...harus tonton.. video Mahathir serabut....
Malay Merdeka: Bekas pemimpin yang semakin nyanyok...serabut...dia kata Khalid Ibrahim orang Umno?..waduh! sakit banget ini pak...kenapa tak kata Anwar Ibrahim orang Umno....
Rabu, 27 Jun 2012
MP Umno mengaku sangat bodoh dan dungu
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkaitan cadangan agar Pengerusi Bersama, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah pandangan bersifat peribadi dan bukan pendirian Barisan Nasional (BN).
Tengku Adnan berkata, BN mendukung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keluhuran undang-undang.
Mohamad dilapor mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.
Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, Mohamad mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Mohamad dilapor mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.
Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, Mohamad mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Persiapan PRU: MT BN bincang Jumaat ini
Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bertemu Jumaat ini pada jam 8 malam di Menara Datuk Onn, PWTC - untuk membincangkan beberapa isu politik terbaru dan juga yang pasti tentang persiapan jentera pilihan raya umum setiap parti komponen.
Untuk rekod, BN dianggotai oleh 13 buah parti komponen dengan Umno, MCA dan MIC merupakan tiga parti pengasas dan komponen utama.
MT Umno telahpun selesai mengadakan mesyuarat mereka Jumaat lalu danwalaupun Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai persiapan pilihan raya umum tetapi adalah difahamkan sebahagian besar mesyuarat itu dihabiskan untuk melihat dan menilai status terkini persiapan jentera pilihan raya setiap badan perhubungan Umno Negeri.
Setiausaha Bahagian Media, Ibu Pejabat Umno Malaysia, Ahmad Kamal Zailani ketika dihubungi mStar Online pada Selasa mengesahkan bahawa Mohd Najib akan mempengerusikan mesyuarat MT BN tersebut Jumaat ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apakah persiapan jentera pilihan raya merupakan sebahagian daripada agenda mesyuarat.
Namun mStar difahamkan menerusi satu sumber lain bahawa mesyuarat MT BN itu akan mengakses persiapan jentera dan persiapan bilik gerakan setiap parti komponen seandainya pilihan raya akan diadakan tahun ini.
Berada paling utama di dalam senarai ialah apakah parti-parti komponen yang lain telah mengenalpasti calon-calon yang bakal diketengahkan, senarai muka baru dan lama yang perlu dan akan dikekal.
MStar difahamkan Umno telahpun melalui proses dua kali menilai senarai calon-calon mereka sementara parti-parti utama BN yang lain juga turut melakukan penilaian yang serupa.
Mesyuarat Jumaat ini difahamkan akan mengemaskini senarai-senarai tersebut dan membuat penilaian terhadap persiapan masing-masing.
Adalah difahamkan juga, pengerusi BN mahu menilai sejauh manakah kemampuan BN untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang mereka pegang sekarang dan juga pada masa yang sama beliau juga ingin mengetahui apakah harapan yang ada untuk merampas kembali kerusi parlimen yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan kuat BN. - Rozaid A.Rahman- Mstar
Video bodoh bodoh bodoh!
Khairul Nizam Abdul Ghani, seorang penulis blog adukataruna.blogspot.comberkata, beliau menerima tiga jahitan di kepala ekoran kecederaan yang dialaminya. Beliau yang merupakan pegawai media dan penganjur perhimpunan 'Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan' itu dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.-MK
Selasa, 26 Jun 2012
Seorang lagi Menteri Umno kuat bohong dalam kerajaan Flip-flop
Mula-mula Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak kenal Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) mahupun pengerusinya Mohd Ali Baharom.etapi dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid berkata, isteri beliau mengenali Mohd Ali kerana mereka berasal dari kampung yang sama.
"Siapa mereka itu?" soalnya kembali ketika ditanya mengenai tuntutan persatuan berkenaan - antaranya untuk mendapatkan elaun sehingga RM1,000 kepada bekas tentera berusia lebih 60 tahun.
"Saya tidak pernah kenal dia," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan sebelum ini.
Namun dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid berkata, "Saya tidak mahu gaduh dengan orang-orang yang kurang betul, nanti saya jadi tidak betul jugak," yang ditujukan kepada Mohd Ali.
Ahmad Zahid hari ini membuat sidang media bagi menafikan dakwaan Mohd Ali kononnya isteri beliau mengugutnya.
"Jadi isteri saya nasihatkanlah kepada Ali, tetapi Ali hanya ambil satu ayat sahaja, yang saya baca balik, itu bukan satu ugutan. Mengapa dia rasa ugutan? Sebab Ali, dia biasa ugut orang, jadi bila dia kena lagu tu, dia rasa terugutlah.
"Pada hal, saya tidak fikir, mengapa isteri saya nak ugut Ali, seorang presiden sebuah persatuan yang besar yang didokong termasuk balu-balu tentera," katanya sinis.
Isteri Zahid telah menghantar 16 SMS kepada Mohd Ali berkaitan dengan rancangan Mohd Ali mahu mengadakan demonstrasi 29 Jun namun ia dibatalkan kerana Mohd Zahid tidak ada.- HD
Malay Merdeka: siakap senohong..gelama ikan duri...bercakap bohong..memang tak pernah ingat diri...
Langgan:
Catatan (Atom)


