Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 13 Mac 2012

SPR: Pengundi diragui tak boleh digugur tanpa bukti

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan 13,000 pengundi yang meragukan di Sabah tetapi tidak boleh menggugurkan nama mereka dalam daftar pemilih kerana ia bertentangan dengan undang-undang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata mengikut undang-undang, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh. 

Katanya setakat ini tiada mana-mana pihak termasuk waris yang tampil membantu membuat pengesahan mengenai status rekod pemilih terbabit.

"Walaupun kita sudah pamerkan (senarai nama pemilih meragukan itu) dan menghantar CD kepada parti-parti politik, namun kita masih gagal mengesan mereka. Kebanyakan mereka ini adalah golongan warga tua.

"Dalam hal ini, kita bergantung kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan semakan Daftar Pemilih oleh Mimos Berhad seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya untuk tujuan
pembersihan daftar pemilih," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan majlis taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa SPR akan menggugurkan sebanyak 42,025 nama (termasuk 13,000 di Sabah) yang tersenarai sebagai pemilih berdaftar setelah rekod mereka didapati meragukan.

Mengenai proses pengiraan undi pada pilihan raya akan datang, beliau berkata ia akan hanya dimulakan pada 4 petang bagi kawasan pusat mengundi yang ditutup awal.

Katanya langkah itu penting bagi mengelak kemungkinan keputusan bocor dan orang tertentu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan "perang psikologi atau pemikiran". 

"Inilah cabaran baru untuk SPR, kerana dengan adanya rangkaian komunikasi yang pantas seperti Facebook, Twitter dan SMS, semua boleh berkomunikasi dengan siapa sahaja dengan mudah," kata Abdul Aziz. 

Pada pilihan raya sebelum ini, kertas undi mula dikira seawal waktu tengah hari di beberapa pusat penjumlahan. 

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Ditanya sama ada SPR bercadang mengharamkan penggunaan telefon bimbit di pusat penjumlahan undi, Abdul Aziz berkata setakat ini suruhanjaya itu belum berhasrat untuk menguatkuasakan peraturan seumpama itu.

Beliau juga merayu kepada rakyat Sabah yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih secepat mungkin bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang.

Daripada 1.2 juta penduduk Sabah yang berumur 21 ke atas dan layak mengundi,  312,070 belum mendaftar. 

"Saya nasihatkan mereka supaya mendaftar segera. Masih ada masa lagi kerana Daftar Pemilih hanya diwartakan pada bulan Mei ini," katanya. -- Bernama

Malaymerdeka: Apa celop.....

Isnin, 12 Mac 2012

Najib: Keputusan letak jawatan Sharizat tepat dan betul


 
Amatlah sedih pilu yang teramat sangat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.
Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.
"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, Ahad.
Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur pada Ahad mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).
Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.
"Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan," katanya.
Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita Umno terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.
"Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya," katanya.
Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi. - BERNAMA
malaymerdeka: Inilah pemimpin Umno...tiada kesalahan yang dapat dibuktikan dan sentiasa dipayungi....

Ahad, 11 Mac 2012

Rafizi cabar Najib buktikan pembayaran majlis pertunangan anaknya

NONE
"Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu,"


"Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang  dibawa terhadap Perdana Menteri.


Sekiranya perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR, dalam satu kenyataan.

Jika tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.    

Sabtu, 10 Mac 2012

Nasi lemak RM250 sepinggan


Majdan Dagang

Tidak mustahil suatu masa nanti harga secawan kopi RM50, sepotong karipap RM10 dan sepinggan nasi lemak RM250! Mungkinkah ini berlaku? Ya, tidak mustahil perkara ini boleh terjadi jika setiap tahun harga barangan terus naik akibat kenaikan cukai dan pada masa yang sama rakyat menuntut kenaikan gaji minimum.


Bagi pihak kerajaan, bagi menampung kos gaji kakitangan awam, mereka terpaksa menaikkan pelbagai jenis cukai dan mungkin mengenakan pula pelbagai cukai baru. Tidak mustahil pula segala subsidi dikurangkan atau dihapuskan. Rakyat pula sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta menuntut gaji minimun agar dapat disesuaikan dengan kenaikan kos sara hidup.

Hakikatnya, pertembungan itu banyak merugikan rakyat dan seolah-olah tiada kaedah yang mampu menyelesaikannya. Sebenarnya rakyat yang cerdik boleh menyelesaikan kemelut ini.

Sebagai contoh, rakyat yang bijak akan memilih pemimpin yang amanah untuk menjaga harta rakyat seperti yang berlaku di Kelantan. Oleh sebab, kerajaan negeri yang amanah, maka pelbagai jenis cukai dapat dikurangkan ataupun dihapuskan terus. Di Kelantan, sebaik sahaja PAS memerintah cukai teksi (beca) dihapuskan, di samping beberapa jenis cukai lain. Dalam keadaan kerajaan Kelantan yang disekat peruntukan oleh kerajaan pusat, dan bidang kuasa yang terhad, mereka masih mampu mengawal keadaan dan tidak mengenakan pelbagai tekanan kepada rakyatnya.

Di Selangor pula, sebaik sahaja kerajaan negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat, harga air dapat dikurangkan. Pada masa yang sama kerajaan negeri masih mempunyai lebihan pendapatan.

Melalui dua contoh mudah di atas, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam mengawal kenaikan barangan dan kos sara hidup. Apalah guna gaji seorang kerani RM5,000 sebulan jika secawan berharga RM50 dan sebuah kereta sedan Proton Saga berharga RM1 juta.

Adalah lebih baik jika harga sebuah Proton Saga baru cuma RM15 ribu dan tempoh bayaran balik tidak lebih 5 tahun dengan bayaran bulanan sekitar RM200-RM300. Kerani yang bergaji kurang daripada RM1,000 pun mampu membalinya.

Kenaikan kos sara hidup dan harga barangan keperluan asas banyak bergantung kepada dasar dan polisi kerajaan. Setiap satu kenaikan akan memberi kesan kepada rantaian antara suatu sama lain.

Sebagai contoh, kenaikan harga tol walaupun dalam dalam nisbah yang tidak besar tetapi tetap mempunyai kesan rantaiannya. Setiap kenderaan perdagangan yang melalui tol akan meletakkan kos tersebut kepada harga barangan yang dibawanya. Jadi, harga barangan tersebut akan dinaikkan dan penggunalah yang akan menanggung kos itu.

Begitu juga dengan kenaikan harga petrol. Setiap sen kenaikan akan membabitkan semua sektor. Hal ini kerana, semua kenderaan yang membawa pelbagai barangan keperluan harian menggunakan petrol. Lori tepung, lori gula, lori simen, teksi, bas sekolah dan bermacam lagi akan turut menaikan kos agar tidak kerugian.

Jika kos kenaikan sesuatu barangan itu berkaitan dengan import dan perdagangan luar negara, rakyat faham bahawa kerajaan tidak berupaya mengawalnya. Namun, pihak mestilah memikirkan langkah lain yang boleh digunakan agar harganya tidak naik. Janganlah mengambil jalan mudah  dan menggunakan alasan “harga ini lebih murah berbanding harga serantau”.

Jika sudah tiada pilihan lain, kerajaan boleh menaikkan harga tetapi ada beberapa syarat yang wajar difikirkan. Antaranya, segala elaun dan lain-lain peruntukan wang yang diperoleh para menteri dipotong dahulu, kemudian ahli-ahli yang berhormat dan kemudian diikuti oleh mana-mana kumpulan yang sesuai.

Seperti yang pernah disiarkan dalam media tidak berapa lama dahulu bahawa elaun keraian perdana menteri sahaja mencecah RM50 ribu sebulan. Jika wang sejumlah itu dapat dikembalikan ke dalam perbendaharaan kerajaan, anda boleh bayangkan banyak masalah rakyat dapat diselesaikan. Jika dikumpulkan semua jumlah elaun menteri, timbalan menteri dan lain-lain, tentunya lagi banyak faedah untuk rakyat.

Jika semua kos yang tidak penting itu dapat dikawal, maka tidak ada sebab kerajaan menaikkan pelbagai jenis harga barangan kawalan, cukai dan sebagainya. Apabila kos hidup tidak terlalu tinggi dan jika naik pun dalam kadar yang perlahan, tidak perlulah memeningkan kepala memikirkan masalah gaji minimun.

Untuk memikir dan menyelesaikan masalah ini tidak memerlukan ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi pun. Yang penting jujur dan ikhlas dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin. Jawatan bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab. Jika tidak mampu, rakyat berhak memberikan kuasa memimpin kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Khamis, 8 Mac 2012

Peguam Umno dapat projek lebuhraya RM2.2bilion - TPM Muhyidin

 Peguam Umno Hafarizam dianugerahkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.