Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 23 Ogos 2011

Siapa punya kerja aniaya Khir Toyo

azlanKhir Toyo merasakan dirinya telah dikonspirasikan. Menulis dalam blognya Dr Khir menuduh ada tiga orang menteri kabinet Persekutuan ada cubaan agar  beliau dipenjarakan. Demikian boleh ,merampas kembali negeri Selangor.
Konspirasi yang menyakitkan hati Khir Toyo ini menempelak betapa jeleknya perbuatan rakan-rakan dalam kabinet Umno/BN.


“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.


Siapakah menteri yang dimaksudkan Khir Toyo itu?...Adakah Noh Omar?...


Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.


“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. 

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Rabu, 17 Ogos 2011

SU Agung PAS: Saya ada bukti campur tangan Umno dalam operasi Jais


 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan  parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.
Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.
“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.
“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.
Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.
Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.
“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.
“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.
Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.
Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.
Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.
Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.
Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

melayu berkata:
Hassan Ali talibarut Umno?

Selasa, 16 Ogos 2011

RAHSIA MENDAPATKAN KERAKYATAN MALAYSIA SECARA MUDAH TERBONGKAR


Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mendedahkan pengkhianatan Umno-BN yang memberikan kewarganegaraan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi, Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing berkenaan.
Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.
Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI  menyokong dan mengundi Umno-BN bagi mendapat kerakyatan- selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.
Skrip itu berbunyi ” Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia  kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.
“Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.
“Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu”
“Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara  ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya”

FELDA KALAH LAGI.....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong - yang sekarang menanggotai PKR.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah yang menulis artikel berkenaan.

"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya.

NONEHakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, meskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat menjadikan Tan bankrap.

"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik,” katanya.
Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

NONEDan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Larangan guna pembesar suara hukum syarak - mufti


Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada Isnin berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.
"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.
Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.
Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.
"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.
"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.
Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. -BERNAMA