Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 4 Mei 2011

Rupanya Menteri Idris Jala berugama Kristian

NONERupanya ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu dan keliru bahawa Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala berugama Kristian. Perkara ini didedahkan oleh Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Jurucakapnya Yusri Mohamad, perkara itu dikesan melalui perkembangan terkini melibatkan hubungan Islam-Kristian.

NONETambahnya, pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu Bible berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Yusri berkata, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang pembentukan badan untuk hal ehwal bukan Islam. 

Sehubungan itu, bekas presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu berkata, perkara itu menjadikan bidang kuasa Idris tidak menurut perlembagaan.

"Memang (ada ancaman). Walaupun PEMBELA sudah bergerak sebelum ini, seperti kes murtad Azlina Jailani. Ini bukan kali pertama kita bergerak. 



Ancaman atau gugatan ada musim; dan menjadi lebih serius. Ini ada kecenderungan... (menjadi) sesuatu tekanan kuat terhadap cara kita mengendalikan isu-isu agama berkaitan Islam. 

Yusri berkata, pihaknya bimbang kepada usaha menyamatarafkan agama di negara ini.

'Dia Kristian'
"Kalau pun tidak sampai kepada pluralime agama, kalau ada kecenderungan untuk tuntut layanan yag sama bagi agama lain sama seperti agam Islam, saya kira ia bercanggah dengan perlembagaan, sejarah, latar belakang dan amalam sedia ada serta mengga ganggu formula kestabilan," katanya.

Katanya, tindakan kerajaan melantik Idris menguruskan isu Alkitab juga salah kerana beliau beragama Kristian dan tidak boleh dikatakan tidak memihak.

"Dia menteri Kristian. Ini isu agama, bukan politik. Setakat ini kita faham yang formula 10 perkara tidak muktamad lagi... Kita harap tidak dimuktamadkan... 

"(Ia) perlu ambil kira pandangan yang mewakili masyarakat Islam, majlis fatwa, ilmuan Islam, pertubuhan. (Ini) tidak berlaku dalam perbincangan yang lalu," katanya.

Yusri berkata, isu itu patut diuruskan oleh Datuk Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan perkara berkaiatan Islam bersama Tan Sri Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab dalam perpaduan kaum.

Katanya, beliau merasakan kerajaan boleh bertindak dalam bidang kuasanya, tetapi dalam masa yang sama kumpulan Kristian didakwa menggunakan terma seperti "menodai" dan "mengotorkan" dalam mengetengahkan isu itu.

Sementara itu, Yusri berkata, PEMBELA - gabungan 80 NGO - akan mengadakan persidangan pada Sabtu untuk membincangkan isu berkaitan kedaulatan Islam di Malaysia.

Tema berhubung tindakan umat Islam ketika Islam digugat akan diketengahkan dalam acara yang terbuka kepada semua umat Islam.

Berbalas pantun

Ia akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti, kata Yusri.

NONEMengulas laporan polis terhadap PEMBELA sebelum ini, Yusri menafikan gabungan itu bukan kumpulan ekstrimis seperti didakwa.

"Boleh buat repot polis, ini negara merdeka. Tetapi biar ada asasnya. Dan kalau nak repot, tak (perlu) besar-besarkan satu isu. Ini ada unsur kecenderungan untuk besar-besarkan isu yang tiada.

"Masyarakat Islam dan bukan Islam boleh kaji latar belakang kami, kami bukan pemain baru dalam jaringan pertubuhan Islam. Kita bukan kumpulan ekstrimis. Kita buat perhimpunan aman, selepas solat, secara terkawal," jelasnya.

"Mungkin ada dalam perhimpinan ada ucapan yang berbunyi garang dan tegas. itu biasa dalam demonstrasi. Takkan nak berbalas pantun di situ."

Beliau menafikan ada pemimpin PEMBELA yang mengeluarkan kenyataan "akan bertumpah darah" terhadap kumpulan kristian.

mufti kena histeria

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Selasa, 3 Mei 2011

Eskay yakinkan rakyat dia gila seks


 Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pihaknya tidak akan melayan desakan terbaru “Datuk T” yang mahu ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan ujian poligraf berhubung rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu.
Sambil menyifatkan cadangan tersebut tidak perlu dilayan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, ketiga-tiga “Datuk T” itu seharusnya didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan fitnah.
“Ini bukan soal siapa bohong siapa tidak, tetapi sepatutnya ia kena ikut hukum qazaf dan syariat Islam sebab kesalahan fitnah itu tergolong dalam hukum qazaf.
“Jadi saya ingin tegaskan kita perlu laksanakan hukum qazaf dan ikut prinsip syariat Islam yang telah ditetapkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Justeru kata Ahli Parlimen Gombak itu, pihaknya tidak akan tunduk kepada desakan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
“Kita tidak akan tunduk kepada desakan terbaru ini, ini bukan yang sepatutnya.
“Kita mahu qazaf dilakukan dan kita mahu ia dilakukan prinsip dan syariat Islam, kita juga mahu Datuk T ini didakwa di mahkamah syariah,” katanya.
Semalam Shazryl, salah seorang “Datuk T” berkata beliau bersedia untuk melakukan ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Bagaimanapun tegas Shazryl, Anwar yang juga Ketua Umum PKR perlu melakukan ujian poligraf selain proses itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen.
Ini kerana beliau berkata, tujuan mengenakan dua syarat itu bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konspirasi yang mungkin akan timbul jika ujian poligraf itu dilakukan.
Dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Jumaat lalu, Shazryl melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As walaupun cuba dihalang penyokong PKR.
Terdahulu pada sidang media, Azmin mendakwa seorang pegawai kanan polis mendalangi agenda fitnah Umno terhadap Anwar dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.
Jelas beliau, seminar yang diadakan di Kelantan itu dengan menggunakan tajuk “Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa Kini” sebaliknya menjurus kepada isu video seks dan kes liwat Anwar.
“Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan 2,000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan dan setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru.
“Pembentangan pegawai kanan polis ini bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen Umno dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... pegawai kanan polis ini telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur,” katanya.
Oleh demikian beliau mempersoalkan penglibatan polis dalam isu rakaman video seks dan menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail memberi jaminan badan kerajaan itu tidak disalahgunakan untuk kepentingan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan Umno-BN? Bagaimana polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan profesional dalam isu video seks jika pegawai pegawai tertinggi terlibat dalam agenda fitnah dan keji ini? Mengapakan institusi polis disalahgunakan?
“Saya menuntut ketua polis negara menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat hentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan jabatan pendidikan untuk tujuan agenda fitnah Umno-BN,” katanya sambil menyifatkan Umno-BN semakin terdesak.

Isnin, 2 Mei 2011

orang umno masuk mic

Seramai 225 anggota PAS Kuala Kedah menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat Alor Setar semalam.
-Bernama

-----------------------------------------

Cawangan PAS Tak Wujud Di Kuala Kedah Tapi Ada Ketua PAS... Ketua Bahagian Tertipu Ahmad Marzuki adalah JKKKP

Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.

Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:

1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.

2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.

3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.

4. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut. - Buletin 'Hairan' Online



dari fb:
Sri Tambak · Alor Setar
 
Dalam rekod PAS, Cawangan Lahar Buluh tidak ujud, setau saya yang bernama Ahmad Marzuki tu Ketua UMNo dan JKKKP Lahar Buluh dia ni wayar sikit, Tok Imam kariah dia pun dia tipu.

Ahad, 1 Mei 2011

sumpah hak individu- Najib


Kata Perdana Menteri Najib Razak, sumpah laknat itu adalah hak individu. Jika ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan rakan kongsinya dalam kumpulan Datuk T, atau sesiapa sahaja mahu bersumpah bahawa mereka bercakap benar apabila menuduh Anwar Ibrahim berzina, kata Najib, itu adalah hak peribadi mereka. 
Oleh itu, katanya lagi, tidak boleh sesiapa atau mana-mana parti politik menghalang Eskay dan kawan-kawannya untuk melafazkan sumpah demi menyokong pendirian atau tuduhan mereka terhadap sesiapapun. Dan, sekali lagi, Najib berkata, tidak ada mana-mana pihak, termasuk parti Umno yang dipimpinnya, boleh menyuruh Eskay dan rakan-rakannya bersumpah atau menghalang mereka.
Kenyataan Najib ini merisaukan. Ini kerana ternyata, komennya itu tidak bersandarkan ilmu dan perintah agama dan jauh sekali daripada menghormati pandangan ulama. Lebih menyedihkan pula ia menyerlahkan sikap Najib terhadap tiang bina jatidiri negara ini sendiri.
Dengan mengizinkan sumpah laknat dibuat oleh sesiapa sahaja kerana ia hak individu, maka Najib telah terang-terang membelakangkan prinsip Rukun Negara – kesopanan dan kesusilaan. Bayangkan jika pandangan Najib ini dijadikan pedoman oleh rakyat, betapa berkecamuk  Malaysia jadinya. 
Jika kita tidak suka pada mana-mana individu atau pemimpin, hatta Najib sendiri, kita boleh sahaja melontarkan pelbagai tuduhan – perasuah, perogol, penipu dan sebagainya. Untuk menghalalkan tindakan kita di sisi agama, kita pun pergi ke mana-mana masjid dan bersumpah di depan saksi (yang dijemput) bahawa tuduhan kita benar dan jika tidak, akan dilaknati Allah.
Ini bahaya. Jika setiap yang bersengketa dan memendam kesumat terhadap orang lain berbuat seperti Eskay kerana dihalalkan oleh Najib sebab ia adalah hak individu, berantakanlah masyarakat dan berhamburanlah sumpah dilafazkan.
Si fulan boleh menuduh bahawa si anu berzina dengan artis, model atau isteri orang di Port Dickson  atau di mana sahaja. Si anu pula boleh menuduh si fulan melakukan seks di luar tabii dengan sesiapa sahaja dan, untuk mengukuh atau “mengislamkan” tuduhan, maka si anu dan si fulan boleh lafaz sumpah laknat.
Laknat bagaimana akan menimpa orang bersumpah, bukan perhitungannya.  
Memang benar sesiapapun boleh bersumpah. Malah seorang suami yang mengesyaki isterinya berzina boleh bersumpah bahawa tuduhannya itu benar. Namun keizinan bersumpah itu semua itu ada peraturannya.  Ini semua sudah ditetapkan Allah
Dalam kes tuduhan zina, yang dituduh berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa untuk membela diri dan maruah. Ini hukum qazaf namanya. Pihak  berkuasa diberi mandat oleh Allah untuk menghakimkan tuduhan berkenaan dengan panduan yang jelas.
 Peraturan yang ditetapkan Allah ialah, yang menuduh mesti mengemukakan empat saksi  yang melihat perzinaan membabitkan yang tertuduh berlaku. Jika tidak, yang menuduh mesti dirotan lapan puluh kali. 
“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Merekalah orang-orang yang fasik.” Surah Annuur ayat 4.
Ayat perintah ini tidak kabur. Sesiapa yang membacanya akan dapat menghayati rasional di sebaliknya. Bahawasanya soal maruah si tertuduh zina wajib dipertahankan. Itu yang utama. Sebab itu Allah meletakkan syarat yang ketat dalam penghakiman tuduhan.
Memang bukan senang mencari empat saksi. Itu Allah tahu. Tetapi itu yang ditetapkanNya. Ini kerana Allah tahu yang manusia akan menggunakan pelbagai dalih untuk menguatkan tuduhannya. Ada yang mahu guna foto dan video. Namun bak fatwa tiga mufti - Tan Sri Harussani Zakaria,  Juandah Jaya (Perlis) dan Datuk Tamyes Abdul Wahid (Selangor) yang ditetapkan empat saksi dan bukan video atau foto. 
Jika gagal berbuat demikian, maka si penuduh wajib disebat 80 kali. Siapa yang wajib melakukan hukuman? Jawapannya ialah pihak berkuasa agama. Dalam konteks Malaysia yang berkuasa ialah kerajaan. Najib ketua kerajaan. Maka Najib mesti memastikan hukuman ini dijalankan. 
Memang benar Najib ada menteri halehwal agama dan juga Majlis serta dan Jabatan Agama untuk melaksanakan perintah ini tetapi dia tetap Ketua Kerajaan. Padanya terletak kuasa pengurusan ehwal agama, termasuk dalam bab tuduhan palsu membabitkan zina ini, Maka beliau wajib laksanakan hukum Allah. 
Demi memelihara keharmonian masyarakat dan maruah individu, Najib wajib perintahkan jabatan agama laksanakan hukum sebat jika Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim gagal kemuka empat saksi. 
Maka adalah salah bagi Najib bila berkata, bersumpah untuk menguatkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah hak individu. Allah tidak menetapkan begitu. Najib tidak boleh berdalih beliau tidak tahu.
Najib ada peluang dan ada kuasa untuk mengetahui dan memahami hukum Allah. Dia ada menteri yang boleh menasihatinya. Dia ada ulama yang digaji untuk menegurnya. Malah dia ada sekurang-kurangnya empat puluh ulama muda yang baru menyertai partinya untuk membimbingnya.
Najib tidak perlu rasa tertekan oleh peraturan Allah ini. Sebagai hamba Allah dan bukan hamba mana-mana parti dia mesti akur perintah Allah dan bukan gusar tidak pertahan maruah ahli-ahli partinya. Dia tidak boleh kata Umno tidak berhak galak atau halang orang untuk bersumpah laknat. Yang mahu bersumpah juga sumpahlah. Yang menuduh secara terbuka dan diberi publisiti meluas kerana membuat tuduhan, perlu dikenakan hukuman Allah bila tiada empat saksi.
Menurut hukum dunia dan hukum negara, yang menayang video lucah boleh didakwa dan dihukum jika didapati bersalah. Tetapi mengikut hukum Allah adalah salah menuduh orang berzina tanpa ada saksi. Sudah pasti sebagai seorang muslim, Najib tahu dia wajib ikut hukum Allah. 
Dia tidak boleh begitu liberal mengatakan hak individu untuk bersumpah dengan nama Allah untuk mencemar maruah insan lain. Ini nyata satu percubaan mencemar perintah Allah. Melanggar ketetapan Allah adalah satu keingkaran. Cuma orang yang angkuh dan tidak yakin penuh akan kuasa Allah berani membelakangkan ketetapan Allah.