Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 21 Disember 2012

Malaysia juara dunia rasuah


 Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.
Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.
Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’,Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat ‘pengiktirafan’ oleh komuniti dan media antarabangsa di atas ‘penganugerahan’ tersebut.
“Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.
“Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi,” kata Jui Meng dalam kenyataan.
Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.
“Sejak dari 1983, ia tetap sama. Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion,” katanya.
Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.
“Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?” ujarnya.
Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.
“Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib,” kata Jui Meng.
Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.
GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion.

Selasa, 11 Disember 2012

UMNO pejuang bangsa melayu dan memberikan melayu kekayaan

“Kita ada semua bangsa, Cina, Melayu India. Kita bela semua bangsa. Beribu anak Melayu lulusan SPM yang tak punya kerja, minta gaji RM1,000 pun (BN) tak mampu nak beri. Permit teksi ambik, AP kereta ambik."
“Apa yang Umno buat selama ini? Bagaimana nasib anak-anak bangsa kita.'
Umno  akan membankrapkan negara. Tetapi yang melingkupkan negara ialah Umno yang memerintah hari ini. Memperkayakan anak beranak, dan kaum keluarga, tetapi ini tidak disiarkan dalam akhbar." kata Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN di hadapan lebih 20,000 rakyat di Dataran Darul Hikmah, Kerdau sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Pahang semalam.

Kote beri anjing makan



manusia paling pengecut tak ada telo. 
Dalam beberapa minggu terakhir ini malahan terdahulu sebelumnya sidang pengarang menerima pelbagai ulasan dari pembaca..
terima kasih diatas respon anda. Namun ulasan tersebut tidak dapat disiarkan kerana bersifat pengecut dan bahlul.
Penakut dan pengecut kerana tidak memberikan nama..hanya  menggunakan nama tanpa nama. Pengulas yang sedemikian sebaiknya potong kote bagi anjing makan lagi baik dari nak bersura ok?