Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 5 Januari 2013

tembakau dicelah kangkang






Deepak Jaikisyin kawan baik Mahathir?-milo suam
KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar nama Deepak Jaikishan Tekwani, seorang penjual karpet yang nampaknya menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi menjelang pilihanraya umum ke 13. 

Setelah penat lelah Najib Tun Razak sibuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, tiba-tiba muncul saudagar karpet ini menyerang Rosmah secara bertali arus.

Ini bukan serangan kosong, ini serangan berstrategi. Semua orang tahu bahawa Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional kerana sifat tamak dan borosnya. Lantaran itu Deepak memainkan peranannya menyerang Rosmah untuk menjatuhkan Najib.

Lihat gambar di bawah baik-baik. Deepak Jaikishan Tekwani saudagar karpet yang sibuk menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi ini merupakan salah seorang daripada 230 tetamu yang dijemput ke Majlis Sambutan Harijadi Tun Mahathir baru-baru ini iaitu pada 14 Disember 2012.



Dalam jangka masa Deepak Jaikishan Tekwani sibuk menjadi musuh kepada Najib Razak dan Rosmah kerana bom demi bom yang diletupkan, rupanya dia merupakan sahabat baik Tun Mahathir. 

Jika tidak masakan dia dijemput sebagai tetamu jemputan Tun Mahathir? Kenapa Tun Mahathir menjemput Deepak Jaikishan Tekwani ke majlis harijadi beliau? Apa tujuan Tun Mahathir menjemput musuh Najib dan Rosmah ke majlis beliau?

Jawapannya ada dalam video di bawah sila besarkan mata luas-luas dan tumpukan pendengaran anda baik-baik terhadap satu demi satu kata-kata Tun Mahathir dalam video di bawah.




Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/01/siapa-sebenarnya-dalang-di-belakang.html#ixzz2H3k2UDhU


UMNO PARTI SAMSENG?
Rakaman samseng Umno serang dan tampar orang tua



Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.


Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, 





Khamis, 3 Januari 2013

Muhyiden kudeta Najib


Muhyiddin kudeta kuasa Najib? - harakah daily

  
Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. 

Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini.

Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.

Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. 

depak cuba gunakan anwar


  Deepak juga sedang merancang
deepak tak puas hati kerana
hutangnya berjumlah 400 juta ringgit
dengan kuwait fainance house
masih belum ada sesiapa ingin membantu

deepak cuba menggunakan anwar ibrahim
deepak cuba menggunakan pkr
jangan lupa
dua minggu dahulu malaon ini pernah berkata
yang dia akan pergi ke burma pada 24 disember
tarikah itu diberikan sebagai tekanan agar ada yang membantu

terkejeng terpelonyot tercirit





Sudah hidup susah itu adalah lumrahItulah yang berlaku di Pengerang semalam, tiga sekeluarga ditemui mati kerana tidak mampu bertahan dengan tekanan hidup apabila dihalau dari tanah yang dimastautin sejak sekian lama.


rakyat seluruh tanahair mulai saat ini berhenti mengeluh dan terus bangkit melawan kezaliman rejim penguasa. Walaupun ditekan, walaupun dihimpit dan dipijak, rakyat diseru untuk tidak mengambil jalan akhir mencabut nyawa tetapi terus bangun dari keresahan lantas bertekad untuk membunuh keegoan dan kekuasaan regim pemerintah. Inilah peluangnya, inilah saat penting seluruh kekuatan rakyat disatukan pada 12 Januari 2013 yang ditakrif Hari Kebangkitan Rakyat.

Janganlah kita jadikan kematian Keluarga Pang suatu kematian yang sia-sia! Kematian keluarga Pang adalah merupakan simbol rakyat bangkit melawan lantas mengusir Barisan Nasional dari tahta penguasa. Ayuh 1 juta rakyat berani turun 12 Januari 2013. Demi Rakyat, Demi Negara!
Che'Gubard

Ketua Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM
KOMENTAR TUKAR TIUB
berita semakin kencang
najib akan diketepikan
najib akan di pinggirkan
kerana najib yang memikul rosmah dilihat
sebagai beban yang amat berat

rata rata mak cik melayu
telah menyampah melihat perangai
dan tingkah laku rosmah

rosmah dilihat oleh pemimpin gerombolan
bukan sebagai pembantu najib
malah rosmah dilihat sebagai nenek kebayan
yang akan menghilangkan undi

Rabu, 2 Januari 2013

Deepak Jaikishin dakwa belikan Datin Rosmah barang kemas RM13juta


 
cincin berlian yang dikaitkan dengan Rosmah 
sebagaimana terkandung dalam dokumen pembelian.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendesak Datin Seri Rosmah Mansor jawab pendedahannya berkenaan dakwaan Deepak bahawa dia membayar RM13 juta untuk membeli isteri Perdana Menteri itu barang kemas.Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.
Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.
Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.
Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.
Katanya, salinan dokumen yang disampaikan kepadanya oleh pihak ketiga yang mendapatnya daripada Deepak, menguatkan lagi kenyataan peniaga permaidani itu sebelum ini bahawa beliau membayar jumlah tersebut dalam tempoh tiga bulan untuk pembelian barang kemas mewah Rosmah.
“Dokumen bank bukanlah mudah untuk dipalsukan. Dan kalau ia palsu, bank terbabit patut tampil segera menyatakannya…Untuk menguatkan (keaslian dokumen), Deepak patut tampil ke hadapan dan tunjukkan dokumen asal kepada rakyat.
“Tindakan tergopoh-gapah Najib mengheret dana pencen tentera untuk bayar RM160 juta kepada Deepak dan Raja Roopiah seperti mengiyakan pandangan umum beliau mula panik dengan pendedahan Deepak,” katanya.
Sebelum ini, Bousted melalui Bakti Wira Sdn Bhd membeli 80 peratus saham terbitan syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd bernilai RM30 juta dan 200 ekar tanah dari syarikat milik Raja Roopiah, Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM160 juta. Saham majoriti Boustead dikuasai oleh LTAT.
“Perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera,” kata Rafizi.KD