Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 8 September 2014

muhyiddin ganti noh? PRK DUN Selangor?

berita baru : MB selangor dari Pas? Sultan panggil 3 exco Pas

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dilaporkan dipanggil mengadap Sultan Selangor hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.
Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.
Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS,  Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar. – 8 September, 2014.

kenapa haron din sokong perpaduan dgn umno



sumber tt