Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 28 Februari 2013

Salleh Yaakob tak tahan kena hamput bersara jadi artis

kerana keceluparan dan lawak bodoh melampaunya Salleh Yaakob kecut perut dihamput rakyat malaysia yang mengutuknya mengumumkan bersara dari dunia artis.Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu. 

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.