Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 5 Januari 2012

Hassan Ali khianati PKR


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali menolak perhimpunan haram 'Bebaskan Anwar 901' pada 9 Jan ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Beliau berkata anggota Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.
"Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir.
"Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini Khamis.
Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.
Beliau turut membidas Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman yang katanya membuat kenyataan dengan membelakangkan pemimpin Pas pusat berhubung pendirian parti itu mengenai perhimpunan haram yang akan diadakan itu.
Abdul Rani dalam laporan akhbar semalam dipetik berkata Pas Selangor menyokong 'Kempen Bebaskan Anwar 901' dan mengajak anggotanya menyertai perhimpunan itu dengan alasan ia merupakan hak asasi mereka.
Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali bahawa Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun yang berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah, Hasan berkata hanya ada dua calon yang layak iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - BERNAMA
malaymerdeka: Hassan Ali nie serupa lanchau...jawa bangang pulau lumut ni dengki dengan PKR demi cita-cita busuknya merampas kerusi MB...

pecah amanah perkim rm270juta, Apa kaitan Perkim dengan projek membina jalan


“Pelik, apa kena-mengena Perkim dengan projek ini? Fungsi pertubuhan itu adalah untuk kebajikan masyarakat. Ini adalah tidak munasabah sama sekali kerana ia bukan pertubuhan perniagaan,” 
Penjelasan Bekas Perdana Menteri selaku pengerusi Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu  pecah amanah  RM3.7 juta membabitkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dituntut.
“Sebelum ini Perkim bersih dari salah guna kuasa. Namun selepas diambil alih beliau (Mahathir), (perkara) ini yang berlaku. Sehinggakan ada yang diheret sampai ke peringkat mahkamah,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Datuk Seri Jamil Khir sepatutnya membuat pemantauan dan bukan memberi jawapan tidak tahu menahu dalam isu  itu.

Tiga pemegang amanah Perkim sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan kesalahan pecah amanah sebanyak RM3.7 juta.
Naib Presiden Perkim II, Prof Emeritus Datuk Ariffin Suhaimi, 74, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60, yang merupakan ahli Perkin, dituduh melakukan jenayah itu pada 27 Disember lalu.
Wang berkenaan dikatakan diberikan kepada mereka sebagai wang pertimbangan untuk menaik taraf jalan Lapangan Terbang Subang ke Sungai Buloh antara April 2002 dan April 2004, yang dianggar bernilai RM270 juta.

Aduh! syok dan naik stim dibuatnya mesti dapat punya!

Presiden Venezuela Hugo Chavez mencium tangan Miss World 2011 Ivian Sarcos dari Venezuela selepas pertemuan mereka di Istana Miraflores di Caracas 4 Januari 2012. — Gambar Reuters
Presiden Venezuela Hugo Chavez mencium tangan Miss World 2011 Ivian Sarcos dari Venezuela selepas pertemuan mereka di Istana Miraflores di Caracas 4 Januari 2012. — Gambar Reuters

Noh Omar nak kutip sampah di Selangor.Kontraktor diancam dan diugut

Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.
(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)
Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.


Menteri Agama Jamil Khir perbodohkan ketua audit Negara

 Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)  mengesahkan Jamil bersama dua individu lain mengguna wang zakat bagi menghalang Kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah syariah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui kos guaman dibayar menggunakan wang zakat
Mashitah mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2011.
Pada 23 Jun pula, Tetuan Zainul Riijal Talha dan Amir, syarikat guaman yang mewakili Jamil dan dua individu itu meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi sesiapapun menyalahguna atau menyeleweng wang zakat.
Jamil pada 1 Januari lalu menafikan beliau bersama dua individu lain menyeleweng wang Zakat berjumlah RM63,650.