Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 6 November 2011

Berkorban, terkorban dikorban

Secara tiba-tiba isu Hukum Hudud dihidupkan semula, menjelang PRU 13.  Disusuli pula dengan Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, yang bertemakan anti-murtad, dan yang terbaru, isu homoseksual.  Meskipun pendirian "setuju untuk tidak bersetuju" antara tiga parti gagal memuaskan semua pihak, namun sekurang-kurangnya isu Hukum Hudud diredakan untuk seketika, pada akhir September 2011.
PR akhirnya terperangkap dalam isu homoseksual, apabila memberi reaksi yang berlebihan terhadap isu ini.  Apa pun yang dikatakan, misalnya "isu homoseksual melangkaui batas politik kepartian", gagal mengubah realiti bahawa isu ini wujud dalam konteks politik, dan adalah perangkap politik.
Kita disajikan kenyataan bekas Ketua Polis Negera Rahim Noor, bahawa Malaysia kini sedang berdepan dengan ancaman "gelombang hak asasi manusia" - ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan kedua PERKASA.
Lima hari kemudian, PERKASA menyasarkan program Seksualiti Merdeka 2011, dan isu ini terus menyarat dalam media cetak kawalan UMNO.  Sebagaimana yang dijangkakan, "hak asasi manusia" digunakan NGO untuk mempertahankan golongan homoseksual, dan di sini beberapa pimpinan PR mula terperangkap.

Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association, APA) telah mengeluarkan homoseksual dari senarai penyakit psikiatri (Diagnostic and Statistical Manual Of Mental Disorders, DSM-II) pada tahun 1973.homoseksual telah diiktiraf sebagai sifat semulajadi seseorang (biarpun minoriti dalam masyarakat), dan tidak boleh "diubati" agar diubah cenderung seksnya.
Situasinya berbeza untuk PAS, PKR atau Pakatan Rakyat.  Parti-parti politik ini berjanji untuk membela hak asasi rakyat, keadilan untuk SEMUA.  Maka mereka akan berdepan dengan pertikaian - apakah PR mengiktiraf hak asasi seseorang dalam kecenderungan seks peribadinya?  Apakah keadilan untuk SEMUA ini, termasuk keadilan untuk golongan homoseksual?
PR harus jelas, bahawa mereka gagal menandingi UMNO-BN seandainya menjejak langkahnya ke gelanggang untuk permainan perkauman atau agama sempit.
Apabila timbul isu Elton John dan Seksualiti Merdeka, ramai Muslim termasuk badan-badan NGO yang membawa jenama Islam melenting.Seperti biasa, PERKASA adalah antara yang terawal membuat laporan polis diikuti dengan badan-badan lain dan individu yang kononya risau dan khuatir dengan perkembangan ini.
Mahu atau tidak kita mengakui homoseksualiti merupakan suatu dosa dan bertentangan dengan norma-norma agama.  Namun sekiranya inilah yang menjadi kegusaran PERKASA serta badan-badan NGO dan individu Muslim yang lain, kegusaran ini tidak berasas.  Ketirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan satu dosa, rasuah juga merupakan satu dosa, penganiayaan terhadap buruh juga merupakan satu dosa, membolot kekayaan negara untuk kroni dan keluarga juga merupakan satu dosa.  Bahkan ianya lebih besar dan wajar untuk kita ambil peduli kerana ia melibatkan harta rakyat dan negara.  Ia bukan maksiat peribadi.

Lebih 50 tahun negara kita merdeka, struktur ekonomi politik masyarakat kita telah mengalami perubahan yang mendalam, naman kerangka dan model pentadbiran masih diselubungi minda dominasi dan naungan (patronage).  Seandainya dibandingkan dengan negara jiran, langkah kemajuan negara kita agak perlahan, malah ketinggalan dalam senario antarabangsa terkini.  Apa yang diperlukan Malaysia sekarang adalah mencontohi "gerakan progresif" (progressive movement) di Amerika Syarikat pada abad ke-19, melakukan reformasi keseluruhan terhadap masyarakat dari segi sosial, budaya dan pentadbiran kerajaan.