Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 2 Januari 2011

RAIS YATIM :MAKNA PERKOSA ROGOL DIPERLUAS

ARKIB : 08/02/2004

ISTILAH ROGOL AKAN DIPERINCIKAN

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kerajaan akan memperincikan istilah rogol sebelum sebarang pindaan undang-undang di dalam Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan terhadap jenayah itu dapat dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim berkata, ini kerana ada beberapa pihak yang mahukan maksud rogol itu diperluas dan diperhalusi.

Katanya, ia seperti mentakrifkan semula jenayah rogol sebagai satu perbuatan keji yang turut meliputi penggunaan objek sebagai alat untuk merogol.

``Setiap pindaan memerlukan kajian teliti melibatkan semua pihak daripada kementerian berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

``Kemudian perbincangan lanjut akan dijalankan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan dan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji kesan pindaan tersebut,'' katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ke-30 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Mohd. Bakri Omar dan Presiden PBPM, Mansor Md. Jaafar.

Rais berkata, kabinet juga akan mengkaji beberapa perkara untuk menetapkan tempoh masa siasatan terhadap sesuatu kes.

Katanya, ini bermakna semua kes jenayah yang disiasat mempunyai tempoh tertentu dan perlu diselesaikan dalam masa yang diberikan.

``Perkara pindaan itu terkandung di bawah Seksyen 107 dan 120 Kanun Acara Jenayah dan berharap dapat dibincangkan dalam Kabinet pada Mac ini,'' katanya.

Dalam pada itu, Rais dalam ucapan perasmiannya menyeru semua warga PBPM bergiat lebih aktif dalam program khidmat masyarakat.

Beliau percaya dengan keahlian yang mencecah lebih 80,000 orang, PBPM mampu menganjurkan pelbagai aktiviti di seluruh negara.

Beliau menarik perhatian bagaimana persatuan tersebut boleh berperanan dalam menangani kegiatan jenayah di negara ini dengan memberi penerangan kepada masyarakat bagi mengatasi jenayah seperti samun, ragut, pecah rumah dan isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu rogol.

Rais berkata, sebagai menghargai khidmat bekas-bekas polis, sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Bekas Polis di dalam Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan.

Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang menimbang permohonan persatuan itu untuk mendapatkan sebidang tanah bagi tujuan pembinaan bangunan milik PBPM.
``Sewajarnya ia dikaji memandangkan Persatuan Bekas Tentera sudah lama memiliki bangunan mereka sendiri,'' katanya.

Tambahnya, masalah sebahagian bekas polis yang berkhidmat ketika darurat dan tidak mendapat bantuan perubatan juga akan diteliti.



Disedut dari laman tukartiub