Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 13 Mei 2014

kenapa Mat Said naik angin



Habis tu ..acara majlis kahwin kat kediaman rasmi Menteri Besar....
belum lagi yg sponsor....apa citer...

pas/pr jangan seronok ...mereka boleh tukar fikiran.

tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya". PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri
 PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).
PAS juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan, 
Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.
Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.
Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Kemungkinan ramai lagi ADUN mengikut jejak Ahmad Said sudah dijangkakan berikutan dalam pertemuan Setiausaha Agung UMNO dengan ADUN-ADUN Terengganu semalam, daripada 17 ADUN BN, hanya 9 orang saja yang hadir manakala selebihnya dipercayai memprotes dan tidak setuju dengan pengguguran Ahmad Said.

SURAT PERLETAKAN AHLI BELUM DITERIMA UMNO BAGAIMANA MEDIA DAH SIAR?
Umno masih belum menerima sebarang surat daripada tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang dilapor keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat, kata penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Justeru katanya, BN masih mempunyai kuasa eksekutif dan menduduki pejabat menteri besar
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang surat diterima," katanyaMacam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

BN T'GANU KECUNDANG....3 ADUN KLELUAR UMNO


Roslee Daud.

Terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan berbuat demikian, hanya beberapa jam selepas dua pemimpin negeri itu mengumumkan keluar parti.

Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Adun Ajil, Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dengan perkembangan terbaharu ini, BN kini menguasai 14 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, begitu juga PAS sebanyak 14 kerusi, satu mewakili Parti Keadilan Rakyat  (PKR) dan  Bebas (3).

Hadiah ulang tahun 68 :Kerajaan UMNO/BN Lumpuh di Terrengganu...Mat Said naik angin....Terengganu bakal bertukar kerajaan


Embedded image permalinkBerikutan perletakkan jawatan MB Mohamad Said sebagai Menteri Besar sekaligus sebagai ahli Umno mengubah senario politik di Terrengganu.Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.


13Mei tarikh keramat Malaysia menggambarkan tragedi malang Kerajaan BN/Umno.
Jengkel dengan rayuannya kepada PM Najib tidak dipeduli untuk menangguhkan perletakakn jawatan selepas perkahwinan anak beliau,  Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

TERENGGANU MILIK PAS?

Tindakan Mat Said dan Ghazali ini memberi tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dikala UMNO sedang menyambut perayaan ulangtahunnya yang ke-68 semalam, tiba-tiba "Tragedi 13 Mei" melanda negeri Terengganu. Kedudukan kerusi DUN kini sama iaitu 15-15 akibat tindakan Mat Said menjadi ADUN Bebas.
Hakikat Setiausaha Agung UMNO terpaksa turun ke Terengganu berjumpa dengan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional menunjukkan ada peralihan ini tidak selicin yang dijangka.
Beberapa ADUN dilaporkan tidak gembira dengan perubahan ini dan enggan berjumpa Setiausaha Agung UMNO tersebut. Sehingga petang tadi dilaporkan hanya 9 daripada 17 ADUN telah berjumpa. Ini memberi persepsi bahawa 8 ADUN lagi mungkin membuat keputusan yang mengeruhkan keadaan.
Sebenarnya kedudukan DUN Terengganu sangat genting, sekiranya dua ADUN membuat keputusan tidak mengiktiraf perubahan ini dan disokong oleh Pas, Terengganu bakal berhadapan krisis pentadbiran dan politik yang sangat luar biasa.
Jika Ahmad Said  dan Pas sebulat suara menyokong beliau, maka DUN akan menjadi tergantung. Ini mungkin memaksa satu pilihan raya negeri diadakan bagi menyelesaikan keadaan 16-16 tersebut.