Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Sabtu, 9 Februari 2013

Khalid Samad: Nasharudin jangan cemar nama Ustaz Fadzil

Khalid Samad Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad berkata, Nasharudin sepatutnya berterima kasih kepada Ustaz Fadzil kerana membawa beliau yang langsung tidak dikenali terus ke pimpinan Pusat dan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas.

“Beliau bukan siapa-siapa sebelum Ustaz Fadzil ambil dan letak di pentas utama politik Pas. Saya minta dia jangan cemar nama Ustaz Fadzil iaitu mengaitkan dengan tindakan dilakukannya,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Khalid berkata, ucapan Nasharudin di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru dilihat seolah-olah menjual nama bekas itu Presiden Pas sedangkan itu kenyataannya sendiri.

“Soal tahaluf siasi ini dimulakan pada zaman kepimpinan Ustaz Fadzil. Ianya merupakan keputusan hasil perbincangan melibatkan bukan sahaja pemimpin Pas, tetapi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

“Mereka berbahas berdasarkan fahaman, suasana dan prinsip politik mengikut syariat Islam. Ia diputuskan bahawa Pas menjadi parti relevan bagi seluruh Malaysia dan rakyatnya, maka persoalan tahaluf siasi ini kerjasama dengan DAP dan PKR tidak menjadi masalah,” katanya.

Beliau berkata, Pas Selangor kesal dengan tindakan Nasharudin yang tidak mahu membetulkan diri sendiri dengan menerima keputusan jemaah atau parti tetapi terus ingin melanggarnya walaupun ia salah dari sudut disiplin.

“Tindakan itu membuktikan beliau tidak layak menjadi ahli Majlis Syura Ulamak maka keputusan Majlis Syura Ulamak menggugurkannya terbukti tepat dan betul.

“Tindakannya membuktikan beliau tidak layak menjadi Timbalan Presiden Pas, maka ianya mengesahkan keputusan Muktamar 2011 yang tidak memilihnya sebagai Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas mengenai gesaan Nasharudin yang mahu Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Ia bercanggah dengan apa diwariskan oleh Ustaz Fadzil dan kata-kata beliau sendiri bahawa ini satu ijtihad hebat untuk menjadikan Pas itu relevan bagi semua di seluruh negara Malaysia. Kalau keluar dari PR, maka Pas akan bersendirian dan hanya dapat memainkan peranan untuk sektor masyarakat tertentu sahaja,” katanya.