Rabu, 2 Januari 2013
Deepak Jaikishin dakwa belikan Datin Rosmah barang kemas RM13juta
cincin berlian yang dikaitkan dengan Rosmah
sebagaimana terkandung dalam dokumen pembelian.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendesak Datin Seri Rosmah Mansor jawab pendedahannya berkenaan dakwaan Deepak bahawa dia membayar RM13 juta untuk membeli isteri Perdana Menteri itu barang kemas.
Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.
Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.
Katanya, salinan dokumen yang disampaikan kepadanya oleh pihak ketiga yang mendapatnya daripada Deepak, menguatkan lagi kenyataan peniaga permaidani itu sebelum ini bahawa beliau membayar jumlah tersebut dalam tempoh tiga bulan untuk pembelian barang kemas mewah Rosmah.
“Dokumen bank bukanlah mudah untuk dipalsukan. Dan kalau ia palsu, bank terbabit patut tampil segera menyatakannya…Untuk menguatkan (keaslian dokumen), Deepak patut tampil ke hadapan dan tunjukkan dokumen asal kepada rakyat.
Sebelum ini, Bousted melalui Bakti Wira Sdn Bhd membeli 80 peratus saham terbitan syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd bernilai RM30 juta dan 200 ekar tanah dari syarikat milik Raja Roopiah, Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM160 juta. Saham majoriti Boustead dikuasai oleh LTAT.
“Perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera,” kata Rafizi.KD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan