Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 17 Oktober 2011

SIAPA AZIZ BARI


Prof Dr Abdul Aziz Bari merupakan ahli akademik, pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mengajar undang-undang di UIA sejak 20 tahun yang lalu. Beliau merupakan timbalan dekan (kajian dan pembangunan) pada tahun 2004-05. Beliau juga merupakan bekas ketua jabatan undang-undang awam dan editor IIUM Law Journal yang paling lama berkhidmat.
Professor Abdul Aziz mendapat pendidikan perundangan di Malaysia dan England. Bidang kajian dan pengajaran utama beliau ialah undang-undang awam, perbandingan undang-undang, dan teori perundangan.
Professor Abdul Aziz giat menulis pelbagai karya. Antaranya ialah buku-buku ‘best-selling’ seperti Constitution of Malaysia: Text and Commentary (dengan Farid Sufian Shuaib), Malaysian Constitution: A Critical Introduction dan Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah. Karya lain termasuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan, Cabinet Principles in Malaysia: The Law and Practice, Islam dalam Perlembagaan Malaysia dan Politik Perlembagaan.
Lebih daripada 60 artikel dan bab-bab dalam buku yang Professor Abdul Aziz hasilkan telah diterbitkan di Malaysia dan luar negara. Beliau telah membentangkan lebih daripada 140 kertas kerja di seminar dan persidangan antarabangsa. Sebagi seorang pakar perlembagaan, beliau juga telah menulis lebih 300 artikel mengenai topik tersebut dalam media tempatan. Pencapaian beliau tercatat dalam edisi ke-22 Marquis’ Who’s Who in the World (2005). Professor Abdul Aziz ialah ahli Society of Legal scholars (SLS), United Kingdom dan International Bar Association (IBA) yang berpusat di London.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan