Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 19 Mei 2010

BN tidak tahu apa Cina mahu

(lidah pengarang merdekareview)

Keputusan PRK Sibu Calon DAP-Pakatan Rakyat Richard Wong Ho Leng yang sebelum ini dianggap tidak berpeluang mengecapi kemenangan, akhirnya membuat kejutan apabila menang tipis ke atas calon SUPP-BN Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.
Kemenangan ini sekurang-kurangnya menceriakan PR yang terpalit dengan "fenomena lompat parti" kebelakangan ini.  Malah, kesudahan ini mungkin di luar jangkaan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Najib Razak yang telah menaburkan peruntukan RM18 juta kepada sekolah Cina tempatan - apabila pengundi Cina menjadi penentu kemenangan PR di Sibu.
PRU 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana kuasa kerajaan di lima negeri jatuh ke tangan PR, dan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen dinafikan.  11 PRK yang diadakan selepas tanggal tersebut, sama ada melibatkan kawasan DUN mahupun parlimen, memperlihatkan kecenderungan orang Cina terhadap PR.  Biarpun calon PKR-Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim gagal mempertahankan kerusi PR dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010, namun PR tetap meraih sokongan kira-kira 80% pengundi Cina.
Dalam PRK Sibu, pengundi Cina masih menyebelahi PR, dengan undi yang lebih kepada DAP berbanding PRU ke-12.  Daripada mengatakan bahawa senario ini merupakan krisis SUPP, lebih baik dikatakan ia merupakan krisis bersama parti yang berasaskan orang Cina dalam BN (seperti MCA dan Gerakan).  Daripada mengatakan ia krisis bersama parti yang berasaskan orang Cina, lebih baik dikatakan ia krisis ketandusan idea BN untuk menangani sokongan Cina yang semakin kehilangan.  Malah, model "perkongsian kuasa" dalam BN telah menemui jalan buntu.
Namun demikian, "krisis" mungkin bukan istilah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan BN sekarang.  Sejak PRU pada tahun 2008, BN bukannya tidak tahu bahawa sokongan Cina terhadapnya semakin mengurang.  Malah, kerana pemahaman itulah, BN semakin bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk memikat undi orang Cina.  Misalnya, ketika PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu, Najib turun sendiri ke padang untuk menaburkan jutaan dan puluhan juta ringgit kepada sekolah Cina dan kawasan perumahan Cina.
Ironinya, serangan berpelurukan wang dana yang dilancarkan oleh BN ke atas komuniti Cina bukan sahaja tidak mendatangkan pulangan, malah mengundang kesan yang sebaliknya.  Pengundi Cina tetap mengundi calon PR, menongkah segala wang ringgit dan janji manis yang ditaburkan.  Mesej yang tersirat di sebaliknya, berbunyi wacana hegemoni (hegemonic discourse) yang digunakan oleh BN sepanjang puluhan tahun untuk memperdayakan orang Cina seperti "kesulitan dipermudahkan seandainya ada orang sebangsa dalam pucuk kerajaan", "perkongsian kuasa"-- sedang terburai kalau bukan telah terburai.
Imaginasi baru untuk pengundi
Apa yang memilukan BN adalah, mungkin mereka masih tidak tahu, semakin mereka memikat undi Cina dengan gula sedemikian, semakin terdedahnya ketidaksaksamaan dasar kerajaannya ketika melayani kaum bukan bumiputera dalam puluhan tahun yang lepas.  Semakin BN menabur peruntukan sekali gus kepada sekolah Cina, semakin hebat ia mencungkil ketidakpuasan dan rasa protesnya yang terpendam pada zaman  di mana "mustahil berlaku pertukaran kerajaan".
PR berjaya memerintah di lima negeri selepas tahun 2008, dengan dasar yang secara bandingannya lebih adil untuk semua kaum.  Ia bukan sahaja menonjolkan ketidakadilan BN, malah melakar imaginasi baru dalam politik untuk pengundi.  Kepiluan BN adalah, biarpun dengan sumber yang lumayan dalam genggamannya, namun ia gagal mengutarakan politik baru yang boleh menandingi PR, membina semula hegemoninya yang hampir termusnah.
Saban kali apabila kehilangan undi Cina dalam pilihan raya, BN akan berlagak bingung dan mengajukan soalan, "Apa orang Cina mahu?"  Selepas kekalahan dalam PRK Sibu, Timbalan Setiausaha SUPP Wong Soon Koh ketika menjawab soalan daripada media berkata, "Saya sudah tidak tahu apa yang orang Cina Sibu mahu."
Inilah kepiluan BN.  Namun, apakah BN benar tidak tahu apakah kemahuan Cina, malah kemahuan semua kaum?  Atau BN langsung tidak sanggup memandang berat terhadap tuntutan untuk perubahan, kerana kepentingan dirinya yang sudah berakar umbi dalam sistem yang lama?
Sokongan pengundi Cina terhadap PR, terutamanya mengundi calon Melayu di kawasan majoriti Melayu seperti Hulu Selangor, telah menyanggah tuduhan bahawa Cina bersikap cauvinis.  Pada hakikatnya, ia merupakan satu langkah ke depan dalam politik berbilang kaum, dan apa yang dikecapi hari ini merupakan hasil yang terkumpul sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998.
Namun demikian, kemanisan datang bersama keresahan.  Selepas PRU 2008, suasana politik yang memperlihatkan konflik antara kaum berkembang seiring dengan politik baru yang dianjurkan PR.  PR mungkin menyambut sokongan pengundi Cina, tetapi pada masa yang sama perlu berdepan dengan ideologi yang dibawa oleh UMNO dan PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia).  Harus diingatkan, perluasan pengaruh politik berbilang kaum adalah usaha politik yang lebih penting daripada sekadar memenangi PRK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan