Rabu, 18 Jun 2014
PM Najib hanya 26 hari hadiri sidang parlimen sejak 5 tahun
18 JUN: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Katanya, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan sejak lima tahun menjadi Perdana Menteri bermula 2009. Sedangkan, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.
“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan atau menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang adalah sangat rendah,” katanya yang dipetik daripada Roket Kini pada sidang media di Parlimen, semalam.
Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara puratadengan pengecualian ketika ucapan tetap dari tahun 2009 sehingga kini.
Katanya, Najib juga tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan belanjawan.
“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas, jadi adakah rakyat perlu merotan Najib,” katanya dilapor laman web Selangorku.com.
banyaknye kes jenayah di malaysia
JAWAPAN MENTERI DALAM NEGERI
DIPARLIMEN
Sehingga April tahun 2014....
INDEKS JENAYAH DIMALAYSIA...
1. Kes Bunuh-10 kes bunuh seminggu.
2. Kes Rogol-45 kes rogol seminggu.
3. Samun Berkawan bersenjata-2 kes seminggu.
4. Samun Berkawan Tanpa Senjata-300 kes seminggu.
5. Samun Bersenjata Api-1 kes seminggu.
6. Samun Tanpa Senjata Api-68 kes seminggu.
7. Mencenderakan-110 kes seminggu.
8. Curi-409 kes seminggu.
9. Curi Motokar-257 kes seminggu.
10. Curi Motorsikal-858 kes seminggu.
11. Curi Van/ Lori/Jentera Berat-76 kes seminggu.
12. Curi Ragut-57 kes seminggu.
13. Pecah Rumah dan Curi-405 kes seminggu.
Indeks Jenayah.
15 kes setiap jam.
368 kes setiap hari.
2594 kes setiap minggu.
11,023 kes setiap bulan.
MP Rantau Panjang
SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/#ixzz34z2QhHR2
DIPARLIMEN
Sehingga April tahun 2014....
INDEKS JENAYAH DIMALAYSIA...
1. Kes Bunuh-10 kes bunuh seminggu.
2. Kes Rogol-45 kes rogol seminggu.
3. Samun Berkawan bersenjata-2 kes seminggu.
4. Samun Berkawan Tanpa Senjata-300 kes seminggu.
5. Samun Bersenjata Api-1 kes seminggu.
6. Samun Tanpa Senjata Api-68 kes seminggu.
7. Mencenderakan-110 kes seminggu.
8. Curi-409 kes seminggu.
9. Curi Motokar-257 kes seminggu.
10. Curi Motorsikal-858 kes seminggu.
11. Curi Van/ Lori/Jentera Berat-76 kes seminggu.
12. Curi Ragut-57 kes seminggu.
13. Pecah Rumah dan Curi-405 kes seminggu.
Indeks Jenayah.
15 kes setiap jam.
368 kes setiap hari.
2594 kes setiap minggu.
11,023 kes setiap bulan.
MP Rantau Panjang
SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/#ixzz34z2QhHR2
muhyidin yasin letak jawatan?
Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?
18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya.
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu.
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein..
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO.
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya.
Selasa, 17 Jun 2014
Selatan Thailand: Wilayah Melayu Yang Hilang
- WILAYAH Satun, Trang, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla cukup sinonim dengan orang Islam di Thailand. Kesemua wilayah ini, kecuali Trang dan Pattani bersempadanan dengan Malaysia. Walaupun majoriti penduduk di wilayah-wilayah ini adalah orang Melayu-Islam, tetapi wilayah-wilayah ini bukan lagi sebahagian daripada negara kita.Apakah benar apa yang dikatakan bahawa wilayah selatan Thailand adalah wilayah Melayu yang hilang?
- Sejarah AwalNegeri Kedah yang wujud pada hari ini merupakan sisa tinggalan daripada wilayah kerajaan Melayu yang terbentang luas di kawasan utara Semenanjung Melayu yang meliputi wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut sumber catatan sejarah, kerajaan Langkasuka adalah kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Semenanjung Melayu. Ia wujud pada kurun ketiga dengan mempunyai pusat kekuasaan di Kedah yang kemundiannya dipindahkan ke Pattani.Kerajaan Kedah Tua kemudiannya muncul pada kurun keenam dan berkuasa ke atas laluan kapal pedagang di kawasan utara Semenanjung Melayu. Kehebatan Kerajaan Kedah Tua ini dapat dilihat daripada tinggalan arkeologi candi-candi di Lembah Bujang yang masih wujud sehingga hari ini.Empayar MaritimKurun ketujuh menyaksikan kemunculan sebuah kerajaan Melayu terhebat yang pernah muncul di Pulau Sumatera. Srivijaya adalah sebuah kerajaan Melayu Hindu-Buddha yang berjaya mencapai status ‘empayar maritim’, dengan wilayahnya meliputi sebahagian besar Pulau Sumatera, Semenanjung Malaysia dan wilayah-wilayah selatan Thailand serta sebahagian daripada Pulau Borneo.Setelah berkuasa lebih dari lima abad, kerajaan Jawa Majapahit menggantikan kerajaan Srivijaya dengan menguasai kawasan yang dahulunya pernah menjadi milik Srivijaya, malah jajahan Majapahit adalah lebih besar daripada Srivijaya. Indonesia yang terbentuk pada hari ini adalah gambaran betapa luasnya jajahan kerajaan Nusantara ini.PenjajahanBerkurun lamanya orang Melayu Nusantara menguasai rantau kepulauan Melayu ini sebelum kekuasaan mereka terhakis menerusi kedatangan penjajah-penjajah Barat. Selain penjajah Barat, kerajaan-kerajaan Melayu juga terpaksa berhadapan dengan kuasa penjajah serantau iaitu Siam yang senantiasa mengambil peluang untuk meluaskan wilayah mereka ke selatan Semenanjung Melayu.Sebagai contoh, wilayah Satun yang sekarang ini sebahagian daripada Thailand pernah berada di bawah pengaruh kerajaan Kedah sehingga tahun 1813. Kesultanan Kelantan dan Terengganu pernah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pattani Besar sehingga dipecahkan oleh Siam pada tahun 1785.

Sempadan Malaysia-Thailand yang terbentuk pada hari ini bukanlah sempadan yang memisahkan wilayah sebenar orang-orang Melayu dan Siam. Sempadan ini telah dilukis melalui persetujuan pihak British, selaku pelindung kerajaan-kerajaan Melayu dengan pemerintah Siam, tanpa kerelaan sultan-sultan Melayu sendiri pada tahun 1909.Bertitik-tolak dari peristiwa bersejarah ini, terpisahlah wilayah-wilayah Melayu di selatan Thailand dengan negeri-negeri serumpunnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Wilayah Setul ditukar namanya kepada Satun, Singgora menjadi Songkhla, Terang menjadi Trang, Jala menjadi Yala dan Menara menjadi Narathiwat. Wilayah-wilayah ini kemudiannya menerima perpindahan orang-orang Siam yang agak ramai untuk menyeimbangkan populasi Melayu-Muslim dengan Siam-Buddha. Satun contohnya, mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 65%.Dasar ThesapibanSetelah wilayah-wilayah selatan ini menjadi milik mutlak Siam pada tahun 1909, pemerintah Siam pada ketika itu mengenakan dasar Thesapiban kepada penduduk-penduduk di kawasan ini dengan harapan untuk mengasimilasikan orang-orang Melayu Muslim kepada budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha. Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Siam, Pibul Songgram yang memerintah Siam di antara tahun 1939 sehingga 1944.Penduduk-penduduk Melayu dipaksa untuk menerima adat dan budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Bahasa Siam diajarkan di sekolah-sekolah dengan bahasa Melayu tidak diberikan perhatian langsung oleh pemertintah. Mujur sekali Dasar Thesapiban tidak memaksa orang-orang Melayu untuk meninggalkan Islam sebagai agama yang dianuti oleh mereka.Apabila Siam menjadi Thailand pada tahun 1949, masyarakat Melayu telah dilabelkan sebagai ‘Thai-Muslim’. Jati diri masyarakat Melayu di selatan Thailand berjaya secara sedikit demi sedikit, dihakis menerusi Dasar Thesapiban ini. Kini, majoriti generasi muda Thai-Muslim di selatan Thailand tidak lagi fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa menuturkan bahasa Thai.Masyarakat Melayu Selatan Thai KiniWalaupun rata-rata orang Melayu-Thai di daerah Pattani, Yala dan Narathiwat masih lagi boleh bertutur di dalam bahasa Melayu dan masih lagi mengakui yang mereka itu Melayu, lain pula dengan kebanyakan masyarakat Thai-Muslim di wilayah-wilayah Satun, Trang dan Songkhla.Mereka tidak lagi boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik walaupun mereka tampak seperti masyarakat Melayu-Islam di Kedah ataupun Kelantan. Lebih menyedihkan, hanya 9.9% daripada masyarakat Islam Satun dan Trang yang mengaku mereka itu Melayu.Wilayah yang HilangSejarah menunjukkan bahawasanya orang-orang Melayu pernah membina peradaban yang tinggi menerusi kerajaan-kerajaan maritim yang pernah diterajui mereka. Namun, penjajahan telah menyebabkan orang-orang Melayu tertindas sehingga hilang jati diri. Masyarakat Thai-Muslim di Satun dan Trang adalah manifestasi sebuah bangsa yang telah hilang jati-diri mereka sebagai seorang Melayu. Amat mendukacitakan apabila saudara serumpun seagama kita di Satun dan Trang tidak lagi mahu mengakui diri mereka Melayu, malah lebih berbangga menjadi orang Thai.KesimpulanWilayah-wilayah Satun, Trang, Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat adalah wilayah-wilayah Melayu yang hilang dan sekarang telah menjadi hak mutlak negara Thailand. Nasib masyarakat Muslim di selatan Thailand patut dijadikan iktibar oleh kita semua. Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu perlu menanamkan rasa kasih pada bangsanya sendiri dan negara Malaysia kerana inilah negara warisan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang masih kekal bersama orang-orang Melayu.
Isnin, 16 Jun 2014
Penasihat PM kata Malaysia paling ramai orang gemok
Malaysia diletakkan antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia, kata penasihat sains kepada perdana menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid.
Zakri berkata, menurut dapatan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet, sebanyak 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti.
"Ini masalah yang sangat besar kerana ia membawa impilikasi penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain dan oleh itu, perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Isnin.
Menurut hasil kajian terbaru yang disiarkan jurnal perbuatan itu bulan lepas, Malaysia diletakkan sebagai 'heavyweight' kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).
Turut hadir, Rektor UNU Dr David M. Malone dan Pengarah UNU-IIGH Prof Anthony Capon.
Zakri berkata, kehadiran UNU-IIGH boleh membantu kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan isu obesiti di negara ini.
Sementara itu, Malone berkata UNU-IIGH akan memberi tumpuan terhadap beberapa isu yang menjadi kebimbangan antarabangsa seperti masalah kesihatan fizikal dan mental akibat proses urbanisasi yang pesat berkembang.
"UNU-IIGH yang terdapat di Malaysia ini juga akan meneliti dasar yang turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pemikiran integratif tentang kesihatan, perubahan iklim, urbanisasi dan kemerosotan biodiversiti," katanya.
UNU-IIGH di negara ini diasaskan pada 2007 dan merupakan satu daripada 13 institut dan progran UNU yang terdapat di 12 negara.
Misi UNU-IIGH adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan berkaitan penggubalan keputusan berkaitan isu kesihatan global.
"Ini masalah yang sangat besar kerana ia membawa impilikasi penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain dan oleh itu, perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Isnin.
Menurut hasil kajian terbaru yang disiarkan jurnal perbuatan itu bulan lepas, Malaysia diletakkan sebagai 'heavyweight' kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).
Turut hadir, Rektor UNU Dr David M. Malone dan Pengarah UNU-IIGH Prof Anthony Capon.
Zakri berkata, kehadiran UNU-IIGH boleh membantu kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan isu obesiti di negara ini.
Sementara itu, Malone berkata UNU-IIGH akan memberi tumpuan terhadap beberapa isu yang menjadi kebimbangan antarabangsa seperti masalah kesihatan fizikal dan mental akibat proses urbanisasi yang pesat berkembang.
"UNU-IIGH yang terdapat di Malaysia ini juga akan meneliti dasar yang turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pemikiran integratif tentang kesihatan, perubahan iklim, urbanisasi dan kemerosotan biodiversiti," katanya.
UNU-IIGH di negara ini diasaskan pada 2007 dan merupakan satu daripada 13 institut dan progran UNU yang terdapat di 12 negara.
Misi UNU-IIGH adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan berkaitan penggubalan keputusan berkaitan isu kesihatan global.
Langgan:
Catatan (Atom)


