Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 16 Jun 2014

Penasihat PM kata Malaysia paling ramai orang gemok

Malaysia diletakkan antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia, kata penasihat sains kepada perdana menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid.
Zakri berkata, menurut dapatan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet, sebanyak 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti.

"Ini masalah yang sangat besar kerana ia membawa impilikasi penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain dan oleh itu, perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Isnin.

Menurut hasil kajian terbaru yang disiarkan jurnal perbuatan itu bulan lepas, Malaysia diletakkan sebagai 'heavyweight' kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).

Turut hadir, Rektor UNU Dr David M. Malone dan Pengarah UNU-IIGH Prof Anthony Capon.

Zakri berkata, kehadiran UNU-IIGH boleh membantu kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan isu obesiti di negara ini.

Sementara itu, Malone berkata UNU-IIGH akan memberi tumpuan terhadap beberapa isu yang menjadi kebimbangan antarabangsa seperti masalah kesihatan fizikal dan mental akibat proses urbanisasi yang pesat berkembang.

"UNU-IIGH yang terdapat di Malaysia ini juga akan meneliti dasar yang turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pemikiran integratif tentang kesihatan, perubahan iklim, urbanisasi dan kemerosotan biodiversiti," katanya.

UNU-IIGH di negara ini diasaskan pada 2007 dan merupakan satu daripada 13 institut dan progran UNU yang terdapat di 12 negara.

Misi UNU-IIGH adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan berkaitan penggubalan keputusan berkaitan isu kesihatan global.

Ahad, 15 Jun 2014

kampong Chubadak Sentul hancur...mana pemimpin UMNO?

15 JUN: Penduduk Kampung Chubadak kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak bersuara ketika rumah mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.
Kekesalan itu diluahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal kampung itu dipaksa keluar oleh DBKL bagi memajukan kawasan tersebut.
“Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,” katanya dipetik dari laman blog warga marhaen.
Kata Munah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.
“Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.
“Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.
“Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami,” katanya penuh kesal.
Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.
“Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?
chubadak3“Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?
“Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal,” katanya.
Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas.
Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara.
“Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini.
“Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah.
“Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat,” katanya.

Selasa, 10 Jun 2014

JUTAWAN PALING TERKINI TOP MALAYSIA

limkangho_LLim menduduki tangga ke-18 dalam senarai Forbes-50 jutawan terkaya Malaysia yang dikeluarkan Februari lalu dengan nilai bersih hartanya yang dianggarkan berjumlah RM975 juta.
10 Jun:
Siapa Lim Kang Hoo? Mungkin itulah reaksi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak mengenali jutawan firma pembinaan, hartanah dan pelaburan itu.
Lima belas tahun yang lalu, tiada siapa mahu memberi pinjaman kepadanya walaupun seringgit dan ramai yang mentertawakannya apabila Lim menunjukkan konsep untuk mentransformasikan Bandaraya Johor Bahru sebagai sebuah bandar tepi laut seperti Hong Kong-Shenzhen.
“Mereka fikir saya gila,” katanya dalam satu temu bual untuk StarBizweek yang diterbitkan pada tahun 2012.
Sehinggalah tahun lepas, beliau berkongsi pentas dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi menyempurnakan majlis pelancaran hasil kerjasama CapitaLand dan Temasek.
Persepsi ramai terhadapnya mula berubah. Kini Lim memiliki 4,000 ekar tanah di Wilayah Iskandar yang merupakan salah satu destinasi hartanah paling hangat di Asia Tenggara.
Tanah itu dibeli Lim pada kadar harga RM1.50 hingga RM3 untuk satu kaki persegi. Pada tahun 1997, nilai hartanah di lokasi itu meningkat dan dijual antara RM350 hingga RM500 satu kaki persegi.
Sebagai jutawan baru, Lim menduduki tangga ke-18 dalam senarai Forbes-50 jutawan terkaya Malaysia yang dikeluarkan Februari lalu dengan nilai bersih hartanya yang dianggarkan berjumlah RM975 juta.
Ironinya, kemasukan Lim ke pasaran hartanah Iskandar bermula ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997 apabila beliau mengambil alih hutang agensi pelaburan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) berjumlah RM200 juta dan menerima hak tebus guna tanah dalam pertukaran.
KPRJ kini merupakan rakan kongsinya dalam Iskandar Water Front Holdings dengan pegangan kepentingan sebanyak 40 peratus.
Lim mempunyai pelbagai perancangan besar untuk wilayah Iskandar. Beliau telah membeli kedai-kedai terbiar dan kawasan setinggan untuk mengukuhkan pegangannya di daerah tengah Johor dan merancang untuk menjadikannya sebuah bandar warisan bertaraf dunia.
Lokasi itu bakal mempunyai Malay Street, China Town dan Little India serta pelbagai tarikan yang dibiayai kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Di sebelah barat Iskandar, Lim mempunyai rancangan untuk menjadikan Teluk Danga sebagai sebuah destinasi pantai pelancongan lengkap dengan terminal pelayaran, marina, pusat nelayan, rumah, pejabat, hotel dan pusat konvensyen.
Beliau juga telah menjual tanah tersebut kepada salah satu pemaju terkemuka dari China, China Garden tetapi kebanyakan projek yang dilaksanakan di sana dibangunkan secara usaha sama dengan Iskandar Waterfront Holdings di mana Lim memegang kepentingan sebanyak 60 peratus dalam syarikat tersebut.
Forbes menganggarkan pegangannya dalam Iskander Waterfront Holdings bernilai kira-kira RM925 juta.

Khamis, 5 Jun 2014

Buruknye akhlak budak perempuan Melayu Islam


video pelajar bergaduh sampai terselak kainl (Video)



Atas video pergaduhan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak, bawah video insiden serupa di Terengganu pula disebarkan di media sosial.