Rabu, 19 Jun 2013
Lahad Datu: Cerita terbaru
Portal berita milik MCA Mstar online hari ini memetik: :
Published: Selasa Jun 18, 2013 MYT 10:42:00 PM
Lahad Datu: Dakwaan Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Kumpulan Bersenjata Sulu Tidak Benar
Oleh RUBEN SARIO
KOTA KINABALU: Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.
"Tiada insiden seperti itu berlaku.
"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.
Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.
Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.
Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.
Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.
Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Isnin, 17 Jun 2013
Pengerusi SPR yang cakap dolak dalik
Apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf Aziz mengakui dakwat kekal tidak kekal, ia dengan sendirinya bermakna SPR mengakui ia gagal memastikan pilihan raya dijalankan dengan bersih. Tujuan dakwat kekal ialah untuk memastikan pilihan raya yang bersih. Ia sekaligus kegagalan menguruskan wang rakyat kerana wang rakyat dibazirkan tanpa mencapai matlamat yang ditetapkan.
Amatlah tidak bermaruah jika Aziz dan seluruh kepimpinan SPR berdolak dalik untuk mempertahankan keengganan mereka meletak jawatan. Tidak perlu tunggu Agong, itu sudah lebih dari mencukupi untuk menjadi sebab Aziz dan kepimpinan SPR sedar diri dan meletak jawatan.
Isnin, 10 Jun 2013
SPR memang gagal - Datuk DR mohamad Agus
Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.
“Pada saya SPR gagal,” tulis beliau di Facebook.
Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Berikut ialah tulis penuh beliau.
Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.
Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.
Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?
Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!
Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:
(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;
(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:
(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,
(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.
Sabtu, 8 Jun 2013
MAYAT DIKELUARKAN...aDUHAI JAMBATAN KE2 P.PINANG RUNTUH KERJA KONTRAKTOR MELAYU

Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat, lapor Bernama. mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadilah Yusof berkata punca sebenar insiden runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang perlu segera dikenalpasti bagi mengelak berulangnya kejadian seumpamanya.
Beliau berkata sebuah pasukan penyiasat bebas terdiri kumpulan pakar akan diwujudkan untuk mengenal pasti sama ada runtuhan itu disebabkan ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), kompetensi pekerja atau masalah lain.
Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh pada petang Khamis adalah Susur Batu Maung yang merupakan bahagian yang terpisah daripada struktur jambatan utama yang diberikan kepada kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai kontraktor Kelas G7 dianugerahkan projek tersebut pada 2010 dan tapak berkenaan diambil pada 19 Mei 2010.
Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Susur Batu Maung itu adalah Pakej 3A daripada projek Jambatan Pulau Pinang Kedua.
Projek RM152 juta diarahkan membina empat susur daripada Batu Maung untuk disambungkan ke Lebuhraya Bayan Lepas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan jambatan marin utama.
Ia adalah salah satu bahagian daripada susur dua yang runtuh semalam dan mengakibatkan empat kematian termasuk tiga kecederaan.
Berdasarkan jadual, ia seharusnya siap pada Disember tahun lalu namun tertangguh dan tarikh terakhir siap ditetapkan bulan hadapan.
Cergas Murni, yang memulakan operasi sebagai kontraktor berdaftar Kelas B pada 1991 dan sekarang kontraktor Kelas A, mempunyai beberapa projek mega di bawahnya — Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua Pakej 9A (RM202 juta), Pakej 9B (RM86 juta), Pakej Tiga (RM224 juta) dan Jambatan Bukit Kuang di bawah projek Wilayah Ekonomi Timur (RM190 juta).
Syarikat berkenaan turut menerima pengiktirafan ISO 9001:2000, ISO 14001:2004 dan OSHAS 18001:2007 sejak 2005.
Semalam, dua pekerja pembinaan warga asing dan penunggang motosikal wanita cedera selepas bahagian susur berkenaan runtuh sekitar jam 7 malam.
Pada tengah malamnya, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan laporan awal empat kematian dalam insiden berkenaan.
Beliau bagaimanapun hanya mengesahkan tiga yang cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang dan berkata polis masih berusaha mengesahkan berlakunya sebagarang kematian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat masih lagi berusaha mencari kereta yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan menggunakan kren sekitar jam 2 pagi.
Ketika melawat kawasan berkenaan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa audit keselamatan dijalankan bukan sahaja terhadap pakej tetapi kepada keseluruhan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.
“Mereka perlu menjalankan semakan keselamatan keseluruhannya, bukan sahaja bahagian ini tetapi keseluruhan projek dan saya harap kementerian akan turut melantik badan bebas untuk menjalankan audit keselamatan terhadap projek ini kerana keselamatan awam amat penting,” katanya
Langgan:
Catatan (Atom)


