Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 24 Mei 2012

Penjaja Jln T.A.R bantah kumpulan Jamal Yuus ikan bakar sekincan berniagadepan rumah Ambiga

"Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.
"Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga."Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal.
Mengunjungi Malaysiakini semalam, kumpulan penjaja itu mendakwa kira-kira 95 peratus daripada kira-kira 300 penjaja di lorong tersebut bersikap berkecuali dengan tindakan majlis Jamal yang mahu berniaga di hadapan rumah Ambiga.

Rabu, 23 Mei 2012

Patutlah polis jadi macam tu.....

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri semalam menyifatkan langkah yang di ambil oleh Bekas Ketua Pengarah JSJ Bukit Aman  Datuk Fauzi Saari menyertai PAS sebagai mengguris hati bekas-bekas polis dan dianggap pengkhianatan kepada kerajaan. lapor Harakahdaily.net



Malay Merdeka: ooh..rupanya polis mesti masuk umno dan sokong umno....

Selasa, 22 Mei 2012

Zahid Hamidi tak mampu ke Peranchis untuk jadi saksi, memerlukan dana



"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid Hamidi saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan kes rasuah kapal selam Scorpene.         Harakahdaily.net melaporkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir."Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi."Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi," kata Cheong Seng Keong.Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."

Malay Merdeka: Demi Zahid..jangan mengelat...mari kita bergolok bergadai hantar dia kePerancis


Tembelang Nasharudin Mat Isa



Malay Merdeka: Dari riak wajah Nasharudin semakin jelas......

Isnin, 21 Mei 2012

PAS kata tiada bermuzakarah dengan Umno


Sedang keinginan meluap-luap untuk bermuzakarah dengan Umno tiba-tiba hancur musnah bila Presiden PAS menzahirkan tiada muzakarah dengan Umno. Potong stim betul...media umno tersalah lapor atau berahi amat sangat.
Hari ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai membetulkan salah lapor media pro kerajaan yang mengatakan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan Umno. Isu itu mula dimainkan media selepas Ustaz Hadi ada menyebut perkataan muzakarah pada satu sidang media di tempat sama, dua minggu lepas.
Ustaz Hadi juga berkata, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.
"Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada Umno dan Umno jadikan isu politik.
"Kalau nak bincang dengan Umno lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih," tegasnya.