Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 25 Mac 2012

Pengakuan Ezam M.Noor jadi baruah Nallakurapan





malaymerdeka: kesialan Ezam terserlah....

Lagi keganasan samseng Umno di Lembah Pantai


Sekumpulan dipercayai ahli Umno bertindak membelangkangi undang-undang apabila menangkap empat petugas culaan undi KEADILAN di kawasan parlimen Lembah Pantai.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari semalam, ahli Umno terbabit bertindak mengepung, mengugut dan merampas kad pengenalan P Nanthakumar, M Gopal Dass, Shamsudin Yusof dan Gurmit Singh yang menjalankan bancian di kawasan itu.
Ketua sukarelawan, Mohd Affendi Abdul Ghaffar berkata, tuduhan seorang Ketua Umno dikenali sebagai ‘Ramli’ bahawa kehadiran mereka di perumahan Flet Sri Pahang, Lembah Pantai sebagai cubaan menculik kanak-kanak, adalah fitnah.
“Sedangkan kami kemukakan kepada mereka Surat Kajian Pengesahan Daftar Pengundi Kuala Lumpur 2012,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Jalan Travers.
Keempat mereka diambil keterangan di bawah Akta 170 Kanun Keseksaan atas dakwaan menyamar sebagai petugas awam.
Ekoran itu, katanya, laporan polis akan dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung tangkapan salah  yang dilakukan ahli Umno terbabit.
Ini adalah kejadian kedua susulan penangkapan yang dilakukan oleh polis terhadap dua sukarelawan Nurul Izzah- Muhammad Hanan Asyraf Rozani dan Mohd Ridhwan Jahari pada 20 Mac lalu, semasa membanci penduduk di kawasan flat PPR Kampung Limau di Lembah Pantai.
Sementara itu, peguam yang mewakili empat yang ditahan, S Narasimhan menjelaskan, tangkapan awam tersebut adalah salah kerana sukarelawan telah mengemukakan surat perakuan tugasan.
“Culaan adalah hak kepada mana-mana parti politik. Ini memang tugas mereka untuk akses kepada sentimen pengundi.
“Bukankah pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Apa salah mereka?,” soalnya.
Operasi culaan pengundi Parlimen Lembah Pantai hari ini disertai kira-kira 30 sukarelawan termasuk ahli Pas yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan bermula jam 10 pagi.
Azrin Yaakop, sukarelawan Pas dari Taman Tun Dr Ismail yang menyertai operasi memberitahu, mereka turut dihalau sekumpulan dipercayai Pemuda Umno di  Kampung Pasir, Lembah Pantai, selepas diekori sebuah kereta Honda CRV.
“Selepas culaan dibuat di tiga buah rumah, kami diberi amaran oleh pemandu kereta itu untuk segera beredar dari kawasan tersebut,” katanya.

Jumaat, 23 Mac 2012

Baca..baca..dan baca..lihat betapa celakanya Hassan Ali..


Bekas Exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didedahkan membazirkan ratusan ribu mengubah suai pejabatnya ketika memegang jawatan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Semasa perbahasan titah diraja, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam itu membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.
“Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat,” katanya.
Azmin, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan, lapor Malaysiakini.

Khamis, 22 Mac 2012

SPR terus jadi keldai..Anwar Ibrahim dedah banyak kes penipuan SPR

 KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri AnwarIbrahin berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.
“Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat.
“Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama.
“Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pegenalan,” katanya.
Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR.
Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat.
“Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat.
“Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah,” katanya.
Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal.

arahan Pm pada mahkamah..peneroka berang


Pendedahan minit mesyuarat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Felda menunjukkan penipuan Felda kepada peneroka selama ini terbukti wujud.
Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham berkata, arahan yang dikeluarkan Najib itu menunjukkan Felda tidak yakin mahkamah akan memihak kepada mereka sekiranya kes dibicarakan tanpa sebarang campur tangan.
“Najib dan Felda amat takut dengan saman dari peneroka Felda seluruh negara, sehingga cuba pengaruhi mahkamah untuk berpihak kepada mereka,
“Ini secara tidak langsung mengesahkan dakwaaan kami, walaupun dinafikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan”, kata Rebin kepada KeadilanDaily.
Beliau merujuk kepada pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkenaan dokumen rasmi mesyuarat Najib dengan pengurusan tertinggi Felda berkenaan isu Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (OER).
Minit itu antara lain tercatat ‘pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’.
Beliau turut berkata, rundingan antara peneroka dan pihak Felda sudah lama dilakukan, namun tidak mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Felda.
“Kita meletakkan jalan perundangan sabagai jalan terakhir. Namun, selepas pendedahan ini, tiada jalan lain lagi untuk membela nasib peneroka selain menumbangkan kerajaan Umno BN pada pilihanraya akan datang,” tegas Rebin lagi.
Beliau turut memaklumkan, usaha mengumpul 100,000 tandatangan berjalan dengan lancar, selain aktiviti penerangan, dialog dan mengedarkan risalah.
“Kita sudah masuk ke Felda seluruh negara. Semua negeri komited untuk menghantar wakil ke perarakan peneroka di Masjid Putrajaya 30 Mac nanti,” katanya lagi.