Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 8 Februari 2012

Pendedahan Bukti hubungan dan kerjasama Kerajaan BN dengan Israel

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.
Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.
 Chegu Bard juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

RM800ribu duit zakat wilayah lesap?

 Yayasan Taqwa ialah agensi bawah MAIWP yang ditubuh pada 1990 dan dipengerusikan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.


Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.“Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?”Jamil Khir perlu menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci,” katanya. 


Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.

Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.
Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, beliau berkata, pendapatan Yayasan Taqwa ialah RM7.78 juta manakala perbelanjaan RM6.98 juta tetapi RM800,000 tidak dilapor dalam laporan.
Memetik HarakahDaily, katanya, belanja pengurusan itu sangat tinggi, tambahan pula yayasan itu hanya mempunyai seorang pengurus besar dan 17 kakitangan sahaja.
“Mengikut peratusan penyaluran zakat Yayasan Taqwa kepada asnaf, didapati agihannya ialah RM4.98 juta atau 64 peratus manakala kos pengurusan RM2 juta atau 36 peratus.
“Kenapa peratusan penyaluran agihan hanya 64 peratus sedangkan ramai tidak mendapat bantuan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.


Malay Merdeka:Menteri Agama yang meragukan..dengar banyak skandal....

Husam Musa dedah "rancangan jahat dan pengkhianatan " Hassan Ali

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan bahawa Dr.Hasan Ali telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.
"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.
 Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tegas naib presiden PAS itu,  terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
NONEHusam  berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.


Malay Merdeka: Hassan memang budak jahat...

Dr Asri cabar: Ribuan umat Islam murtad? mana Hassan Akidah @ IMR..cakap lebih!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin"Saya cabar mereka yang melaungkan ratusan ribu umat Islam murtad ini memberikan 300 nama dan alamat (orang murtad) supaya kita boleh cari untuk pastikan ia benar atau sekadar retorik untuk alih perhatian dalam politik,” kata Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Kita tidak nafikan, ada usaha pihak lain untuk berkempen agar umat Islam tertarik dengan agama mereka, namun, tindakan mereka yang mengendalikan isu ini sehingga menyatakan puluhan dan ratusan ribu orang Islam murtad adalah berbahaya. Isu murtad yang digembar-gemburkan itu hanya akan mengundang kegelisahan dalam kalangan umat Islam negara ini.

Tegasnya, ia sekaligus mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara. Asri berkata, soal murtad tidak perlu dipolitikkan dan disebarkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai umat Islam kerana hanya akan menimbulkan pergaduhan sesama sendiri.

“Salah sangka akan timbul dalam kalangan masyarakat. Ia juga akan menjatuhkan maruah orang Islam itu sendiri. Perlu ingat bahawa hukum mengadakan cerita murtad ini lebih besar daripada tuduhan zina kerana angkanya dianggarkan secara melulu tanpa bukti kukuh.

“Daripada mereka meneruskan perkara yang akan menimbulkan ketegangan ini, lebih baik mereka keluarkan dahulu 300 nama, kita mahu lihat sama ada benar atau tidak seperti didakwa,” katanya.

Malay Merdeka:mana pejuang Islam yang cakap bagai nak rak...Zulkifli Nording? Ibrahim mengatak? Hassan Akidah?...cis! jahanam mereka.... sibuk berpolitik jual agama...akidah konon..IMR konon...pejuang Islam konon....ribuan woi..ribuan umat islam murtad...

Selasa, 7 Februari 2012

pembohongan Hassan Ali

Kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan adalah satu pembohongan seorang kononnya pejuang Islam yang munafik.
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman  Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.
“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus. 
Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.

Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.


Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.




Malay Merdeka: hassan..hasan..hassan IMR..hassan akidah..hassan parashit..hassan apa lagi...hassan cibai..kah..kah..kah