Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 10 Januari 2012

Maksud TTR 901 terbongkar


Tiga lelaki , Sidiqin Omar, 30, Mohd Fiqtriey Halimiey Abdul Rani @ Abdul Ghani, 27, dan Ahmad Husni Mohd Ali, 28, didakwa atas tuduhan menconteng harta awam berhubung grafiti dengan tulisan "TTR 901 Turun Tibai Rosmah" melakukan grafiti itu pada satu struktur bangunan Stesen Komuter Angkasapuri, Kuala Lumpur.NONE
Tertuduh berkenaan masing-masing merupakan wartawan, artis grafik dan pemuzik itu didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.10 pagi hari Sabtu.
Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Malay Merdeka: itu rupanya maksudnya

salam dari anwar ibrahim



Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.
Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.
Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.
Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.
Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato’ Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta —  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.
Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.
Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP;  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.
Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.
Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk  melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.
Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
Anwar Ibrahim

pengawal peribadi wanita yang seksi dan menggiurkan




Trainees gather on a beach as they await the start of a training session specifically for female bodyguards in Sanya, Hainan province January 8, 2012. — Reuters pic
Trainee female bodyguards dressed in swimming suits take instructions from a trainer during a physical training session on a beach in Sanya, Hainan province January 8, 2012. — Reuters picPelatih
 pengawal peribadi wanita yang berpakaian sut renang mengambil arahan dari jurulatih semasa sesi latihan fizikal di pantai di Sanya, daerah Hainan  Januari 8, 2012.- reuters

Isnin, 9 Januari 2012

Apakah kerajaan UMNO/BN akan buat rayuan dalam kes Anwar?

"Keputusan bahawa Anwar tidak bersalah adalah kemenangan suara rakyat.  Najib sedar bahawa seandainya Anwar diputuskan bersalah, maka beliau terpaksa berdepan dengan gelombang Reformasi kedua.Kerajaan mengeluarkan kenyataan, memuji Najib kerana 'berani untuk melakukan reformasi demokrasi', bukankah itu pengakuan bahawa kes liwat ini adalah satu penindasan politik?  Meskipun kerajaan boleh mendakwa dirinya tidak memanipulasikan sistem kehakiman, namun pendakwaan Anwar menonjolkan satu realiti yang lebih penting, iaitu kerajaan mempunyai kawalan sepenuhnya dalam jentera pendakwaan.

Cabaran pertama yang terpampang di depan mata Najib adalah, adakah rayuan akan dibuat jikalau didesak mereka yang berpendirian keras dalam isu ini?  Jikalau begitu, maka beliau akan disamakan semula dengan Abdullah Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri) kerana flip-flopnya, malah jauh lebih teruk daripada Pak Lah, kerana sekurang-kurangnya Pak Lah tidak jahat.

Jikalau Najib mahu menjadi pembawa perubahan, maka beliau perlu melaksanakan reformasi secara total untuk mendemokrasikan Malaysia.  Dalam hal ini, beliau dituntut memansuhkan akta zalim, melaksanakan reformasi sistem pilihan raya yang lebih besar, termasuk pendaftaran pengundi secara automatik, membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi dari jarak jauh, malah menghalang sayap kanan untuk terus mempermainkan isu perkauman.

Seandainya kesemua ini disempurnakan, maka UMNO tidak akan lagi kebal dari kekalahan.  Namun, hanya dengan cara sedemikian, pengundi yang bijaksana akan mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan talian hayat regim ini atau tidak.  Dengan kata lain, Barisan Nasional perlu lebih ke depan berbanding Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan.  Najib sekadar harimau yang makan sayur untuk sementara seandainya gagal melaksanakan tuntutan di atas
." -- Wong Chin Huat , pengkaji politik


Zunar: Ia mungkin tidak berakhir di situ saja
"Keputusan ini memberi satu tamparan hebat kepada Najib, UMNO-Barisan Nasional, dalam masa sama memberi satu lonjakan moral kepada Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia.  Keputusan ini memberi harapan kepada rakyat, bahawa pembentukan Malaysia Baru, iaitu sebuah negara yang adil menjadi mungkin.  Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan 'tanda-tanda' sistem kehakiman menuju ke arah pemulihan.

Najib gagal mengawal sistem kehakiman dalam kes ini.  Namun, situasi ini lebih membimbangkan saya, kerana kes liwat 2 jelas sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.  Setelah gagal dengan kes ini, maka mereka akan cuba dengan kes yang lain, untuk mencapai matlamat agar Anwar dipenjarakan.

Oleh yang demikian, saya risau ia tidak berakhir di situ, sebaliknya video lucah yang sebelum ini dipalitkan ke atas Anwar Ibrahim, mungkin digunakan untuk mengheret Anwar ke mahkamah lagi
 ." -- Zunar (gambar kiri), kartunis politik
Aziz Bari: BN tetap bersalah
"Dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang; malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa.  Saya melihat ini satu cubaan untuk mengurangkan kes buruk ke atas Barisan Nasional sebab kalau Anwar dihukum BN akan lebih parah.  Tetapi pembebasan Anwar ini juga akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah; mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini; BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar.  Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah.  Keputusan ini juga belum tentu menunjukkan yang badan kehakiman bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar?  Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas.  Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa.
"-- Abdul Aziz Bari (gambar kanan), bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
"Kes Liwat 2 ini seharusnya tidak bermula.  Ia berlaku pada Jun 2008, dengan latar belakangnya di mana harga minyak naik, dan desas-desus komponen parti dalam Barisan Nasional mungkin lompat parti, pada ketika itu.  Dalam senario terkini, kes liwat II tidak memberi lagi apa-apa manfaat kepada Najib.

Lantaran daripada keputusan ini, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa yang singkat.  Sukar untuk diramalkan kesannya terhadap perkembangan politik dalam masa akan datang, tetapi ia mungkin satu permulaan yang baik untuk politik negara kita.
" -- Liew Chin Tong (gambar kiri) ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Biro Antarabangsa DAP

laporan dipetik  dari :merdeka review

MB minta Hassan Ali lepas jawatan secara sukarela

Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan  jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.  Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco.
 Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.


Sementara itu, PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.  Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani
Malam tadi, Hasan sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS bertindak berdasarkan seorang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan yang dibuat di rumahnya, Hasan mendakwa, PAS memecatnya kerana mengkritik Anwar.

Malay Merdeka: memang sengal sihassan ali...bodoh tak boleh diajar...pandai tak boleh diikut...
kesengalan yang melampau...