Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 14 Mac 2011

Beruk Umno kelaparan di Jalan Kebun


lelaki bacul ini bernama Buang bin Basir orang kuat Umno Jalan Kebun.
dengan bongkaknya mengetuai membakar gambar YB Suhaimi Adun Sri Muda..
YB Suhaimi yang mesra rakyat tanpa mengira parti menyampaikan sumbangan 
kepada Beruk Umno Buang Basir.....

Menteri Nazri suka perbodoh rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  hari ini memberitahu parlimen, panggilanWanita Pertama dalam konteks Malaysia merujuk kepada isteri perdana menteri.


panggilan itu adalah satu gelaran tidak rasmi yang tidak berasaskan kepada sebarang peruntukan perundangan tetapi berasaskan kepada amalan dan kelaziman yang biasa. 

"Ini adalah amalan lama dalam politik antarabangsa. Sebagai contoh di United Kingdom, Ratu Elizabeth bukan dianggap Wanita Pertama kerana beliau digelar sebagai Ratu. 

Wanita Pertama ialah isteri kepada Ketau Eksekutif iaitu isteri Perdana Menteri. Begitulah juga seperti yang berlaku di negara Jepun," katanya. 

Justeru, tidak perlu timbul sebarang kekeliruan dari segi penggunaan gelaran tersebut, katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bertanya mengenai takrifan Wanita Pertama Malaysia, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong. 

menteri nazri yang angkuh 

Mengenai peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan Wanita Pertama pada 2011, Mohamed Nazri berkata tiada peruntukan kewangan khusus untuk membiayai kegiatan isteri Perdana Menteri.

Menjawab soalan tambahan Johari, Mohamed Nazri turut menegaskan bahawa tidak wujud unit khas untuk Wanita Pertama di Jabatan Perdana Menteri. 

Katanya penggunaan panggilan Wanita Pertama juga tidak bercanggah dengan peruntukan 32 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Raja Permaisuri Agong sebagai yang utama.

--Bernama



Wanita PKR: Kod protokol istimewa untuk isteri PM?
bukit antarabangsa landslide 071209 zuraida kamaruddin"Jawapan beliau yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina perlembagaan negara...penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan".," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kiri).


"Namun, jika demikian bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang 'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama? Bagaimanakah seorang 'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia? 


Anggota parlimen Ampang itu mendakwa, kenyataan itu di parlimen sebentar tadi bertentangan dengan diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.




Gambar syok anak menteri nazri


 

Umno Selangor Nafi Gagal Bayar Bil PBT


Umno Selangor tidak pernah gagal melunaskan bil tuntutan daripada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak pakatan PKR-DAP-PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu pada Mac 2008, kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal.
"Setiap pembayaran yang kami buat ada penjelasannya," kata beliau untuk menjelaskan kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin, bahawa kerajaan negeri akan meminta semua PBT negeri itu untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu.
Faekah dilaporkan mendakwa Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.
Ungku Md Salleh dalam satu sidang media di sini pada Ahad juga mencabar Faekah agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meragui sumber dana yang diperoleh Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) untuk membiayai penghantaran pulang pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
Katanya Umno Selangor mempunyai dokumen yang lengkap untuk setiap perbelanjaan yang dilakukan dan beliau tidak takut jika perkara itu disiasat.
"Faekah sepatutnya melapor kepada SPRM jika mempunyai bukti-bukti yang menyebabkan beliau ragu dengan dana yang diberi khas kepada pelajar-pelajar negara ini yang menuntut di Mesir," katanya. BERNAMA

Jumaat, 11 Mac 2011

KES LIWAT ANWAR :keterangan dari Rosmah dan Ezam kata Jude Preira

 Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

NONESebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal:
 Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal: 
Bagaimana dengan Najib?

Jude: Tidak ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.




Pereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan.

Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.

Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.

"Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka.”

Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan.

Karpal:
 Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?

Pereira: Ya.

Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.

NONEKarpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.

Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.
Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.

Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'.

Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.

Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.

Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.

"Namun, waran itu wujud,” katanya.

"Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa.”
Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.

"Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang."

Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.

Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.

"Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang,” kata Karpal.

Pereira berkata dia memahami peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.
Karpal: 6 petang hingga 6 pagi - suspek tak boleh dikeluarkan kerana ia waktu rehat.

Pereira:
 Betul.

Karpal:
 Kenapa anwar tidak diletak dalam lokap seperti dalam peraturan kerana dia adalah suspek.

Pereira: 
Anwar belum masuk lokap. Saya tak setuju.
[Berita penuh menyusul]

[Berita penuh menyusul]

MELAYU BERKATA:
MAT EZAM PUN TERLIBAT JUGA?....
SIAPA BALACI DAN BARUAH?
JUDE PREIRA BUAT FITNAH?
sIAPA MASTERMIND?

Khamis, 10 Mac 2011

gobala nafi cek 1.4 juta miliknya, syarikat keluarga

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya
NONE
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution  berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.
Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.
Yang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.