Khamis, 22 Julai 2010
Umno tenat, sanggup peralat mufti berbohong
Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.
"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.
"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".
"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya.
KJ:UMNO TERDESAK BERPADU

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berharap usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan musuh politik mereka PAS dihentikan kerana dia menggambarkan seolah-olah Umno terdesak.
"Saya rasa cukuplah dengan usaha dan artikel (tentang) perpaduan Umno-PAS (ditulis). Cerita muka 1 Utusan (Malaysia) hari ini nampak macam kita desperate (terdesak) sangat," kata Khairy dalam lamanTwitter.
Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?
Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?
Pakatan Rakyat persoal mengapa pengusaha minyak diwajibkan guna khidmat bank CIMB untuk semua perdagangan minyak.
Pakatan Rakyat mencurigai motif disebalik arahan terbaru kerajaan ini yang dibuat selepas kenaikan harga minyak diumumkan minggu lalu.
Bermula 1 September ini, semua perdagangan minyak, baik cek mahupun tunai, diwajib menggunakan sistem auto-debit CIMB. Adalah difahamkan bahawa CIMB akan mengenakan caj RM10 bagi setiap seribu keping wang yang didebitkan, manakala caj RM1 untuk setiap seratus keping duit yang didebitkan.
Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia mengesyaki adanya usaha pihak tertentu untuk memonopoli pergadangan minyak tanahair, yang dijangka mengaut keuntungan yang jauh lebih tinggi selepas pemotongan subsidi 15 Julai lepas.
Apa yang amat mencurigakan adalah pengusaha stesen minyak dinasihatkan membuat bayaran debit dibilik pegawai tertentu bagi mengelakkan terdedah kepada pengetahuan umum.
“Kenapa dilakukan satu pemaksaan kepada penjual supaya hanya berurusan dengan CIMB melalui auto debit. Ini satu bentuk monopoli yang dipaksakan kepada penjual.”
Sallehuddin merasakan arahan baru ini menekan pengusaha-pengusaha minyak yang menggunakan bank pilihan masing-masing atas pelbagai sebab tertentu, seperti jarak dari stesen minyak, kemesraan pengguna, dan sistem perbankan yang lebih menyakinkan.
Menurut Sallehuddin, perkhidmatan Maybank misalannya tidak mengenakan caj tambahan untuk sebarang transaksi auto-debit.
Lantas, beliau mencurigai kewajaran arahan itu, dan mensyaki apakah ia ada hubung kait dengan individu tertentu dalam bank itu.
“Saya bawa isu ini kerana tidak mahu ada monopoli yang memaksa penjual minyak dipaksa yang mana saya difahamkan akan berkuatkuasa 1 September ini.”
Rabu, 21 Julai 2010
Mufti Harrusani boleh dipercayai?
Mufti Perak yang sering menimbulkan kontroversi, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
"Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya
Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi. - (Bernama)
Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong pertemuan kepemimpinan parti itu dengan UMNO untuk membincangkan cadangan supaya kedua-dua parti menjalin kerjasama bagi memastikan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
Ketuanya, Nasruddin Hassan, berharap pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi kenyataan sebagai langkah awal untuk memulakan pertemuan yang lebih banyak selepas itu. (berita harian)
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.
Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.-(Utusan Malaysia)
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, mufti itu juga tidak sewajarnya lupa dengan berapa siri penghinaan pemimpin Umno kepada Islam.Tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu juga adalah sesuatu yang tidak sewajarnya kepada umat Islam.
Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam.
“Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata: apa, Quran boleh bikin lebuh raya ka? jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam,” ujar Khalil. - (Harakah daily)
Ulasan Tukartiub -(www.tukar tiub.blogspot.com) :
nota: sila lihat kembali tulisan tt
tiga hari dahulu – tak caya ada orang
bemimpi siang dan malam untuk dapat
kuasa – jangan terpengaruh dengan janggut
dan serban – dalam realpolitik agendanya
ialah kuasa bukan janggut dan serban kah kah kah
(United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa.
tiga hari dahulu – tak caya ada orang
bemimpi siang dan malam untuk dapat
kuasa – jangan terpengaruh dengan janggut
dan serban – dalam realpolitik agendanya
ialah kuasa bukan janggut dan serban kah kah kah
(United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.
Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.
United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa.
Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.)
Malaymerdeka bersetuju dan menyokong pendapat sdr. tukar tiub sepenuhnya!
Pemuda MCA minta Najib nyatakan pendirian: ZAHID KETERLALUAN!
Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid.
Chiew Lian Keng berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak elok, malah keterlaluan, di samping bercanggah dengan semangat BN. Beliau menambah, MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk 55 tahun, dan melalui ribut politik bersama sepanjang ini.
"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN."
Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya. Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina. Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti. Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama.
Chiew Lian Keng (gambar kiri) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya.
"Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti."
Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu. Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu.
*Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan,
Langgan:
Catatan (Atom)

