Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Jumaat, 5 Mac 2010

Lagi-lagi beri muka

Lagi-lagi beri muka kat siloyar buruk ni...
kononnya bertopengkan islam..tapi kuat kelentong...
macamana PKR kendalikan mangkuk ni...
eee..... naik geli dah...

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan  Islam dalam panel itu.
Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.
Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan partiPanel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada  Tuan Syed Kamarulzaman selaku  Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.
Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini,  turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.

Rabu, 3 Mac 2010

TPM MUHYIDDIN DIBENCI CIKGU GURU

Muhyiddin Yassin
Berikutan kenyataan TPM TS Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran  yang mungkin mewajibkan  guru bertugas dipendalaman  telah mendapat kecaman oleh sesetengah guru.

 Kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani malam tadi.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar.


Ha..ha...ha...
hanya guru yang menentang kerajaan AMNO Barisan yang akan ditukar segera sebelum PRU13
kalau pandai bodek..selamat...



Selasa, 2 Mac 2010

SALLEHUDDIN HASHIM (BEKAS S/U pkr) BROKER KATAK

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.



Menurut beliau, kesemua pemimpin berkenaan dijangka mengambil langkah demikian kerana kecewa dengan pengurusan dan hala tuju parti.
"Saya jangka kemungkinan ada lagi pemimpin PKR yang akan keluar parti... mungkin dalam 10 orang.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan.
"Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk itu (umum keluar parti), kita tunggu saja waktunya, biarlah masa yang menentukannya," katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai statusnya dalam PKR, Salehuddin mengesahkan beliau telah meninggalkan parti itu dua minggu selepas meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung pada 7 Januari lalu.

melayu:
semasa letak jawatan tu hari nak tumpukan kepada perniagaan. 
inilah lubang niaga baru kut...baik punya masyuk.......
broker...broker...broker....
katak hijau ...katak puru...katak bangkong...katak kengkang...katak kangkang...
katak...katak..katak...semua ada....boleh adjust punya .....
Katak berahim Ali tarak...itu katak...sudah expired ....


--------------------------------------------------------------------

Ahli PKR tidak percaya pada Anwar?

oleh: Drdogol.blogspot.com

Apa halnye ahli PKR dari ahli cabuk biasa ke pemimpin (Adun dan MP) keluar parti beransur-ansur? sudah pasti ada yang tak kena kan!
Risik-risik mengatakan ada kaitan dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim. Ada antara mereka yang yakin dengan dahi Saiful yang bernoktah hitam tu. Ada yang yakin Anwar mesti masuk penjara. Kalau betul konspirasi, Anwar mesti disumbat dalam penjara...kononnya ada pihak yang memberi kepastian dan jaminan hal ini pasti berlaku.
Jadi..mereka yang agak rapat dengan Anwar ni goyah...bukan tak yakin dengan Anwar....tapi bimbang bila Anwar takde nanti..orang lain ambil teraju..miss sorru beb. Nak harapkan Wan Azizah...alahai biasalah perempuan...lembik! Nak harapkan PR...pendaftaran pun tak lepas lagi...Dalam PR pun goyah...semuanya harapkan Anwar..Hj Hadi & the geng..tak boleh harap asik UG>>>UG>>UG....PRU dekat dah...tak lama lagi..strategi harus bermula.....
So...perut mesti kena dahulukan....
demand kat Amno respon baik jugak..macam kes Bala dengan Carpetman....

Isnin, 1 Mac 2010

kesiannya Fairuz buruk peribadi rupanya.....


KUALA LUMPUR, 1 Mac: "Selepas Fairus Kamarudin, dua lagi tokoh kontroversi PKR dijangka akan keluar parti dan menyokong Umno," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam satu kenyataan medianya pagi ini.
Ekoran itu, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti.

Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti, kata Syed Husin dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.

Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000.
"Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu," katanya.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya.

"Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Syed Husin.

66,000 warga Sarawak tiada kerakyatan


CHAIRMAN KERRY STATEMENT ON FORMER MALAYSIAN DEPUTY PRIME MINISTER ANWAR IBRAHIM




chair
United States Senate Committee on Foreign Relations WASHINGTON, DC
WASHINGTON, D.C. – Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:
“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim.
“It has been over a decade since Anwar’s first trial, on charges that were later overturned by the Federal Court. The current charges closely mirror the ones levied years ago, and have been brought soon after Mr. Anwar’s resumption of his role as elected Member of Parliament and leader of the parliamentary opposition. I urge the Malaysian government to accord Mr. Anwar every legal protection to which he is entitled as a Member of Parliament and as a citizen – and to settle his case in a manner that builds confidence in the impartiality and credibility of the Malaysian judicial system.”
http://kerry.senate.gov/cfm/record.cfm?id=322262


----------------------------------------------
 66,000 warga Sarawak tiada kerakyatan

 Kira-kira 66,000 penduduk Sarawak terutamanya di kawasan kampung masih belum memiliki kad pengenalan atau sijil lahir, mengakibatkan kelayakan mereka sebagai pengundi dihilangkan begitu sahaja
Setelah diperingatkan berkali-kali oleh SUHAKAM, media dan NGO, Jabatan Pendaftaran Negara akhirnya menyatakan bahawa pihak mereka akan mempercepatkan langkah Unit Khas Pendaftaran Bergerak di Sarawak, untuk mendaftarkan 66,000 warga Sarawak tersebut.

Malah, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein (gambar kiri) telah melawat ke Long Kevok, kawasan hulu Sungai Baram yang menjadi tempat duduk orang Penan pada 10 Disember 2009, untuk memberikan 25 kad pengenalan kepada penduduk yang sudah lama memohon.  Dalam aktiviti yang lebih tebal sifat "lakonan"-nya ini , beliau memberikan had masa dua tahun kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan golongan yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil lahir di Sarawak.
Tekad Hishammuddin Hussin dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dialu-alukan, tetapi keikhlasannya dipersoalkan.  Ketua Pengarah Pendaftaran memberitahu saya bahawa sejak Unit Khas Pendaftaran Bergerak tersebut ditubuhkan, mereka telah berjaya mendaftarkan lebih daripada 3,000 orang kaum asli di Sarawak, dengan sebahagian besarnya terdiri daripada orang Penan.
1 hari: 7 orang didaftarkan
Tetapi, menurut perhitungan koordinator MEO-NET, Ong Boon Keong , seandainya Jabatan Pendaftaran Negara melanjutkan usaha ini dengan kadar sedemikian, iaitu 7 orang sehari, maka mereka memerlukan 24 tahun untuk menghabiskan pendaftaran 66,000 orang.  Jabatan Pendaftaran Negara yang mendakwa untuk mencapai matlamat "pendaftaran 66,000 orang" dalam tempoh dua tahun kini memerlukan peruntukan, tenaga kerja dan efisiensi 12 kali ganda untuk mengelakkan janji Hishammuddin berakhir sebagai "mission impossible" yang melucukan.
Walaupun Ketua Pengarah Pendaftaran Negara "mengalu-alukan penyertaan NGO untuk membantu dan memantau" ketika temuramah bersama saya, tetapi sehingga kini, mereka bukan sahaja belum memperolehi peruntukan dana untuk kerja pendaftaran seterusnya, malah juga tidak meminta bantuan daripada NGO yang sedia menolong.  Lebih-lebih lagi, keikhlasan beliau dipertikai kerana dalam tempoh hampir dua bulan, Ketua Pengarah dan unitnya gagal meluangkan masa untuk menemui anggota MEO-NET yang telah mengkaji dan menyiasat secara rapi warga Sarawak yang tidak berdokumen.
Dalam satu soal selidik secara rambang oleh MEO-NET di tujuh kawasan hulu Sungai Baram, antara 15 hingga 20 November 2009, daripada 103 orang yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi, 84 orang memberi alasan tiada kad pengenalan.  Kelumrahan fenomena ini sebenarnya merupakan satu tamparan buat demokrasi Sarawak.
Sarawak bakal mengadakan pilihan rayanya selewat-lewatnya tahun 2010.  Seandainya negeri tersebut gagal mendaftarkan lebih ramai pengundi yang sudah layak dari segi umurnya, maka ia bermakna legitimasi demokrasinya hanyalah 50% atau lebih rendah.  Dengan kata lain, masa depan Sarawak, malah seluruh Malaysia dikawal oleh penduduk bandar yang berdekatan dengan institusi kerajaan dan sumber.


Masyarakat sivil tanpa hak sivil?
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan hak kerakyatan dan hak mengundi sebagai hak asasi manusia oleh mana-mana warga negara.  Seandainya sesebuah kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk membekalkan kedua-dua hak ini kepada warganya, maka kerajaan ini bukan sahaja tidak memenuhi tanggungjawab dan kewajipannya sebagai kerajaan, malah menjadi perampas hak asasi rakyatnya

ditulis oleh: Chou Z Lam.