Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Ahad, 7 September 2014

HJ Hadi hilang arah

“Kenyataan Hj Hadi amat tidak wajar dalam semangat setiakawan Pakatan Rakyat, Wan Azizah telah memimpin KEADILAN sejak 1999 dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada 2008 yang menyaksikan pengiktirafan oleh Presiden PAS sendiri.
hj Hadi menjadi menteri besar ketika PAS hilang Terengganu dan beliau juga presiden PAS ketika hilang kuasa di Kedah.orang yang sebabkan kehilangan besar Terengganu selepas menjadi menteri besar satu satu penggal dan gagal mengganti menteri besar Kedah
Hadi mempunyai rekod kerja yang suram selepas PAS hilang penguasaan Kedah dan Terengganu bawah pimpinannya.

Sabtu, 6 September 2014

PAS SERABUT..HAJI HADI TAK TENTU ARAH

 
Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.
 
Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu.-DIPETIK DARI SINAR HARIAN

Selasa, 2 September 2014

ulamak PAS...alamak tak boleh pakai

Ulama  PAS tak boleh pakai...kenapa?...lu pikirlah sendiri....
jawab sendiri...
Parti PAS sudah lari dan melencong...dan jadi munafik....lu pikirlah sendiri..jawab sendiri...
Presiden PAS syok sendiri.....
Parti Pas parti yang lemah....
Parti Pas banyak bergantung kepada populiriti dan kes Anwar Ibrahim..
  LU PIKIRLAH SENDIRI.....