Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 9 Oktober 2012

Scorpene: Bernama , Suaram mana satu betul?

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera


William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.

The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012. 

Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh. 

Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.

Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.

Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".

Dikeluarkan oleh,

SUARAM

tiada kes perbicaraan Scorpene di Peranchis

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.- Bernama


Malaymerrdeka: Berita Nasional lidah rasmi kerajaan sengaja buat keliru...* awal berita ditulis seorang pendakwa...akhir berita dikata bekas ketua...penuh penipuan...;.

Isnin, 8 Oktober 2012

Utusan Malaysia jangka BN/Umno kalah PRU 13

Rata-rata orang Umno sudah keletihan dan berpendapat masa terbaik untuk melaksanakan PRU13 telah terlepas disebabkan Najib yang suka berdolak-dalih.

Langkah Utusan Malaysia menonjolkan barisan kabinet bayangan, adalah langkah terbodoh bagi Umno-BN sebab mereka mengesahkan kepada rakyat dan penyokong mereka kemungkinan PR menang itu sudah ada.
Dulu mereka tak pernah rasa itu satu kemungkinan, sekarang mereka bimbang itu satu realiti. 
Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja.
BN masih berpeluang untuk menang tipis, di mana BN masih kekal memegang jawatan Perdana Menteri dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri setelah menewaskan Najib di pemilihan Umno dengan menggunakan prestasi buruk PRU13 sebagai alasan.
Sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis PRU13 akan diadakan pada tahun ini  berdasarkan situasi politik ketika ini. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini. 

Jumaat, 5 Oktober 2012

Tim.Menteri kesihatan Rosnah Abd Rashid gemuk kerana.......

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 

Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh 'dalam diam' seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat. 

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi. 

"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini. 

Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasaberumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.

Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota  masyarakat sendiri. 

"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - Bernama

Malay merdeka: Wow!......