Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 1 Oktober 2012

Presiden Gabungan anti penyelewengan selangor (GAPS) pernah menyeleweng dan pecah amanah

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, didakwa pernah terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor lapor portal selangorku

Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.
Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.
Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.
“Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut,” menurut sumber itu.
Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.
Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.
Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.
Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.
Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.
“Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.
“Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS,” menurut sumber itu lagi.
 Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram. Najib mendakwa keputusan itu mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat yang menghidap diabetis ketika ini 
Penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram akan menambah beban rakyat bermakna kos harian juga akan meningkat sebanyak 10 peratus dan  menyebabkan harga barangan keperluan meningkat seperti minyak, tepung dan sebagainya, kerana segala komponen keperluan asas berkait rapat dengan gula. Ke mana penarikan subsidi sebanyak 20 sen itu akan disalurkan atau diisi ke dalam poket mereka (Umno-BN)?


Selangor: SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat



Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.
“Audit mendapati ada  penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi.
“Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin
Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.
“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.
Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.
“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.
“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.
Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.
“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.
“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya- KD

Ahad, 30 September 2012

Anwar Ibrahim diKlang hari ini


Sila maklum, siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama DSAI pada hari Ahad ini 30.9.2012 akan singgah di Parlimen Kota Raja.
Jam 5.00 ptg – Pasar Malam Bandar Putera, Kelang

Khamis, 27 September 2012

Cilakak! sejadah syaitan




Stiker berlambangkan Umno/BN raja Nong chik ini benar-benar menggangu khusyuk dalam solat  lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah..
Sejadah ini boleh didapati disalah sebuah surau dilembah pantai kuala lumpur. Ia sumbangan Raja Nong Chik menteri wilayah dan ketua umno bahagian lembah pantai.

Sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu.