Persembahan artis Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu telah menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Jumaat, 1 Jun 2012
menteri belia Ahmad Sabree minta maaf rosakkan minda belia dengan K-pop
Persembahan artis Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu telah menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Malay Merdeka: Menteri mulut berbuih buta budaya. Perosak belia negara...
Khamis, 31 Mei 2012
Selasa, 29 Mei 2012
Musa Hassan akui ada polis dan ahli politik punyai hubungan dengan penjenayah.
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Malay Merdeka: Musa Hassan mengenali mereka.....
Isnin, 28 Mei 2012
Siri keganasan terancang, dirancang oleh perancang
Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.
PM Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.
Kejadian Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.
Malay Merdeka: Lembah pantai di penuhi dengan tahi lembu....diterajui oleh kepala lembu...digembala oleh menteri bernama raja lembu...anak-anak lembu yang dilumuri najis lembu.....lembu...wooo...wooo...wooo...lembu....raja lembu yang tidak beristana...menjadi menteri ikut pintu jamban...lembu...lembu...lembu...lembu...lembu....
Keadilandaily melaporkan mangsa keganasan samseng Umno, Raja Ismail Raja Din yang berdarah kepala semasa ceramah Pakatan Rakyat, di Pantai Dalam 24 Mei lalu, mendakwa dilastik dengan bebola besi (ball bearing).
Menceritakan semula kejadian di pangsapuri Pantai Permai itu, Raja Ismail memberitahu, kira-kira jam 11 malam, bekalan elektrik yang disambung ke tapak ceramah dipotong.
“Dalam gelap itu tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang berat dan keras kena di kepala. Saya terasa sakit. Bila dikesat, nampak darah.
“Orang kata saya dilastik dengan ‘ball bearing’ dari tingkat atas Flat. Saya berlari ke arah pentas dan pengsan. Hanya sedar ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” jelas Raja Ismail yang kehilangan banyak darah akibat luka di dahi.
“Bukan sahaja ‘ball bearing’, tapi telur tembelang dan batu dibaling ke kawasan ceramah,” katanya yang dibenarkan keluar pada jam 2 pagi, selepas mendapat rawatan di HKL.
Ini kerana katanya, hanya melalui program ceramah sahaja rakyat dapat mendengar maklumat alternatif.
“Saya takkan serik untuk datang ke ceramah. Kalau himpunan Bersih 3.0 pun saya turun, takkanlah ceramah kita tak pergi?, ujarnya.
Raja Ismail turut kecewa dengan polis yang ‘membutakan mata’ terhadap keganasan samseng upahan Umno, sedangkan perkara itu berlaku di depan mereka sendiri.
“Bertahun-tahun saya pergi ceramah. Tak pernah jadi macam ini. Polis buat apa? Kalau ‘geng’ dia buat kacau, dibiarkan. Ini tak boleh.
“Malu saya tengok budak-budak muda Melayu terima upah rendah semata-mata nak ganggu majlis orang,” kata Raja Ismail.
Langgan:
Catatan (Atom)


