Khamis, 9 Februari 2012
Cerita Khalid Samad jumpa Pak Lah lantik Hassan Ali jadi MB dan lagi pembohongan Hassan Ali.
Perdana Menteri (ketika itu)Tun Abdullah Ahmad Badawi bersetuju untuk melantik Hasan Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika PAS dan Umno bersatu untuk memerintah negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008. dedah Khalid Samad.
"Satu pertemuan diatur oleh beliau (Hassan Ali) untuk bertemu Umno kira-kira 10 hari sebelum menteri besar mengangkat sumpah.
"Saya pada ketika itu mewakili beliau atas arahan pucuk pimpinan parti untuk bertemu dengan Abdullah dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo," katanya pada sidang media di Shah Alam.
Khalid turut memberitahu bahawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ada bersama dengannya ketika menghadiri pertemuan tersebut.
Jelas Khalid, dalam pertemuan itu Tun Abdullah menyatakan kebimbangan terhadap negeri Selangor yang hanya diterajui pemimpin Melayu dalam jumlah yang kecil iaitu lapan dari PAS dan lapan, Parti Keadilan Rakyat.
"Saya kata jalan penyelesaiannya cukup mudah...beri PAS lima kerusi tapi Abdullah kata tak boleh. Dia minta lapan pemimpin PAS lompat kepada Barisan Nasional (BN). Saya kata kenapa kita nak sertai Umno," katanya.
"Betullah kata Tuan Ibrahim bahawa dia bukan salah seorang pejuang Pakatan Rakyat. Dia adalah musuh dalam selimut yang berusaha menggagalkan misi Pakatan Rakyat. Hanya cakap dia saja yang betul.
"Oleh sebab itu, dia tidak puas hati duduk dalam Pakatan Rakyat dan berulang kali mencadangkan PAS supaya meninggalkan DAP dan PKR dengan mengemukakan bukti yang tidak tepat kepada pucuk pimpinan parti," katanya.
Khalid turut mendakwa Hasan gagal dalam memainkan peranannya sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menerima pandangan ahli lain.
Beliau turut meminta Hasan supaya menghentikan pembohongan kepada umat Islam mengenai dakwaannya bahawa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah negara republik sekiranya memenangi pilihan raya akan datang.
Khalid berkata, sekiranya DAP mahu memerintah negara, parti itu perlu memenangi majoriti dua pertiga daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
"DAP hanya bertanding 46 kerusi. Anda memerlukan 112 kerusi untuk berkuasa. DAP tidak boleh memerintah Malaysia dengan sendiri. Ia merupakan perkongsian kuasa atas dasar yang dipersetujui bersama," katanya.
Khalid Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam meminta bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali supaya mendedahkan lokasi premis rumah urut atau hotel yang dijadikan tempat maksiat di Selangor seperti yang didakwanya. "Beritahu saya di mana? Ini tidak, main tembak saja. Semua tempat refleksologi seolah-olah jadi tempat maksiat," Kenyataan Hasan yang mendakwa Shah Alam sebagai kota maksiat seolah-olah memberi gambaran bahawa pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak melakukan tanggungjawab mereka.
"Dia menempelak Datuk Bandar, MBSA, pihak perlesenan dan penguatkuasaan seperti tidak buat kerja. Khalid berkata, jika mana-mana premis didapati melakukan kegiatan tersebut secara haram, ia akan ditutup.
Kata Khalid lagi, beliau turut dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan bahawa pegawai penguatkuasaan melakukan serbuan ke atas premis refleksologi atau hotel hampir setiap minggu.
"Dia hanya cakap ikut sedap mulut dia saja. Jika dia ada bukti beritahu saya. Kalau saya ada kuasa saya boleh halang tapi saya tiada kaitan dengan MBSA," katanya.
Sehubungan itu, Khalid meminta Hasan supaya menyatakan dengan lebih terperinci mengenai dakwaannya itu.
"Apa yang sebenarnya dikatakan pusat maksiat? Jangan bohonglah. ! kata Khalid lagi menggambarkan Hassan Ali tidak bercakap benar.
Khalid Samad dedah penipuan bekas exco agama Selangor dan siapa sebenarnya Hassan Ali
Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).
Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.
Melalui tulisan ringkas ini saya Khalid Samad ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya. Dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah.
Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.
Pada tahun 2008 Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan,Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Beliau diam dan terus berpaling.
Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.
Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu. Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008.
Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).
Pada tahun 2011, populariti Hassan Ali jatuh, beliau tidak dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.
Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan. Semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak SetiaWalaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad.
Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’atau ‘strategi untuk keluar PAS’.
Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.
Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.
Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis.
Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
KHALID SAMAD
Rabu, 8 Februari 2012
Pendedahan Bukti hubungan dan kerjasama Kerajaan BN dengan Israel
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.
Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.
Chegu Bard juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.
Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.
Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.
Chegu Bard juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.
RM800ribu duit zakat wilayah lesap?
Yayasan Taqwa ialah agensi bawah MAIWP yang ditubuh pada 1990 dan dipengerusikan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.“Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?”Jamil Khir perlu menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci,” katanya.
Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.“Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?”Jamil Khir perlu menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci,” katanya.
Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.
Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.
Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, beliau berkata, pendapatan Yayasan Taqwa ialah RM7.78 juta manakala perbelanjaan RM6.98 juta tetapi RM800,000 tidak dilapor dalam laporan.
Memetik HarakahDaily, katanya, belanja pengurusan itu sangat tinggi, tambahan pula yayasan itu hanya mempunyai seorang pengurus besar dan 17 kakitangan sahaja.
“Mengikut peratusan penyaluran zakat Yayasan Taqwa kepada asnaf, didapati agihannya ialah RM4.98 juta atau 64 peratus manakala kos pengurusan RM2 juta atau 36 peratus.
“Kenapa peratusan penyaluran agihan hanya 64 peratus sedangkan ramai tidak mendapat bantuan,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Malay Merdeka:Menteri Agama yang meragukan..dengar banyak skandal....

Malay Merdeka:Menteri Agama yang meragukan..dengar banyak skandal....
Husam Musa dedah "rancangan jahat dan pengkhianatan " Hassan Ali
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan bahawa Dr.Hasan Ali telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Malay Merdeka: Hassan memang budak jahat...
"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.
"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.
Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tegas naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malay Merdeka: Hassan memang budak jahat...
Langgan:
Catatan (Atom)

