Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 8 Februari 2012

Dr Asri cabar: Ribuan umat Islam murtad? mana Hassan Akidah @ IMR..cakap lebih!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin"Saya cabar mereka yang melaungkan ratusan ribu umat Islam murtad ini memberikan 300 nama dan alamat (orang murtad) supaya kita boleh cari untuk pastikan ia benar atau sekadar retorik untuk alih perhatian dalam politik,” kata Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Kita tidak nafikan, ada usaha pihak lain untuk berkempen agar umat Islam tertarik dengan agama mereka, namun, tindakan mereka yang mengendalikan isu ini sehingga menyatakan puluhan dan ratusan ribu orang Islam murtad adalah berbahaya. Isu murtad yang digembar-gemburkan itu hanya akan mengundang kegelisahan dalam kalangan umat Islam negara ini.

Tegasnya, ia sekaligus mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara. Asri berkata, soal murtad tidak perlu dipolitikkan dan disebarkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai umat Islam kerana hanya akan menimbulkan pergaduhan sesama sendiri.

“Salah sangka akan timbul dalam kalangan masyarakat. Ia juga akan menjatuhkan maruah orang Islam itu sendiri. Perlu ingat bahawa hukum mengadakan cerita murtad ini lebih besar daripada tuduhan zina kerana angkanya dianggarkan secara melulu tanpa bukti kukuh.

“Daripada mereka meneruskan perkara yang akan menimbulkan ketegangan ini, lebih baik mereka keluarkan dahulu 300 nama, kita mahu lihat sama ada benar atau tidak seperti didakwa,” katanya.

Malay Merdeka:mana pejuang Islam yang cakap bagai nak rak...Zulkifli Nording? Ibrahim mengatak? Hassan Akidah?...cis! jahanam mereka.... sibuk berpolitik jual agama...akidah konon..IMR konon...pejuang Islam konon....ribuan woi..ribuan umat islam murtad...

Selasa, 7 Februari 2012

pembohongan Hassan Ali

Kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan adalah satu pembohongan seorang kononnya pejuang Islam yang munafik.
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman  Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.
“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus. 
Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.

Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.


Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.




Malay Merdeka: hassan..hasan..hassan IMR..hassan akidah..hassan parashit..hassan apa lagi...hassan cibai..kah..kah..kah

Isnin, 6 Februari 2012

Shahrizat: Kenapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan?

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri jaga Wanita, Keluarga dan Bangunkan Masyarakat.
"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.
Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidah
Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.



Malay Merdeka:korek..korek..korek...2 kali lima...lima kali dua..

Sabtu, 4 Februari 2012

12% rakyat malaysia sakit mental - persatuan psikitrik Malaysia

 Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.
"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.
Beliau berkata, terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. - BERNAMA

Diantara bakal atau sudah mengidap penyakit....

Jumaat, 3 Februari 2012

Tiew: Ibrahim Ali sengaja cari pasal

perkasa ibrahim ali chinese new year pasir mas 020212 Dr Collin Tiew, Pengerusi MCA cawangan Sri Desa MCA mendakwa Ibrahim Ali sengaja menggunakan sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran pertubuhan tersebut pada 29 Januari lalu.
perkasa open house 290112 ibrahim ali 3 Presiden PERKASA itu memang menyedari tentang adat dan pantang larang orang Cina.Tiew berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membaca berita mengenai kehadiran Ibrahim di satu majlis Tahun Baru Cina di Pasir Mas, Kelantan.

Berita itu memaparkan gambar Ibrahim berbaju merah ketika meraikan warga emas di Kampung Pasir Tendang pada 21 Januari. Ibrahim adalah ahli parlimen Pasir Mas. Berita itu juga menyatakan bahawa Ibrahim menyampaikan ang pow (sampul merah) dan oren Mandarin kepada rakyat.

Oleh itu, tambah, tidak mungkin pada 29 Januari lalu, Ibrahim tidak tahu bahawa ia adalah adat orang Cina.