Selasa, 25 Oktober 2011
Ada hubungan Parti Komunis Cina dan UMNO
Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.
“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.
Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.
Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.
Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.
“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.
Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.
“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?
“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.
Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.
Gaddafi dikebumi di kawasan gurun hari ini
Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.
“Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka,” kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.
“Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” kata beliau.
Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.” — Reuters
Isnin, 24 Oktober 2011
UIA akur desakan penggantungan Aziz Bari ditarik semula
Atas desakan dan kutukan serta kecaman masyarakat pelbagai, akhirnya pihak pengurusan UIA akur dan menarik balik pengantungan tugas pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang Prof. Dr Aziz Bari. Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman.
Ianya memungkinkan untuk mengelakkan pertembungan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan demo yang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa.
Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.
Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.
SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab.
Ramai penyamun tarbus di kementerian dan jabatan kerajaan Barisan Nasional
Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.
Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.
Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.
“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.
“Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran harga pasaran yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.
“Analisis Audit mendapati perbezaan harga ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran,” kata laporan audit yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Di antara pembelian tidak masuk akal yang dibuat JTLM itu adalah dua teropong pandangan malam (night vision) yang berharga cuma RM1,940 dan RM2,827 setiap satu, tetapi dibeli secara kontrak pada harga RM56,350 setiap unit.
Perbezaan harga sebanyak RM54,410 dan RM53,523 itu adalah pembaziran sebanyak 2,805 peratus dan 1,893 peratus berbanding harga pasaran.
Manakala harga komputer riba Acer Aspire 3935 yang sepatutnya berharga RM3,428 pada harga pasaran dibeli dengan harga RM11,845.
Perbezaan harga sebanyak RM8,417 itu adalah 246 peratus lebih tinggi berbanding harga asal.
Selain itu, pemain LCD dan TV LCD dibeli dengan harga RM16,100 berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,182 sahaja.
Sementara peralatan walkie talkie pula dibeli pada harga RM4,324 sedangkan harga pasaran hanyalah RM1,561 bagi setiap unit.
Hassan Ali Derhaka dan curang kepada Pas
Apa yang menjadi persoalan jelas Hassan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Kamaruzaman pula telah menyampaikan ucapan.
Langgan:
Catatan (Atom)

