Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Rabu, 5 Oktober 2011

RAIS YATiM TAK CAKAP BETUL

MENTERI tua dalam kabinet kerajaan kabinet Najib, Rais Yatim cakap yang tak boleh dipakai. Selain mengelirukan beliau mencari ruang publisiti murahan yang hanyir. Beliau hanya layak bercakap ditepi longkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar)berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.
“Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Lim mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September lepas.
Beliau mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya kerajaan negeri.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan,” ujarnya.
Beliau berkata, walaupun pilihan raya umum dijangkakan menjelang tiba, pembangkitan isu perkauman bukan sahaja satu cubaan terdesak tetapi juga perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Menteri Kesihata nmenipu

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3
Sebelum ini, pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada mulanya menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital semasa perhimpunan 9 Julai lalu.Siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada Julai lalu.
“Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut,” kataKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam, 
Laporan yang dikeluarkan hari ini, juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.


Profesor kelentong, TPM akui Malaysia pernah dijajah

NONETimbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.


"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.

"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.

"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).

"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.

Selasa, 4 Oktober 2011

PAK LAH AKUI ISLAM HADARI TIDAK BERJAYA KERANA SIKAP ORANG UMNO SENDIRI

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata   segelintir orang Umno sendiri menjadi punca konsep Islam Hadhari yang diperkenalkannya tidak mendapat sambutan di Malaysia.
Abdullah juga berkata terdapat segelintir ahli Umno yang turut menggunakan kaedah sama seperti PAS untuk memburukkan konsep Islam Hadhari kepada rakyat.
“Masalahnya apabila kita buat promosi Islam Hadhari... PAS tidak setuju sebab mereka kata Islam hanya satu dan mereka berceramah di merata tempat untuk tolak Islam Hadhari, kemudian ada juga ahli Umno sendiri yang ikut cara PAS berceramah isu Islam Hadhari,” katanya pada sidang media selepas  merasmikan forum “Keamanan dan Keselamatan-Perspektif Islam” di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) diKUala Lumpur.
 Islam Hadhari “ditenggelamkan” dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak selepas mengambil alih pentadbiran negara, Abdullah berkata, “ia masih diteruskan walaupun konsep baru dibentuk.”
Abdullah memperkenalkan konsep Islam Hadhari pada 2003.


Isnin, 26 September 2011

perkasa jadi samseng dan ganas pukul hadirin diceramah mat sabu

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara  kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.
Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol oleh kira-kira 100 penyokong kumpulan terdesak Melayu, PERKASA.yang turut disertai Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad. NONE 
"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.Guy injured during Mohd Sabu ceramah at SerembanSehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.
"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.