Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 23 Mei 2011

harga minyak dimalaysia tinggi


Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat dan kerajaan membandingkan harga minyak dengan negara-negara pengeluar minyak dunia yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia.

Beliau yakin kadar ditetapkan oleh kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan negara yang tidak mempunyai sumber minyak seperti Singapura.

Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah.

Ini katanya berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kepentingan mengumpul dana kerajaan berbanding mengurangkan beban rakyat.

"Kita kena banding minyak dengan harga pengeluar minyak. Brunei, Arab Saudi, Qatar Venezuela dan Iran. Semuanya rendah bila dibandingkan," ujar beliau.

Di hadapan 500 penyokong yang hadir, beliau mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini menarik subsidi petrol diesel ke atas 9 jenis kenderaan komersial dengan alasan untuk mengurangkan defisit negara kepada 2.8 peratus menjelang 2015.

"Habis siapa yang dapat? Umno yang bawah-bawah ini menyibuk sahaja. Saya tidak musuh dengan Umno bawahan. Kalau boleh saya mahu terangkan kepada ahli Umno ini, kalau meraka terbuka sikit minda dia tidak akan terima. Kita menang 2008 banyak ahli Umno sokong kita," katanya lagi.

Anwar yang memegang jawatan Menteri Kewangan daripada tahun 1990 hingga 1998 berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam lapan tahun berturut-turut.

Justeru beliau turut cemerlang dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi serta mempertahankan kedudukan negara apabila matawang negara jatuh pada tahun 1997.

Anwar berkata matlamat kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan sepenuhnya kepada usaha meringankan beban rakyat di samping tidak mengabaikan kepesatan pembanggunan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak berhak menikmati hasil bumi (minyak) dengan harga yang rendah.

Menurutnya pendekatan ini berbeza dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) melalui Petronas mengaut keuntungan berjumlah RM90 bilion setahun namun dalam masa yang sama menaikkan harga minyak domestik.

"Sudah begitu banyak wang dapat tapi naikkan harga minyak. Ini tidak masuk akal. Kemudian mereka (kerajaan) kata sebab harga pasaran tinggi. Saya peduli apa harga pasaran.

"Ini harga orang Sabah dan minyak keluar daripada bumi ini, kenapa mahu bebankan rakyat bumi ini. Siapa punya tanah, siapa punya minyak? Bukan kamu punya. Bahagikan, mudahkan, ringankan beban rakyat, itu matlamat kita," kata Anwar disambut sorakan penyokong.

Anwar meluangkan masa dua hari melawat dan bertemu rakyat di sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam siri jelajah memberi penerangan.

Turut hadir ke sesi ceramah termasuk kepimpinan tertinggi PKR negeri Sabah.

Dalam pada itu Anwar dalam ucapan sama bertegas untuk tidak mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup meninggalkan parti demi kepentingan peribadi.

Katanya, mustahil bagi beliau sebagai Ketua Umum untuk merisikokan perjuangan tulen mengangkat martabat rakyat bersandarkan individu yang tidak berpendirian.

Lantaran itu beliau menyarankan ahli-ahli parti mengukuhkan semangat perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Beliau mengulas tindakan A Gobalakrishnan melompat parti selepas didakwa menerima cek bernilai RM1.4 juta.

"Kemudian bila lompat cakap tiada keyakinan kepada Anwar Ibrahim dan tinggalkan beliau. (lihat) Orang yang macam mana ditinggalkan. Cek dan kontrak.

"Kalau tidak tinggalkan parti dan saya tahu dia berbuat begitu sedangkan saya di sini korban dengan tenaga dan kemudian mahu angkat orang begini untuk wakil kita. Bodoh saya (jika buat begitu) dan tidak layak saya memimpin kalau saya angkat orang begitu," jelas beliau lagi.

Sabtu, 21 Mei 2011

melayu Islam hilang kepercayaan kepada DS Najib kerana Datuk T kata bekas pegawai tinggi polis


Seorang bekas pegawai kanan polis semalam memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa masyarakat Islam di negara ini akan memberikan reaksi negatif jika beliau gagal untuk menghukum trio “Datuk T” kerana “mempersendakan” Islam apabila ketiga-tiga mereka menghadiri majlis sumpah laknat di masjid dengan memakai pakaian kalis-peluru.

Bekas Ketua CID KL Datuk Mat Zain Ibrahim menyatakan Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam .


“YAB (Yang Amat Berhormat) tidak boleh menyalahkan sesiapa jika umat Islam di dalam negara ini, yang bukan sedikit jumlahnya, hilang kepercayaan terhadap YAB.

“Tambahan pula, dimana terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB,” tulisnya di dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Mat Zain berkata ia akan jelas merupakan satu penyalah-gunaan kuasa jika Najib memilih untuk melindungi para pesalah tersebut terhadap perbuatan salahlaku mereka semata-mata kerana beliau menganggap mereka sebagai sekutu beliau.

Jika Najib menolak atau sengaja mencari alasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga orang itu, maka ia bukan saja memperlihatkan beliau bersekongkol dengan jenayah dan konspirasi bersama mereka, malah ia juga akan menyebabkan kebencian terhadapnya semakin semarak,” tambahnya.

Najib, katanya, juga akan dilihat membenarkan dirinya sebagai pemimpin yang mengkhianati dan mempersendakan Islam.

“Malah lebih menyedihkan YAB telah mengizinkan seseorang, yang kabinetnya sendiri telah menganggap seorang individu yang bukan saja telah menghina Islam tetapi juga menyalahgunakan kuasa, sebagai korup, penipu dan seorang perogol, untuk membawa bahan pornoografi dan pelacuran ke rumah Allah,” tambahnya.

Mat Zain juga mengulangi dakwaannya minggu lepas bahawa “Datuk T” — Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, trio di belakang episod seks video — telah melanggar seksyen 295 Kanu Jenayah apabila mereka menghadiri majlis sumpah laknah Shazryldi Masjid Amru Al-As Sentul dengan memakai baju kalis-peluru.

Pada ketika itu, Shazryl mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran bahawa pelaku di dalam video seks 21-minit itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mat Zain mendakwa tindakan tersebut telah menyebabkan lahir persepsi bahawa keadaan di masjid sudah tidak lagi selamat.

Seksyen 295 menyatakan bahawa “sesiapa juga mencemarkan mana-mana tempat ibadat, dengan pengetahuan bahawa sebarang kumpulan orang boleh dikira mencemarkan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama” boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan/atau denda.

Mat Zain berkata jika trio itu didakwa di bawah undang-undang syariah atau Kanun Jenayah akibat tindakan mereka, kes itu tidak akan memberi kesan terhadap siasatan polis ke atas video tersebut.

“Dua kes itu adalah berlainan,” tambahnya.

Beliau berkata sekalipun identiti pelaku di dalam video itu didedahkan, ia tidak samasekali membebaskan trio tersebut dari dakwaan mencemari masjid dan menghina Islam.

“Kedua-dua hal tersebut adalah kesalahan jenayah yang berasingan.

“Selain itu, YAB dan Peguam Negara tidak ada kuasa, mengikut undang-undang, untuk menjamin trio berkenaan dan membebaskan mereka dari apa-apa kesalahan jenayah,” katanya.

IMPIAN TG NIK AZIZ SOLAT DI STADIUM BARU


 “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang,  saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.
Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.
“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.
“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.
Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.
Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.
“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.
Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.
Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.
“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. 
“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.
 

Jumaat, 20 Mei 2011

Amaran untuk Ezam M.Nor dari serikandi

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor diberi peringatan oleh Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail supaya jangan terlalu lantang menghina keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus mengheret mereka ke dalam politik kotor UMNO BN.    

Malah tegas beliau lagi pemimpin muda seperti Ezam seharusnya membicarakan soal rakyat dan bukannya menjadi pemimpin yang senang diperkudakan sesetengah pemimpin. 
Kenyataan yang langsung tidak berasas, kepada bekas ketua angkatan tersebut saya ingin menyatakan bahawa kamu anak muda harus memfokuskan politik kamu kepada ke arah yang melibatkan rakyat, bukan terlalu lantang dan sibuk memperkatakan dan masuk campur dalam soal politik-politik lucah," ujar Aisyah.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ezam mendesak Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.
Antara empat perkara tersebut ialah melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks, menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong, menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan menuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.                         
Aishah sebaliknya menyifatkan cabaran Ezam itu bersifat kebudak- budakkan ini tidak sepatutnya disuarakan oleh pemimpin muda seperti Ezam yang disifatkannya terlalu cetek pemikirannya.  
"Desakan yang mereka minta adalah sebagai satu desakan yang tak relevan dan disifatkan terlalu naif, kerana kita tahu kenapa Datuk Seri Anwar tidak harus mengangkat sumpah, kenapa kita menyatakan Eskay itu berbohong dan kita telah menyatakan fakta-fakta yang sebenar dan rakyat-rakyat boleh lihat fakta itu," katanya.
Beliau turut meminta Ezam untuk turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk disiasat bersabit dakwaan mendalangi pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu disamping menggesa Najib supaya hadir ke mahkamah sebagai saksi dalam kes konspirasi ke-2 Anwar.
Aishah turut menyifatkan politik dangkal dan kotor ini adalah perkara yang disusun oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekaligus menggunakan pemimpin muda seperti Ezam sebagai balaci atau boneka demi kepentingan politik mereka semata-mata. 
"Saya kira ini ada kaitan masuk campur di antara UMNO dan juga bekas-bekas kononnya pemimpin dalam Keadilan yang saya sifatkan sebagai mereka ini hanya picisan-picisan kecil yang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat pun kepada sesiapa."-keadilan.com



melayu berkata:
Adalah diingatkan Ezam M.Noor bukan lagi Ezam semasa dalam PKR..
Ezam sudah berubah warna 100%....macam sesumpah jugalah..
Ezam sudah sakit jiwa kerana penyakit kks(kurang kasih sayang)...
Ezam kini menjadi pelacur politik yang tidak menghairahkan lagi..tak stim lagi dah...
..dah tak lakulah senang cerita..
kalu dia berbunyi..melolong... maknanya..dia kehausan..keghairahan..kesepian..
maka melelonglah akan dirinya...walaupun tiada harga sesenpun...
apa yang tinggal pada dirinya?..hanya lendir-lendir busuk dan kotak-kotak berisi jutaan anai-anai...
psst....ezam ada bini lagi rupanya?.....syyh!

Najib dikongkong dan dipengaruhi ahli perniagaan


Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.
Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.
Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.
Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.
Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.
Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.
Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.
Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.
Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.
Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.
“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.
The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.
Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.
Turut disenaraikan ialah:
• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;
• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.
Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.


melayu berkata:
maka dasar negara disandarkan pada para kapitalis...
itulah pasal harga barang naik sesuka hati kerajaan BN