Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Khamis, 28 April 2011

Rahim TC dan Shuib Tak jadi sumpah laknat

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya.

Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana “agama, bangsa dan negara.”
Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di  Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok.

melayu berkata:
woit..tu hari beria-ia benar..depan kaabahpun sanggup bersumpah..
la takutla pulak...
cakap lebehla lu mamat...

dari celah kangkang

ini ke perut anwar?


rambut anwar tumbuh lebat lepas 24 jam?
macamnie punya buktti terang dan nyata pun masih nak kata anwar?


melayu berkata:
memang macam sial kumpulan datuk T nie..otak kosong letak katbontot..
apa punya datuk? bodoh..sengal...pemecah belah umat manusia..dia ni islam ke kapir laknat?
patut kena humban masuk kolam najis..
bangsat sebangsat manusia..
apalah nak jadi dengan mereka nie..
manusia paling jahat dan berotak ifrit..
mari kita doakan semuga musnah dan binasalah kumpulan datok T dan mereka mendapat malapetaka paling dasyat dan diletakkan sebaris dengan golongan syaitan penghuni api neraka jahanam! ...
atau senang kata..pergi mamposlah!!!!


Rabu, 27 April 2011

RPK: TV3 edit dan putarbelit kenyataan saya

NONE
Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan. 
RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmenyang disiarkan pada 13 April.
Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana 
interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah.

Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa belaiu 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri .Altantuya Shaariibuu pada 2006.


melayu berkata:
kenapa penjelasan ini dibuat setelah pilihanraya sarawak?
padahal rpk ada ruang untuk melakukannya selepas temubual itu disiarkan.malaysia today siapa punya?

Undang-Undang Persekutuan Yang Diwarta Boleh Diakses di Portal e-Warta


Orang ramai kini boleh mengakses dan memuat turun undang-undang persekutuan yang sudah diwartakan menerusi e-Warta Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata menerusi portal www.federalgazette.agc.gov.my itu, semua undang-undang persekutuan boleh diakses secara mudah dan percuma sebaik sahaja diwartakan tanpa perlu menunggu akta terbabit dicetak.
"Saya difahamkan Jabatan Peguam Negara telah mengguna pakai segala sumber dalaman yang ada untuk membangunkan sistem itu sendiri," katanya semasa melancarkan portal itu, di sini, Selasa.
Beliau yakin langkah yang diambil jabatan itu akan meningkatkan prestasi sistem penyampaiannya selain memberi manfaat kepada masyarakat dan pengamala undang-undang.
Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam ucapannya berkata portal tersebut terhasil daripada cabaran yang dilontar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada November lepas yang mahu jabatan berkenaan membangunkan sistem perwartaan atas talian tanpa membabitkan pihak ketiga. Selepas membuat kajian, beliau berkata jabatan itu mendapati ia berupaya daripada segi undang-undang serta teknikal untuk melaksanakannya dan seterusnya mengambil alih perwartaan atas talian daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Katanya fasa pertama e-Warta meliputi pewartaan perundangan subsidiari yang akan dilaksanakan bermula hari ini, dan diikuti dengan fasa kedua yang merangkumi semua perundangan utama Persekutuan yang akan dilaksanakan bagi akta yang diluluskan di Parlimen tahun ini.
Abdul Gani berkata jabatan itu juga berhasrat menjadikan portal e-Warta Persekutuan sebagai pangkalan data tunggal bagi semua undang-undang Persekutuan.
Setakat ini sebanyak RM3,950 diperuntukkan untuk kos pembelian lesen perisian Nitro PDF bagi membangunkan portal itu dan selainnya hanya menggunakan perkakasan sedia ada, kata beliau.
"Bagi menampung kapasiti portal e-Warta yang akan bertambah dengan penggunaan giat e-Warta Persekutuan selepas ia dilancarkan, jabatan ini dalam proses untuk membuat perolehan bagi perkakasan yang diperlukan seperti server, penstoran data, scanner dan sebagainya," katanya.
Pada sidang akhbar kemudiannya Abdul Gani berkata para pegawainya akan sentiasa memantau portal itu bagi memastikan ciri-ciri keselamatannya terjamin.
"Ia dalam bentuk format PDF format. Jadi kalau nak ubah apa-apa pun susah. Orang kita ada memantau sistem itu sepanjang masa. Jadi kita tidak bimbang sangatlah. Kalau orang ubah pun kita (boleh) ubah balik," katanya. -BERNAMA

Selasa, 26 April 2011

ada majikan tak selaras gaji minimum pengawal keselamatan


Terdapat majikan yang belum menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka kerana masalah pengurusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
Dalam pertemuan dengan persatuan-persatuan yang mewakili majikan pengawal keselamatan baru-baru ini, Subramaniam berkata beliau telah dimaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhi peraturan baru supaya menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka.
“Mereka telah bersetuju dengan proses ini bagi menaikkan gaji pengawal keselamatan, cuma mereka mempunyai masalah dalam pengurusan dan pelaksanaan dan ia mengambil masa,” katanya hari ini.
Dipetik Bernama Online, Subramaniam  berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan tentang kelewatan pelaksanaan gaji minimum tersebut tetapi ia bukan bermakna majikan boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melaksanakan penyelarasan gaji tersebut.
Beliau berkata kementerian akan memantau pelaksanaan gaji baru tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang ingkar.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baru-baru ini dilaporkan mendakwa kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di Semenanjung Malaysia masih belum dibayar gaji minimum yang berkuatkuasa Februari lalu.
Subramaniam berkata penyelarasan gaji pengawal keselamatan mengikut zon adalah wajar kerana mengambil kira kos di sesetengah kawasan yang berbeza pada masa sekarang dan untuk mengelakkan para majikan menanggung perbelanjaan yang tinggi bagi membayar gaji pengawal keselamatan.
“Kos mereka akan meningkat 100 peratus malah mungkin lebih hingga 200 dan 300 peratus sekiranya kita menetapkan gaji pengawal keselamatan dibayar sama rata seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.
Pada 15 Februari lalu, kerajaan telah menguatkuasakan peraturan baru gaji minimum bagi pengawal keselamatan Semenanjung Malaysia di antara RM500 hingga RM700 dan skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.
Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.
Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.