Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 14 Februari 2011

RAJA ARSHAD dilantik CANSELOR UNISEL

NONE


Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor baru  Universiti Industri Selangor.
Pelantikannya akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.


Raja Arshad merupakan pengerusi Maxis Berhad dan anggota lembaga pengarah Sime Darby Berhad. 

Beliau juga terlibat dalam kerja kemasyarakat apabila menjawat jawatan pengerusi Yayasan Raja Muda selain menjadi anggota Dewan DiRaja Selangor dan majlis penasihat kepada Sultan Selangor.



Pelantikan itu dijadual diumumkan oleh exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini.[mk]



Mahathir - mata hitam melayu

 Keprihatinan pengundi Melayu terhadap isu mata lebam Anwar, menyebabkan Umno kehilangan 300,000 undi ketika itu, kata Mahathir pada pada seminar membincangkan masa depan orang Melayu di Kuala Lumpur semalam.


Isu mata lebam Anwar dilihat sebagai menzahirkan segala kepincangan sistem keadilan, dan kewibawaan rapuh badan kehakiman dan polis sepanjang pemerintahan 22 tahun Mahathir.


Ulasan mantan Perdana Menteri itu dilihat menempelak kaum Melayu sebagai bangsa yang mementingkan “perkara-perkara remeh” dan kaum Cina pula kononnya lebih mengutamakan kedudukan ekonomi daripada isu-isu kemanusiaan.


nota melayu:
mahathir...mahathir..mahadir...tak habish..habish..
anwar hitam mata
melayu putih mata
najib banyak mata
mata-mata Isham jaga...

Mahatir bohong! Karpal cabar

Pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Sigh mencabar Dr Mahathir menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya.

Dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran".
Karpal Singh hari ini menjadi pemimpin tinggi DAP kedua selepas penasihat parti itu, Lim Kit Siang, yang mempertikaikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.
"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.


Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.[mk]


nota melayu:

Wahai bai..ini orang tua dia sudah lupa...
Mahathir dalam proses taubat.....



Sabtu, 12 Februari 2011

Mahathir: MELAYU DLM DELIMA BESAR

Orang Melayu kini berdepan dengan dilema yang besar apabila mereka tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dilema ini bukan disebabkan orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.



"Kita jadi serba salah, kalau diam diri maka pendapat yang dikeluarkan mungkin akan diterima, kalau kita jawab mungkin akan dituduh rasis, saya bukan rasis saya cuma sebut benda yang benar, bila sebut bangsa kita maka kita akui bangsa itu, kita patut bermegah kita adalah orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Simposium Dilema Melayu “Perspektif dan Konklusi” anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tun Mahathir berkata, sifat mudah mengalah itu sebenarnya akan merugikan orang Melayu dan sekiranya mereka terus berpegang dengan nilai hidup sebegini, lama-kelamaan kedudukan orang Melayu di negara ini akan terhakis.

"Ini boleh berlaku kerana orang Melayu begitu ghairah dengan majoriti yang ada pada mereka sehinggakan nak jadi Perdana Menteri, nak pergi Putrajaya, kalau hendak pergi sangat, pergilah," kata beliau.

Beliau berkata, orang Melayu kini sanggup menggadai apa saja yang mereka ada untuk mendapatkan kuasa dan memecah belahkan orang Melayu sehingga menjadi lemah.
Mengulas ketuanan Melayu yang sering disebutkan mutakhir ini, katanya, orang Melayu perlu berusaha, mempunyai sumber kewangan yang halal dan cukup sekiranya mahu mengekalkan konsep tersebut.

"Kalau nak jadi tuan kena lengkapkan diri dengan ilmu dan kecekapan, apakah dapat jadi tuan sedangkan orang lain suruh kita buat kerja yang bukan kerja tuan, kalau nak majukan diri, mesti tolak nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan pada masa kini," katanya.

Tun Mahathir juga mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu taksub untuk menambah pendapatan walaupun negara kini berhasrat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi kerana ia boleh mendorong kepada perbuatan rasuah.

"Kita perlu teruskan perjuangan untuk beri tempat yang mulia, ataupun takut dituduh sebagai rasis dan berdiam diri, biarkan orang lain menidakkan hak kita di Semenanjung Tanah Melayu," katanya.

Beliau berkata, sekiranya dilema Melayu hendak diselesaikan, orang Melayu perlu memikirkan sifat-sifat yang ada pada diri mereka dengan membuang segala sikap buruk dan menambah sikap yang lebih baik yang tiada dalam diri orang Melayu itu sendiri. - BERNAMA


nota melayu:

Sesuatu yang semua orang kena sedar...

hari-hari Mahathir akan keluar kenyataan....
hari-hari mahathir akan buat isu......
hari-hari mahathir akan buat bising....
hari-hari mahathir akan kata dirinya hebat tak pernah buat salah...
hari-hari mahathir akan  jadi pejuang melayu.....
hari-hari mahathir akan jadi pejuang islam.....
hari-hari mahathir...mahathir....maha..thir...mahadir.....
mahathir tiada akan sudah....
mahathir tiada akan berhenti selagi tidak berhenti..
mahathir...mahathir...mahathir......



mutakhir : ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh selepas terjatuh di bilik air rumahnya dipercayai akibat akibat serangan jantung.