Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 26 Julai 2010

Hassan Ali dan Harusani keduanya mencurigakan



Datuk Hassan Ali telah tampil mengakui beliaulah orang yang dimaksudkan oleh Mufti Perak
Tan Sri Harussani sebagai pemimpin PAS yang bertemu untuk membincangkan  perpaduan melayu.

SHAH ALAM, 24 Julai: Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit. (dipetik dari Harakahdaily.net)


"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

"Pertemuan  tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.



------------------------------------------------------------------------


(Dipetik dari blog MalaysiaWaves-Tulang besi)


Berkenaan Dato Hasan Ali, ada beberapa persoalan berkaitan kenyataan beliau:

1.0 Kalau pertemuan tersebut adalah pertemuan rasmi, mengapa bawa Suwardi Yaakob bersama-sama? Apa jawatan Suwardi dalam kerajaan Selangor? Suwardi tu bukan orang Selangor pun?

2.0 Mengapa berjumpa  di salah sebuah apartment di tengah2 kotaraya? Mengapa tak boleh jumpa di Bangunan SUK di Selangor? Ataupun di bangunan SUK Perak?

3.0 Apa urusan Exco Agama Selangor hendak berjumpa dengan Mufti? Mengapa tidak hanya Mufti Selangor bertemu Mufti Perak?
-----------------------------------------------------------


Harussani sahkan temu Hasan bincang isu perpaduan Melayu (Sinar Harian 26/7/2010)

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan pernah mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi membincangkan isu perpaduan orang Melayu. 

Beliau turut menegaskan, Hasan adalah satu-satunya pemimpin Pas yang pernah berjumpa dengannya namun pertemuan itu langsung tidak menyentuh mengenai kerjasama politik UMNO dan Pas. 

“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama politik UMNO dan Pas tetapi berbincang tentang perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah. 

“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan dalam kalangan orang Melayu, itu sahaja,” katanya. 



Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan beliau dua bulan lalu, tetapi menafikan mereka membincangkan soal kerjasama politik UMNO dan Pas. 

Pelaburan di Malaysia susut teruk.


Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.
Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008 (Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai US$1 = RM3.20650).
Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.
Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.
Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.
Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.
-(Sumber HDO)

Jumaat, 23 Julai 2010

Hassan Ali yang jumpa Harussani

Pertemuan tersebut dirakam dalam bentuk video dan pemiliknya tidak mahu mendedahkannya kecuali Dr Hasan Ali menafikan sendiri pertemuan itu, tulisnya dalam artikel berjudul 'Harussani jumpa Hasan Ali' semalam.


Ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan "kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja".

Tidak jelas butiran lanjut pertemuan tersebut, bagaimanapun difahamkan pertemuan tersebut diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu selama kira-kira 20 minit.

Desas-desus berhubung kesahihan pertemuan itu dikuatkan lagi apabila seorang pemimpin PAS Perak Khalil Idham Lim mengakui kewujudan pertemuan itu.

khalil idham limMenurut ketua penerangan PAS negeri itu Khalil Idham Lim, beliau tahu dengan siapa Harussani bertemu, di mana pertemuan itu diadakan - lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

"Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Menulis dalam blognya pada 18 Julai, Idham bagaimanapun mendakwa pertemuan tersebut sebenarnya bagi tujuan lain - yang tidak dinyatakan.

"Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan Umno seperti yang didakwa olehnya (oleh Harussani)," katanya dalam artikel berjudul 'Saya tahu siapa jumpa Harussani'.

Kah..Kah..kah..IBrahim Ali naik gila..

PERKASA: Bubar Umno, PAS jika gagal satukan Melayu


Dengan meluatnya dan rasa yang menjengkelkan disiarkan kenyataan
jaguh kampung yang telah menololkan bekas duta besar amerika. Jaguh kampung yang juga sedang mencipta nama sebagai pelawak bodoh antarabangsa  sedang ghairah berkokok untuk mendapat tempat dihati
orang kampong yang kekampungan agar terus memakai songkok tinggi dan menyokong beliau dan ada ruang untuknya pada pilihanraya akan datang.
 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata bagaimanapun tindakan drastik itu hanya perlu diambil sekiranya kedua-dua parti tetap enggan berbuat demikian.- (Sumber Bernama)





Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali seperti “katak di bawah tempurung” kerana masih mempunyai pemikiran yang ketinggalan zaman.
Dengan merujuk kepada idea terbaru Perkasa semalam agar Umno dan PAS dibubarkan lalu ditubuhkan parti baru, Azmin memberitahu, Ibrahim masih lagi mengamalkan pemikiran dan pendekatan yang kolot dan ketinggalan zaman.
“Saya kesal dengan kenyataan Ibrahim kerana saya lihat sebagai pemimpin beliau masih mempunyai pemikiran dan pendekatan yang kolot seperti pepatah Melayu ‘katak di bawah tempurung’.
“Saya tidak sangka masih ada pemimpin Melayu yang sikap perkaumannya masih lagi menebal sedangkan dunia sekarang sudah maju ke depan,” katanya- (Sumber TMI)


Seolah-olah menyindir cadangan Ibrahim supaya ditubuhkan parti Melayu baru, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, “baguslah kalau ada parti baru.”
Katanya, PAS memang mengalu-alukan cadangan tersebut kerana ia akan membuktikan amalan demokrasi subur di negara ini.
“Kalau beliau (Ibrahim) nak jadikan Perkasa sebagai parti politik pun bagus juga, ia akan memurnikan lagi politik dalam negara.
“Tidak perlu bubar PAS ataupun Umno, nanti ada tiga parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Perkasa. Baru meriah sikit, nanti biar rakyat sahaja yang buat keputusan parti mana yang mereka mahu,” kata Mahfuz.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.
“Biarlah beliau (Ibrahim) nak cakap apa pun, saya malas nak layan beliau,” katanya.

Alahai Tok Jib......

PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.
Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.
Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.
Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.
Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.
'Yuran tak dikembalikan'
Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.
Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington PostNew York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

-(Sumber Malaysia Kini)