Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 1 Jun 2010

PONTIANAK di IPD Polis


BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu.
Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.
Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan.
Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit menyamar rakan setugas mereka.
Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.
Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, anggota terbabit hanya mendiamkan diri, katanya.
Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.
Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang.
Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu, katanya.
Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.
Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

Umno makin tertekan menjelang PRU-13


Selepas menang di pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak lama dulu, semangat Umno dan Barisan Nasional (BN) pulih dan melonjak buat seketika.
Perkembangan pada masa itu memang cukup positif untuk Umno di mana kemenangan di negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR), Selangor yang ditawan pada pilihan raya umum ke-12 berlaku seiring dengan masalah kesepakatan dalam PKR dan PR.
Selepas Hulu Selangor, beberapa analisis menunjukkan masalah dalaman dihadapi PR seperti masalah dalaman PKR dan pencalonan Datuk Zaid Ibrahim yang sukar diterima sebilangan ahli PAS.
Tetapi selepas itu berlaku pilihan raya kecil di Sibu, yang menyaksikan BN tewas kepada DAP dalam satu keputusan yang mengejutkan kerana rata-rata mempercayai kekebalan BN di Sarawak dan Sabah.
Bank undi yang konsisten buat BN mula terjejas dengan keputusan ini yang telah menyampaikan kepada umum bahawa BN boleh dikalahkan di kubu kuatnya.
Kemudian, kerajaan BN mengumumkan untuk membenarkan perjudian dalam sukan bola sepak dengan lesen diberikan kepada sebuah syarikat besar yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan.
Di kalangan komponen BN, MIC menghadapi masalah yang besar, yang terbesar dalam sejarahnya sekaligus mengaitkan juga krisis ini dengan Umno yang dipercayai berperanan dalam agenda memastikan parti India terbesar ini dapat dikawal.
Semua perkembangan terkini ini memberi kesan berpanjangan kepada Umno dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam menuju pilihan raya akan datang.
Pilihan raya akan datang akan menjadi pengukur prestasi Najib dan kabinetnya. Najib telah memperkenalkan slogan 1Malaysia yang mendasari formula penyatuan parti komponen BN dan rakyat pelbagai kaum Malaysia yang disasarkan untuk mengundi BN.
Beliau juga memperkenalkan standard pencapaian NKRA, bidang-bidang yang menjadi penilaian utama prestasi kerajaan.
Bagaimanapun, semua itu mungkin tidak bermakna apabila isu-isu panas yang menjadi perhatian dan mudah mencetuskan emosi seperti judi menghambat Umno pada masa ini.
Musuh tradisi Umno, PAS terus-menerus mengeksploitasi isu judi sebagai modal politik menghadapi Umno dan setakat ini, kempen PAS ini menunjukkan kesan yang sangat negatif kepada Umno, tidak kira apa yang dilakukan Umno selepas ini untuk memulihkannya.
Dalam persaingan kedua-dua Umno dan PAS dalam menjuarai isu agama dan moral, isu judi memberikan point politik yang besar kepada PAS.
Isu politik Melayu yang menjadi kempen Umno mungkin boleh menjadi tumpul akibat isu judi yang boleh dilihat sebagai tindakan untuk memenangi sokongan bukan Melayu yang merosot sejak 2008.
Tetapi isu judi ini juga mendapat tentangan kuat bukan sahaja PAS tetapi juga DAP dan PKR yang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mengutuk tindakan Umno itu.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pula bertindak lebih jauh dengan mengharamkan judi bola sepak di negeri itu, memalukan lagi Umno dan kerajaan BN pimpinan Najib.
Isu judi yang besar ini sukar untuk didiamkan atau dibiarkan berlalu ekoran tindakan konsisten Pakatan dalam menanganinya.
Isu yang menyentuh emosi seperti judi memang satu isu yang sensitive dan tindakan Umno mengumumkan kebenaran untuk aktiviti itu mengundang padah, memandangkan tidak nampak persediaan perhubungan awam yang disusun oleh Umno.
Dalam usahanya menarik sokongan bukan Melayu yang tidak dapat dilihat hasilnya setakat ini, jaminan terhadap undi Melayu mungkin terancam dengan isu judi.
Pada masa yang sama juga, PAS dan PKR dua parti yang didakwa mengabaikan Melayu mula menyusun rancangan untuk mendapatkan undi Melayu.
Ketua umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sendiri matlamat baru ini manakala PAS akan mengadakan perbincangan panjang untuk mengatur strategi meningkatkan undi Melayu.
Dalam masa yang sama, PAS menubuhkan dewan untuk penyokong bukan Islam yang boleh mengancam kempen 1Malaysia Najib.
Tindakan PAS ini juga berlaku pada masa yang sama MIC yang menjadi salah satu tunjang BN bergolak, menjadikan slogan “PAS for All” lebih realistik untuk dilaksanakan berbanding 1 Malaysia.
Sebelum ini, Umno dilihat cuba campur tangan dalam pergolakan MCA. Kali ini, isu yang hampir sama berlaku melibatkan MIC pula.
Apa yang akan dilakukan Umno selepas ini akan menunjukkan kebijaksanaannya dan pengaruhnya terhadap parti-parti komponen dalam BN.
Cuma pengaruh yang berlebihan terhadap parti komponen BN akan menunjukkan sikap berlebihan parti dominan itu dalam mengawal rakan-rakan dalam BN.
Dengan pelbagai isu yang dihadapi Umno pada masa ini di dalam BN dan kerajaan, laluan menuju kejayaan dalam pilihan raya akan dating kelihatan terus mencabar.
Sumber : Zaid Zakaria (MI)

Sabtu, 29 Mei 2010

Mahathir jambatan bengkok dan MEB yang tak boleh pakai

Mantan PM Mahathir bertegas tetap mahukan jambatan bengkoknya dilaksanakan. Meracaunya menjadi-jadi dan kutukan dewata semakin berbisa jika kehendak tersebut tidak dipenuhi. Tun Mahathir ini bukan kepalang amoknya kepada mana-mana PM yang tidak mahu dengar katanya.

(sumber bernama)
Terdahulu pada dialog "Wacana Kepimpinan" di Johor Bahru, Dr Mahathir berkata pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan Singapura kerana keseluruhan jambatan itu terletak di dalam wilayah Malaysia.


"Itu adalah hak kita kerana kita mahu membinanya (jambatan bengkok) di dalam wilayah kita," katanya sambil menambah keadaan berlainan jika kerajaan mahu membina sebuah jambatan lurus bagi menggantikan Tambak Johor.



"Saya jadi PM 22 tahun, rundingan dengan Singapura tiada hasil," katanya.

Pembinaan jambatan bengkok yang mempunyai ketinggian 25 meter dari tanah akan membolehkan bot serta kapal kecil belayar dari Timur dan Barat Selat Tebrau buat pertama kali, kata Dr Mahathir projek pembinaan jambatan bengkok itu dihentikan apabila penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu terus berunding dengan Singapura untuk membina jambatan lurus.





**************************************


Kepimpinan PM Najib terus di bidas apabila Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana "tidak mengutamakan agenda bumiputera".


Mereka ialah bekas timbalan ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Senator Datuk Akbar Ali dan bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Datuk Halipah Esa.
(Senator datok Akbar Ali)
"Model ekonomi baru adalah dokumen MPEN yang belum diterima oleh kerajaan.
"Ia menyerang bangsa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)... MPEN kena berpegang kepada kekuatan sendiri, bukan kelemahan orang lain," kata Akbar. 
Beliau juga mencadangkan agar dihapuskan diskriminasi terhadap bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara.

(Datuk Halipah Esa)

Manakala Halipah turut juga mengkritik modul MEB.
"Saya tidak nampak agenda bumiputera (dalam MEB). Tidak diberi tempat.
Dalam lapan SRI (strategic, reform, initiative) dalam MEB, tidak letak agenda bumipoutera sebagai keutamaan," katanya.

Dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini, Halipah (kiri) menggesa agar agenda bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi.

Sehubungan itu, katanya, MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kouta biasiswa perlu diteruskan.



Jumaat, 28 Mei 2010

Adik Najib No32 terkaya di Malaysia


Sementara Ketua Eksekutif PEMANDU Jabatan Perdana Menteri Idris Jala membeliakkan mata rakyat dengan ramalan bahawa negara bakal menyusul jejak Greece untuk menjadi negara muflis seandainya subsidi tidak dikurangkan, Forbes Asiapula mengumumkan perangkaan bahawa jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah sebanyak 42%, berikutan perkembangan ekonomi negara.

Menurut "Malaysia Rich List 2010" yang diumumkan oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah bertambah dari USD 36 bilion pada tahun 2009, kepada USD 51 bilion pada tahun ini, malah memecah rekod USD 46 bilion yang dicapai pada tahun 2008.

Selain daripada itu, mereka yang memiliki jumlah kekayaan melebihi USD 1 bilion di Malaysia telah bertambah dari 9 orang pada tahun lalu, kepada 10 orang pada tahun ini.
Menurut Forbes Asia, pertumbuhan kekayaan secara keseluruhannya orang kaya di Malaysia ini selari dengan pasaran saham yang melonjak 32% sepanjang 12 bulan yang lalu, dan kadar pertambahan nilai mata wang ringgit yang melambung 11% pada masa yang sama.

Orang terkaya di Malaysia, Robert Kuok (gambar kiri) kekal sebagai orang terkaya di Malaysia, dengan harta bersih bernilai USD 12 billion  pada tahun 2010, USD 3 bilion bertambah jika dibandingkan dengan tahun lepas.  Robert Kuok kekal pada kedudukan orang terkaya di Malaysia sejak Forbes Asia mula menyusun senarai ini pada tahun 2006.
Ananda Krishnan pula menyusul di belakang, sebagai orang kedua terkaya dengan harta bersih bernilai USD 8.1 bilion, pertambahan USD 1.1 bilion berbanding tahun lalu.  Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, MAXIS yang dikuasai Ananda Krishnan menjadi syarikat tersenarai semula pada tahun lalu, berjaya mengumpulkan USD 3.4 bilion,  lantas menjadi Initial Public Offering (IPO) yang terbesar di Malaysia.

Lee Shin Cheng menduduki tempat ketiga dengan harta bersih USD 4.6 bilion, bertambah satu kali ganda daripada USD 3.2 bilion pada tahun lalu.  Kumpulan IOI yang dikuasai Lee Shin Cheng merupakan antara syarikat pemprosesan kelapa sawit yang terbesar di dunia.
Selain tiga orang terkaya di atas, jumlah harta 27 orang terkaya di Malaysia juga bertambah dalam masa setahun ini.  Antaranya, Goh Peng Ooi yang menduduki tempat ke-16, kekayaannya melonjak secara mendadak dengan kadar 280% pada tahun 2010, dari USD 112 juta pada tahun 2009 kepada USD 425 juta tahun ini.

Muka baru orang terkaya
Biarpun secara puratanya jumlah kekayaan 40 orang terkaya telah bertambah, tetapi penyusutan juga berlaku pada sesetengah orang terkaya ini.  Antaranya, kekayaantycoon judi Chen Lip Keong menyusut dari USD 195 juta pada tahun 2009 kepada USD180 juta pada tahun ini, malah jatuh dari tangga ke-21 kepada ke-29.  Selain daripada itu, Lee Swee Eng yang menguasai kumpulan KNM, juga tersusut nilai harta kekayaannya dari USD 190 juta pada tahun lalu kepada USD 150 juta pada tahun ini.
Muka baru yang berjaya memasuki senarai 40 terkaya termasuklah adik beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura Group, berkongsi ranking ke-23 dengan jumlah kekayaan USD 270 juta.
Selain daripada itu, A K Nathan buat pertama kali memasuki senarai 40 terkaya, dengan USD 250 juta pada ranking ke-24.  Syarikat Eversendai yang dikuasai A K Nathan terlibat dalam projek pembinaan bangunan terkenal, termasuk menara tertinggi di dunia yang terletak di Dubai.
Selain daripada itu, tiga orang terkaya yang terkeluar dari senarai ini, kembali semula pada tahun ini.  Antaranya, adik Perdana Menteri, Nazir Razak (gambar kiri) tersenarai semula dengan USD 145 juta pada kedudukan ke-32. 

Negara Malaysia - gerombolan punya

Negara Malaysia milik gerombolan....
ikut suka nak buat apa...
dulu singapura kena jual oleh Tunku
kini pewaris umno ....
dari tanjung pagar ke bukit timah dan akhirnya kewoodlands...
asasnya laluan keretapi KTMB membelah dua negara singapura. (dari woodland ke keppel)
pasir dan air semenanjung dah lama mengalir ke Singapura
Ruang udara pun suka-suka Singapore terjah..
Pemimpin Umno tetap buat pekak badak...
boleh kata tak rugi apa-apa..
Mahathir pun  kata banyak yang tak settle lagi..
Blok minyak..pergi ke Brunei,,
apa lagi?....
Habis..hancurs harta milik negara!
Inilah pemimpin UMNO.. judi..judi bawa untung!
Malaysia akan muflis kata menteri bekas orang MAS...
Dulu masa ditangannya MAS pun nak bangkrap jugak...
kini subsidi nak ditarik balik..
membebankan rakyat tak habis-habis...
itulah akibat kebangangan sebahagian rakyat malaysia
beri undi kat umno tu buat apa...?
tengok sekarang minyak naik naik lagi...kenaikan sehingga 15 sen seliter..apa ke jadah nya!

Kalau enjin jet pun boleh lesap inikan pula tanah TUDM di Sungei besi yang dikhabarkan akan di....?



KOTA BARU, 28 Mei — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu mendedahkan pemberian satu kontrak bernilai RM400 juta, sebahagian projek pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi sebagai hab komersial, secara runding terus kepada syarikat kenalan perdana menteri.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau mahu membuat pendedahan itu hari ini bagi menunjukkan ‘ketelusan’ urus tadbir kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya akan mendedahkan siapa yang memperoleh projek RM400 juta ini, projek pembangunan semula kawasan Pengkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur,” katanya malam tadi.
Bagaimanapun sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menafikan laporan media bahawa Pangkalan Udara Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dibangunkan sebagai hab komersial.
Laporan Suara Keadilan edisi terbaru mendakwa pangkalan udara itu telah diserahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk dibangunkan oleh 1Malaysia Development Berhad untuk dibangunkan dengan projek komersial berbilion ringgit.
Beberapa hari kemudian pada 17 Mei lalu, Panglima TUDM Jen Datuk Seri Rodzali Daud berkata walaupun kerajaan tidak bercadang memindahkan Pangkalan Udara Sungai Besi bagi membangunkannya sebagai hab komersil, tetapi ia sedia berpindah untuk tujuan tersebut.
Beliau berkata dengan pemindahan itu, ia akan membolehkan TUDM mengambil peluang mendapatkan prasarana lebih baik termasuk dapat membina ibu pejabat yang lebih moden yang dapat memberi keselesaan kepada pegawai serta anggotanya.

Tengoklah..dan lihatlah...melayu memang dipermodohkan...
melayu macam zul nordin haprak! sepi..tak bunyipun pasal judi..bagi dia halallah!
cakap jer pejuang Islam tahi kucing!..
Ezam kotak ...apa dah jadi?...pejuang cap kunci..penyokong judi...
Pekasam..Ibraghim katak...alahai...malaslah nak cakap..

Selamat berkongres PKR