Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.
Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.
Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.
“Kalau ada pihak hendak mengemukakan aduan kepada kami boleh, kami akan terima dan akan memanjangkan kepada pihak berkaitan iaitu dalam kes ini SPRM,” Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
TEMERLOH, 19 Mei: Pakatan Rakyat (PR) Pahang telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat penyiasatan terhadap perlakuan rasuah berbentuk ugutan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak.
Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai pimpinan PR tiba ke Pejabat SPRM Cawangan Temerloh petang tadi bersama Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah-Ngah dan Pengerusi Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid.