Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Isnin, 8 Mac 2010

ONG TEE KEAT ATAU MCA BAKAL BERKUBUR


Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) hari ini mengaku isu kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mungkin menjadi punca yang mencetuskan krisis kepimpinan dan kemelut dalam parti.
Ini merupakan kali ketiga presiden parti itu memohon maaf terhadap isu berkenaan dalam tempoh dua hari.
“Saya sanggup menghadapi apa jua akibat siasatan terhadap isu berkenaan, bagaimanapun jika akibatnya membawa kesan kepada parti, saya memohon maaf kerana ia memang tidak dijangkakan,” katanya dalam ucapan penggulungannya.
Ong berkata sebagai Menteri Pengangkutan beliau sendiri yang memilih untuk memulakan siasatan terhadap isu PKFZ itu.
Ong bagaimanapun berkata siasatan berhubung isu PKFZ perlu diteruskan.

Sabtu, 6 Mac 2010

misteri kehilangan enjin jet F5E

Isu enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.
10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini.  Antaranya,-

1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995.  Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007.  Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran.  Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?
2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan.  Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan.  Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?
3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times.  Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan.  Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?
4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007.  Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya?  Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini.  Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?
5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut.  Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu.  Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?
6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini.  Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau.  Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa.  Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini?  Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?
7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan.  Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara.  Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara.  Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara.  Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?
8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian.  Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.
Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an.  Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran.  Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an.  Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi.  Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?
9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini.  Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan.  "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai.  Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?
10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan?  Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan.  Apa yang berlaku di sebaliknya?

Jumaat, 5 Mac 2010

Lagi-lagi beri muka

Lagi-lagi beri muka kat siloyar buruk ni...
kononnya bertopengkan islam..tapi kuat kelentong...
macamana PKR kendalikan mangkuk ni...
eee..... naik geli dah...

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin melangkah keluar dari mesyuarat jawatankuasa displin Parti Keadilan Rakyat sebagai membantah kehadiran bukan  Islam dalam panel itu.
Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.
Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan partiPanel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada  Tuan Syed Kamarulzaman selaku  Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.
Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini,  turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.

Rabu, 3 Mac 2010

TPM MUHYIDDIN DIBENCI CIKGU GURU

Muhyiddin Yassin
Berikutan kenyataan TPM TS Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran  yang mungkin mewajibkan  guru bertugas dipendalaman  telah mendapat kecaman oleh sesetengah guru.

 Kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan," katanya dalam program wawancara 'Agenda Awani' siaran Asto Awani malam tadi.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru perlu mengambil cabaran itu sebagai satu bentuk khidmat negara kerana akan wujud kepincangan dalam sistem pendidikan negara sekiranya semua guru hanya mahu berkhidmat di bandar.


Ha..ha...ha...
hanya guru yang menentang kerajaan AMNO Barisan yang akan ditukar segera sebelum PRU13
kalau pandai bodek..selamat...



Selasa, 2 Mac 2010

SALLEHUDDIN HASHIM (BEKAS S/U pkr) BROKER KATAK

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.



Menurut beliau, kesemua pemimpin berkenaan dijangka mengambil langkah demikian kerana kecewa dengan pengurusan dan hala tuju parti.
"Saya jangka kemungkinan ada lagi pemimpin PKR yang akan keluar parti... mungkin dalam 10 orang.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan.
"Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk itu (umum keluar parti), kita tunggu saja waktunya, biarlah masa yang menentukannya," katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai statusnya dalam PKR, Salehuddin mengesahkan beliau telah meninggalkan parti itu dua minggu selepas meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung pada 7 Januari lalu.

melayu:
semasa letak jawatan tu hari nak tumpukan kepada perniagaan. 
inilah lubang niaga baru kut...baik punya masyuk.......
broker...broker...broker....
katak hijau ...katak puru...katak bangkong...katak kengkang...katak kangkang...
katak...katak..katak...semua ada....boleh adjust punya .....
Katak berahim Ali tarak...itu katak...sudah expired ....


--------------------------------------------------------------------

Ahli PKR tidak percaya pada Anwar?

oleh: Drdogol.blogspot.com

Apa halnye ahli PKR dari ahli cabuk biasa ke pemimpin (Adun dan MP) keluar parti beransur-ansur? sudah pasti ada yang tak kena kan!
Risik-risik mengatakan ada kaitan dengan kes liwat DS Anwar Ibrahim. Ada antara mereka yang yakin dengan dahi Saiful yang bernoktah hitam tu. Ada yang yakin Anwar mesti masuk penjara. Kalau betul konspirasi, Anwar mesti disumbat dalam penjara...kononnya ada pihak yang memberi kepastian dan jaminan hal ini pasti berlaku.
Jadi..mereka yang agak rapat dengan Anwar ni goyah...bukan tak yakin dengan Anwar....tapi bimbang bila Anwar takde nanti..orang lain ambil teraju..miss sorru beb. Nak harapkan Wan Azizah...alahai biasalah perempuan...lembik! Nak harapkan PR...pendaftaran pun tak lepas lagi...Dalam PR pun goyah...semuanya harapkan Anwar..Hj Hadi & the geng..tak boleh harap asik UG>>>UG>>UG....PRU dekat dah...tak lama lagi..strategi harus bermula.....
So...perut mesti kena dahulukan....
demand kat Amno respon baik jugak..macam kes Bala dengan Carpetman....