Hanya klik iklan untuk sedekah amal jariah. Dengan menekan/ klik iklan di halaman ini anda telah membuat sedekah kepada admin...t.kasih

Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada sangkaan itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah menjadi mayat tentu sahaja kamu tidak suka. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi bersifat ar-Rahim."

tersurat tersirat

tersurat tersirat
-Saya suka PAS kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya orang yang baik. Saya mudah menginsafi hidup yang akan menemui matinya. Saya suka UMNO kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya peka untuk memahami kesusahan rakyat, khususnya menjaga kepentingan bangsa saya. Saya suka PKR dan DAP kerana merapati pemimpin dan ahlinya menjadikan saya bersemangat untuk memperjuangkan keadilan dan menegakkan hak-hak rakyat yang terpinggir. Saya tidak nyatakan parti-parti lain kerana dua sebab. Pertama, bersifat tempatan seperti parti-parti Sabah dan Sarawak. Kedua, kerana kemunculannya sudah semakin tidak relevan. Saya tidak suka PAS kerana mudah melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai tidak Islamik. Saya tidak suka UMNO kerana bersikap double standard dan angkuh dengan kuasa. Saya tidak suka PKR dan DAP kerana menunjukkan imej memperjuangkan kebebasan, tetapi realitinya tetap alergik pada perbezaan pendapat. .

ketuanan melayu

ketuanan melayu

Selasa, 20 Oktober 2009

Perbezaan Besar Harga Pembelian Peralatan Bagi ILP, Kata Ketua Audit

Seunit alat 'pole platform' yang dibekalkan oleh sebuah syarikat kepada Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Miri di Sarawak berharga RM30,510 manakala alat yang sama dibeli oleh ILP Sandakan dan ILP Kepala Batas masing-masing pada harga RM1,600 dan RM1,240.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kos pembelian peralatan itu jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan harga yang ditetapkan dalam kontrak pembekalan alat yang sama kepada ILP menunjukkan perbezaan yang ketara.

Ini adalah antara kelemahan ketara yang dikenalpasti oleh Jabatan Audit Negara dalam pengurusan peralatan di tiga institusi latihan iaitu ILP, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia.

Menurut laporan itu yang dikeluarkan di sini hari ini, kesemua institusi latihan itu di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Laporan itu juga menyebut harga yang ditawarkan oleh pembekal tidak disemak dengan teliti menyebabkan harga peralatan yang sama berbeza dengan ketara di antara ILP.

Laporan itu menyebut perolehan peralatan oleh kementerian itu termasuk beberapa peralatan bernilai RM3.66 juta yang dibekalkan antara 2001 dan 2006 masih tidak digunakan.

Misalnya, laporan itu berkata sembilan jenis peralatan bernilai RM1.42 juta yang dibekalkan kepada ILP Kota Samarahan, Sarawak, antara 2001 dan 2004 bagi kursus fabrikasi logam dan kursus juru elektrik tahap III masih belum digunakan hingga akhir tahun lepas.

Katanya ia adalah kerana kursus itu hanya akan dijalankan awal tahun ini.

Peralatan tersebut termasuk lima unit Micro Plasma Welding Machine yang bernilai RM93,160 seunit dan satu unit CNC Turret Punch Press bernilai RM593,527.

Laporan itu berkata keadaan ini boleh menyebabkan peralatan tersebut terdedah kepada risiko kerosakan dan kos pembaikan dan penggantiannya perlu ditanggung oleh kementerian berkenaan memandangkan tempoh jaminan peralatan itu telah pun tamat.

Laporan itu turut menyentuh nilai kontrak bagi membekalkan peralatan ke ILP Kuala Langat yang bernilai RM61.49 juta di mana nilainya antara 36.6 hingga 53.7 peratus lebih tinggi daripada harga siling projek itu yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Selain itu, laporan itu mendedahkan masalah ILP yang sama dikesan dengan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Misalnya, Kolej Komuniti Kuala Langat menyewa peralatan bagi kursus teknologi elektrik dengan harga sewaan RM137,473 untuk menjalankan teknik penilaian dalam kelas.

Bagaimanapun, peralataan yang disewa itu antara Mac tahun lepas hingga Februari lepas tidak disenaraikan dalam perolehan peralatan kursus.

Dalam pada itu, di Kolej Komuniti Tawau, Sabah, terdapat 10 jenis peralatan bernilai RM494,518 untuk kursus diploma automatif yang diterima sejak 2002 dan 2004 tetapi masih tidak digunakan kerana kursus itu belum dilaksanakan, katanya.

-- BERNAMA

Nota:
Tak habis-habis merembat...lanun gondol!

Penyelewengan Dalam Penggunaan Kenderaan Milik Kerajaan Negeri

Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga buah negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang pada tahun lepas.

Penyelewengan itu melibatkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

"Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

"Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi," menurut laporan itu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan tersebut.

Dalam pada itu di negeri Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi akibat tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat yang berkaitan.

"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di sebuah syarikat penjual tayar. Berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus sahaja untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.

Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.

Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan EXCO yang memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

Masalah kekerapan penggantian tayar dikenalpasti berlaku di Pulau Pinang iaitu kekerapan penggantian tayar berlaku pada tiga buah kenderaan yang bernombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.

Penyiasatan audit itu juga melaporkan kesemua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

Katanya penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.

Sehubungan dengan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan yang terlibat dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," menurut laporan itu.

-- BERNAMA

Nota :
Ini kerja kerajaan bahlul mana....tak habis-habis nak perdaya rakyat

Isnin, 19 Oktober 2009

Ibrahim katak tersepit

'Elak pisang berbuah dua kali'

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".
Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin berkata
"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya umum lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya, lapor Bernama.

Nota:
Katak ni disarankan buat parti sendiri...orang sana sini dah jijik dengan katak pisang


Ahad, 18 Oktober 2009

Kisah benar-Terbongkar penyanyi asli katak sikatak lompat


Ibrahim Ali timbang sertai semula Umno

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali tidak menolak kemungkinan menyertai semula Umno  

Ibrahim yang menjadi anggota Umno pada 1981 dilucutkan keahlian pada 2004 kerana bertanding pada Pilihan Raya Umum 2004 atas tiket bebas, berkata beliau tidak pernah menjadi ahli Pas.-Berita harian

Nota:

Sila umumkan dan war-warkan inilah penyanyi asli

katak-sikatak lompat. Jangan cuba copyright.


Sabtu, 17 Oktober 2009

Zaid Ibrahim tinggalkan PKR?




Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.
Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.
Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.
dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.



Nota:
Apa sudah jadi PKR....Azmin makin menyengat..